Followers

Tuesday 8 May 2012

Kerana Penyangak Malaysia Bakal Berdepan Hukuman


MMI mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya maka baru-baru ini Ibu tersayang telah selamat pulang dari mengerjakan umrah di tanah suci Kota Mekah.Berbagai cerita menarik telah MMI bualkan dengan Ibu yang turut membawa pulang buah tangan berupa air zam-zam ,buak kurma dan pelbagai lagi.Mendengar cerita Ibu perihal kota suci Mekah semacam timbul satu perasaan yang MMI juga mahu turut serta satu hari nanti insyallah.

Kepada sesiapa yang pernah mendengar kehebatan kota suci Mekah ini sudah pasti akan turut merasa perasaan yang sama dan itulah kehebatan kekuasaan Allah SWT.

Namun apa yang MMI nak fokuskan kali ini adalah berkaitan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang terlalu taksub dengan dunia politik sehingga telah meletakkan nasib jutaan rakyat Malaysia kemungkinan tidak dapat menunaikan umrah dan haji hanya kerana perlakuan dan tindakan segelintir mereka-mereka yang pendek akal sebenarnya.


Tindakan segelintir manusia yang pendek akal ini dengan mengadakan demontrasi di Kota Suci Mekah telah mengundang kemarahan pihak kerajaan Arab Saudi yang kemungkinan akan mengambil tindakan dengan tidak membenarkan rakyat Malaysia untuk hadir ke bumi Mekah.Tindakan seperti ini pernah dikenakan kepada Iran satu ketika dulu kerana rakyatnya berdemo di Kota Mekah yang akhirnya Iran tidak dapat menghantar rakyatnya untuk menunaikan haji dan umrah selama 3 tahun.



Bayangkanlah sekiranya tindakan dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi terhadap Malaysia sudah pasti ianya bukan saja menyusahkan rakyat yang menyokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional malah turut menyebabkan penyokong-penyokong Pas turut tidak dapat menunaikan haji dan umrah.Bukankah ini bakal menyebabkan seluruh rakyat Malaysia beragama Islam tidak dapat menunaikan haji seperti mana yang telah di rancangkan ?

Mungkin Nik Aziz gembira dengan perkabaran ini kerana beliau baru-baru ini telah menyamakan demontrasi jalanan sama dengan ke masjid menunaikan ibadah.Jadi jika dikira daripada kenyataan beliau maka sudah tentu perkara yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang sudah pasti merupakan penyokong Pas berdemo di Kota Suci Mekah itu dianggap sebagai perkara yang boleh dilakukan malah demontrasi itu merupakan satu ibadah.

Jelas sekali mereka sudah lari daripada perjuangan dan hari ini dilihat semakin mabuk dengan janji-janji untuk mendapatkan kuasa malah mungkin di janjikan bulan dan bintang apabila tiba di Putrajaya kelak.

MMI masih optimis bahawa dengan kebijaksanaan kerajaan Malaysia perkara yang telah menimbulkan masalah itu pasti dapat diselesaikan dengan bijaksana.Malah melihat hubungan yang dijalin selama ini ianya mampu memberikan sinar kepada Malaysia untuk tidak dikenakan tindakan hanya kerana sikap bodoh dan sombong segelintir juak-juak Pas yang pendek akalnya.

Semoga rakyat Malaysia dapat terus mengerjakan haji dan umrah di Kota Suci Mekah.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels