Ramai dikalangan kita hari ini yang menikmati kehidupan dengan penuh aman dan tenteram.Di lahirkan dalam sebuah negara bertuah seperti Malaysia semestinya amat dicemburui oleh ramai rakyat negara lain seperti Somalia,Afrika dan banyak lagi.
Kita bersyukur kerana generasi terdahulu daripada kita telah menyediakan segala-galanya untuk kita hari ini meneruskan kehidupan dengan sempurna.Malah kita cuma dituntut untuk memberikan sedikit usaha pastinya kita mampu menjadi rakyat dan insan yang terbaik.
Namun tahukah kita betapa besarnya pengorbanan generasi terdahulu daripada kita untuk menyediakan pentas ataupun sebuah negara yang rakyatnya dapat hidup dalam keadaan aman dan damai ?
Semestinya ramai mengetahui berkenaan perjuangan kemerdekaan negara kerana sudah tercatit dalam sejarah namun apa yang MMI bakal tampilkan adalah satu lagi catatan sejarah yang perlu generasi kita sama-sama ketahui kerana ianya juga antara penyebab kenapa kita hari ini dapat hidup aman dan damai.
Semuanya berkisarkan pengorbanan jiwa dan raga mereka-mereka yang sanggup menggadaikan nyawa semata-mata mahu menyelamatkan Malaysia dan seluruh rakyatnya dari cengkaman pengganas komunis.
Saksikan suka duka sejarah benar perjuangan anggota VAT69.
" In the war there's no room for pity kill or be killed " itulah antara kata-kata keramat yang keluar dari hati Allahyarham Komander Skuadron ASP Zabri Abdul Hamid yang telah gugur di medan perang untuk mempertahankan Negara ,Bangsa dan Agama satu ketika dulu.
Segalanya sudah diperjuangkan oleh mereka sebagai anggota VAT69 dan seluruh anggota keselamatan di Malaysia.
Hari ini kita sebagai generasi baru perlu bersedia kerana komunis hanya meletakkan senjata tetapi ideologi perjuangan mereka masih di teruskan.Apakah keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini mampu bertahan sampai bila-bila ?
Percaya atau tidak sewaktu rundingan perletakkan senjata Parti Komunis Malaya pada tahun 1989 beberapa tuntutan telah dibuat oleh PKM yang ditolak oleh kerajaan iaitu :
(i) Parti Komunis Malaya dan ahlinya di angkat sebagai Pejuang Kemerdekaan.
(ii) Tugu Negara sekarang dimusnahkan di patung anggota PKM diletak seiring dengan Angkatan Tentera Malaysia sebagai peringatan perjuangan mereka.
(iii) PKM dibenarkan bergerak aktif termasuk terlibat di dalam politik Malaysia sama ada menyertai parti politik sedia ada, bergabung dengan parti politik sedia ada atau menyertai sebagai individu.
(iv) Anggota PKM tidak dikenakan sekatan bertanding di dalam pilihanraya umum di Malaysia pada bila-bila masa.
(v) Pampasan kewangan yang lumayan dan tanah diberikan sebagai menghargai perjuangan mereka memerdekakan Malaysia.
(vi) Jaminan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lain-lain akta tidak digunakan untuk menahan ahli PKM bagi proses ‘turning over’ sebelum mereka diserapkan kembali ke dalam masyarakat.
(vii) Fahaman komunisme di terima dan sah didalam Negara Malaysia.Klik Sini
Kepada seluruh anggota VAT69 dan semua anggota keselamatan negara baik yang masih hidup mahupun yang telah gugur JUTAAN TERIMA KASIH kerana jasa kelian semua memastikan generasi kami hari ini dapat menikmati kemakmuran yang anda semua perjuangkan.
Percayalah mereka-mereka diluar sana masih cuba untuk menghuru-harakan negara kita.
Buat generasiku sedarlah negara memerlukan kamu sebagai benteng dan pewaris perjuangan ini kerana tanpa kelian nescaya perjuangan mereka yang terdahulu sebelum kita akan menjadi sia-sia dan bumi bertuah ini bakal menjadi milik orang.
MMI.
No comments:
Post a Comment