Pencacai Dajal Anwar Ibrahim,Chegu Bard dan konco-konco BERSIH 3.0 hari ini menerima tamparan yang paling hebat apabila kehadiran mereka ke Bukit Aman telah di halang oleh Saudara Arman dan barisan pendekarnya terdiri daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu serta NGO.
Chegu Bard bersama konco-konconya tiba di Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Polis berkenaan kejadian yang berlaku sepanjang himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini yang kononnya mahukan satu keadilan diantara pihak polis dan orang awam.
Melihat daripada kenyataan beliau,cukup memalukan kerana telah menyatakan peserta himpunan BERSIH 3.0 sebagai orang awam.Sebagai seorang manusia yang waras sudah tentu ramai rakyat Malaysia dapat melihat sendiri apakah tindakan mereka dengan menyerang anggota Polis itu boleh dianggap sebagai tindakan orang awam ataupun perusuh malah boleh dikatakan sebagai pengganas kerana yang di serang itu adalah anggota institusi keselamatan negara.
Jelas Chegu Bard cuba untuk mengalih perhatian daripada isu yang sebenar dan beliau juga dilihat seolah-olah memerlukan pihak Polis sedangkan pada hakikatnya tindakan mereka merempuh halangan pihak Polis sudah menunjukkan mereka sebenarnya tidak menghormati institusi Polis.
Melihat video diatas kita dapat mendengar dengan jelas suara-suara mereka yang tidak senang dengan kehadiran Chegu Bard di Bukit Aman.Malah Chegu Bard dan konco-konconya sepatutnya berasa malu dengan kehadiran mereka hanya disambut oleh pasukan Polis didepan pintu masuk ke Bukit Aman kerana di halang oleh Saudara Arman dan kumpulannya.
Dari pemerhatian MMI kejadian yang berlaku di Bukit Aman itu mampu mencetuskan satu pergaduhan yang cukup hebat apatah lagi melihat ada diantaranya yang sudah hilang sabar terhadap kebiadapan juak-juak BERSIH 3.0 namun kerana kebijaksanaan Polis ianya tidak berlaku.Malah pujian juga harus diberikan kepada Saudara Arman dan kumpulannya kerana menghormati institusi keselamatan negara.
Yang pasti jelas terpancar diwajah Chegu Bard dan konco-konconya pucat lesi dengan situasi yang dihadapi.MMI yakin sekiranya ianya berlaku di tempat lain sudah pasti Chegu Bard dan konco-konconya sudah lama dibelasah.
Syabas PDRM kerana tugasan anda..
Tahniah Arman dan kumpulan kerana berani berdepan dengan pencacai Anwar Al-Juburi..
Pssstt Kalau ikut hati sudah pasti juak-juak BERSIH 3.0 banyak yang cedera tapi kita hormat undang-undang.
MMI.
No comments:
Post a Comment