Followers

Thursday 31 May 2012

SPRM Dapati Sharizat Terlibat ???


Akhirnya Shahrizat Jalil boleh menarik nafas lega.Isu utama yang menghantui karier politiknya sudah beres.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ,Tan Sri Dr Hadenan Jalil hari ini mengumumkan bahawa bekas Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat itu didapati tidak terlibat dalam proses keputusan memberi pinjaman RM250 juta kepada NFC.

NFC adalah syarikat yang dipimpin oleh suaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail.

Hanedan berkata bekas menteri itu tidak terlibat dalam keputusan memberi kontrak kepada NFC.

Beliau memberitahu maka siasatan mengenai penglibatan Shahrizat ditutup.

Shahrizat telah letak jawatan sebagai menteri baru-baru ini menjelang suaminya didakwa di mahkamah atas kes NFC.

Beliau kini masih memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Sementara itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pada Khamis.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu berikutan tiada bantahan daripada Zuraida dan Mohd Rafizi.

Shahrizat diwakili peguam Datuk Ahmad Redza Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Mohd Rafizi.

Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.
    
Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Ketua Wanita Umno itu mendakwa kedua-dua defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk 'serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif' dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.

Perbicaraan kes saman tersebut ditetap pada 6 dan 10 Ogos.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels