Pada bila-bila masa sahaja dari sekarang akan berlangsungnya satu acara penuh berprestij di puncak Genting Highland bila mana Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 bakal mengambil tempat.Seperti biasa berdoyon-doyonlah para artis dan mereka-mereka yang terlibat dalam dunia hiburan malam ini berkampung di Arena Of Star bagi melihat siapakah yang bakal dinobatkan sebagai artis paling popular.
Namun yang agak mengecewakan MMI adalah betapa lemah dan runtuhnya para artis kita khususnya artis-artis wanita yang seolah-olah sudah lupa bahawa mereka itu sebenarnya orang Melayu dan beragama Islam.MMI bukannya anti sosial malah suka dengan perkembangan dunia hiburan namun biarlah ianya berpada-pada.Melihat kemunculan para artis di acara karpet merah seorang demi seorang cukup memeranjatkan seolah-olah kita berada di negara asing.
Mungkin akan ada yang mencemuh MMI namun itulah hakikatnya kita orang Melayu sudah ditawan oleh pengaruh daripada mereka-mereka yang mahu melihat Melayu hilang serinya.
Percayalah ini bukan budaya kita.Kepada mereka yang mungkin terganggu emosi kerana artikel MMI ini mohon maaf di pinta tetapi sebagai orang Melayu dan beragama Islam MMI perlu menegur walaupun melalui ruangan ini sekurang-kurangnya MMI menegur dan melaksanakan fardu kifayah kerana MMI tak mahu apabila tiba masanya nanti ketika di soal MMI tak boleh jawab.
Apa pun harapan MMI semoga kita dapat sama-sama berjuang untuk memastikan AKIDAH orang Melayu terus dipertahankan.Yakin dan percaya malam ini di puncak Genting para Iblis dan Syaitan turut bersorak girang kerana misi mereka berjaya.Subhanallah.
Psstt Semalam bersama Dr Hasan Ali dalam misi ceramah Selamatkan Akidah di Permatang Pauh,Jom semua sama-sama kita perbetulkan akidah kita.
MMI.
No comments:
Post a Comment