Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.
Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.
Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.
Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya.
MMI sangat-sangat menyokong tindakan yang di lakukan oleh Kementerian Belia & Sukan apabila membuat permohonan secara terbuka dengan apa yang berlaku sewaktu persembahan artis K-Pop di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.Seperti yang pernah MMI ulaskan sebelum ini Klik Sini setiap tindakan yang dilihat keterlaluan dan mendapat reaksi negatif daripada masyarakat terutamanya orang-orang Melayu dan Islam seharusnya ianya di lihat semula serta dijadikan sebagai pengajaran supaya penganjuran selepas ini dapat di tambah nilai.
Namun yang menjadi persoalannya apa pula tindakan juak-juak Pas di Kelantan khususnya Nik Aziz sebagai Menteri Besar dalam isu lagu-lagu dan lambakan artis negeri yang jika dibandingkan dengan K-Pop tidak juah bezanya.Malah sudah bertapak di Kelantan bertahun-tahun lamanya.
Kelantan Weh !!!!
Apakah K-Pop Kelantan ini berbeza dengan K-Pop di Putrajaya ??? Mungkin Nik Aziz ada jawapannya ????
Pssttt sekurang-kurangnya KBS respon dari teguran banyak pihak,Pas cakap ja banyak..hampeh..
MMI.
No comments:
Post a Comment