Followers

Wednesday 20 June 2012

Bukti Penipuan SUARAM !!!


Semua pihak pastinya sudah sedia maklum berkenaan isu yang dimainkan oleh juak-juak Pakatan Haprak berkenaan pembelian kapal selam negara yang dipolitikkan sehingga ianya menjadi isu utama pihak Pakatan Haprak hari ini dalam setiap ceramah-ceramah mereka.

Jika dilihat rentetan kenyataan demi kenyataan daripada SUARAM semestinya rakyat Malaysia dapat mengetahui bahawa SUARAM merupakan agen kepada Pakatan Haprak yang menjadikan isu kapal selam ini sebagai modal untuk menipu seluruh rakyat Malaysia dengan harapan umpan ini akan dimakan yang akhirnya rakyat bakal menolak Barisan Nasional dalam PRU13 nanti.

SUARAM yang juga terang-terangan  dikenali sebagai pembangkang telah menjalankan kerja yang baik dengan menipu rakyat bagi memenuhi objektif mereka untuk merosakkan imej Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.

Pada mulanya, mereka berkata bahawa PM telah mengambil rasuah sebanyak EURO 114 juta melalui syarikat Perimekar bagi perkhidmatan yang mereka sediakan untuk krew-krew Scorpene seramai 213 orang untuk tempoh masa enam tahun. Dengan memberi rasuah kepada PM sebanyak EURO 114 juta, Perimekar mampu memberikan perkhidmatan secara percuma? Tak masuk akal langsung.

Kemudian, Suaram menyatakan bahawa ianya bukan EURO 114 juta. Mereka mengatakan bahawa PM telah menghantar faks kepada DCNS untuk meminta rasuah sebanyak RM3.8 billion. Membuat kenyataan seperti itu sudah cukup untuk menunjukkan bertapa bodohnya Suaram dalam membuat penipuan.

Fakta sebenarnya, jumlah RM3.8 billion tersebut adalah jumlah keseluruhan bagi proses pembelian kapal selam dan juga perkhidmatan bagi krew-krew yang terlibat. Jika bayaran tersebut diberikan kepada PM, seperti yang dinyatakan oleh Suaram, ini bermakna bahawa Malaysia menerima kapal selam tersebut secara percuma? Tak masuk akal.

Bagi ‘menghangatkan’ lagi keadaan, Suaram berkata bahawa PM atau ‘kemungkinan’ pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan bersama seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah bagi transaksi tersebut, kemudiannya dibunuh oleh isteri PM. Namun, segala urusan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah diperlukan.

Isteri PM ketika kejadian pembunuhan tersebut sedang berada di Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan itu sudah cukup untuk dijadikan sebagai alibi beliau. PM pula tidak pernah berjumpa dengan Altantuya. Gambar yang di-superimposed oleh pihak pembangkang bagi menunjukkan bahawa PM pernah bersama dengan Altantuya hanya menunjukkan bahawa mereka berada dalam keadaan terdesak.

Kini, Suaram telah mengemukakan satu lagi kenyataan,”orang kanan Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl, adalah rakyat Malaysia pertama yang diberi sepina oleh Mahkamah Perancis sebagai saksi bagi kes Scorpene.”

Namun, apabila Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur ditanyakan mengenai perkara ini, mereka terkejut dan menyatakan bahawa mereka tidak pernah diberitahu akan perkara tersebut. Menurut kedutaan tersebut, menurut prosedur, Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu dahulu terhadap sebarang sepina yang dikeluarkan oleh orang luar, bagi keadaan ini, rakyat Malaysia.

Kementerian tersebut kemudiannya akan menghubungi Wisma Putra untuk mengambil tindakan selanjutnya. Tiada sepina yang akan dikenakan secara menerus kepada rakyat di negara ini tanpa pengetahuan pihak-pihak tersebut.

Dengan ini, terbuktilah bahawa Suaram hanyalah menipu.

Di sini kita dapat lihat bertapa terdesaknya pihak pembangkang, lebih-lebih lagi dengan pilihan raya yang semakin hampir.

Bagi rakyat pula, marilah kita tunggu dan lihat sejauh mana mereka akan menipu. Kita tidak perlu risau kerana PM telah menjalankan tugas dengan berkesan dalam menjaga negara ini.

Suaram (pembangkang) boleh menipu sebanyak mana yang mereka mahu, tetapi rakyat tidak akan memilih golongan yang selalu menipu semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

MMI masih ingat baru-baru ini dalam ceramah Pakatan Haprak di Pulau Pinang,Ketua Srikandi Keadilan Siti Aisyah telah menyatakan bahawa YAB PM sekarang ini tidak berani menjejakkan kaki di luar negara kerana bimbang ditahan kerana nama beliau telah di sepina oleh mahkamah Perancis atas isu skandal pembelian kapal selam "Scorpene" milik negara.

Lalu bertakbirlah seluruh hadirin yang rata-ratanya ahli Pas kerana Datuk Seri Najib Tun Razak bakal ditangkap.

Tetapi mungkin mereka-mereka yang bertakbir itu terlupa bahawa Perdana Menteri yang amat kita kasihi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan takziah Kerajaan Malaysia kepada keluarga DiRaja Arab Saudi berikut kemangkatan Putera Mahkota Nayef di Geneva pada Sabtu 16.06.2012 dan telah dimakamkan pada Ahad 17.06.2012 di Mekah Al Mukaramah.


Majlis pemberian penghormatan terakhir ini telah diadakan di Al Divan Al Maliki,Jeddah turut dihadiri oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri Pengiring serta Duta Malaysia ke Arab Saudi serta beberapa orang pegawai lainnya.


YAB Datuk Seri Najib berlepas ke Arab Saudi pada hari Isnin lepas dan dijangka pulang ke Malaysia esok.Anak Bugis ini tidak melepaskan peluang berada di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri tersayang Datin Seri Rosmah Mansor dan anak lelakinya Nor Ashman Razak serta anggota-anggota rombongan lainnya.Semoga YAB Datuk Seri Najib dan rombongan selamat pulang ke Malaysia.Amin.  

Sehingga artikel ini ditulis tidak terdapat mana-manan laporan yang menyatakan YAB PM telah ditangkap oleh mana-mana pihak mahupun interpol seperti mana yang dicanangkan oleh Siti Aisyah sahabat baik kepada SUARAM kaki putar alam.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels