Followers

Thursday, 21 June 2012

Satu Keajaiban !!


Kasih ibu membawa ke syurga,kasih bapa berganti nyawa.Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang bapa di China.

Kisah bermula 21 tahun yang lalu di Bandar Chongqing apabila anak tunggal kepada lelaki berkenaan yang ketika itu berusia lima tahun diculik.

Sejak kejadian itu, setiap hari selama 21 tahun,  Hu Shangming  tanpa jemu menunggu di tempat yang sama di mana anaknya itu diculik dan berdoa supaya keajaiban berlaku.

Selama 21 tahun, Hu Shangming, seorang penjual buah-buahan di bandar Chongqing, tidak pernah berhenti berharap untuk berjumpa anaknya semula.

Disebabkan mahu berada di kawasan kejadian itu setiap hari, Hu sanggup membeli sebuah rumah dan membuka perniagaannya di kawasan tersebut.

“Saya bimbang jika dia (anaknya) tidak dapat menemui saya.

“Saya akan sentiasa berada di sini dan tidak akan ke mana-mana,” kata Hu kepada wartawan beberapa tahun lalu.

Ujarnya ketika itu, dia tidak dapat melupakan saat di mana dia tidak dapat mencari anaknya yang hilang dan berasa teramat sedih bila mengingati kembali kejadian tersebut.

Namun, penantian, doa  dan pengorbanan selama 21 tahun oleh Hu berbalas jua. Keajaiban yang dinanti itu akhirnya muncul.

Beberapa minggu lalu pihak polis daerah Xiamen telah berjumpa dengan Hu dan menyatakan ada seorang lelaki sedang mencari ibu bapa kandungnya di kawasan itu.

Pihak polis membuat andaian yang lelaki tersebut mungkin merupakan anak yang dicari oleh Hu selama ini.

Hu pantas mengakui yang lelaki tersebut merupakan anak kandungnya apabila pihak polis menunjukkan gambar lelaki itu ketika berumur tujuh tahun.

“Itu adalah anak saya! Betul, anak saya!” kata Hu.

Hu dan lelaki berkenaan, Ma Yongzhen, 26 telah menjalani ujian DNA bagi mendapatkan kepastian.

Pihak perubatan telah mengesahkan yang Hu dan Ma merupakan bapa dan anak kandung kerana mempunyai hubungan darah yang sama.

Sewaktu hari perjumpaan mereka, Hu menangis dengan penuh emosi sambil memeluk erat dan enggan melepaskan anaknya yang disangka telah hilang buat selamanya.

Menurut Hu, hari tersebut merupakan hari yang paling menggembirakan dalam hidupnya.Klik Sini

Hebat bukan sekurang-kurangnya dua anak beranak diatas berani dan sanggup untuk menjalani ujian DNA bagi membuktikan mereka adalah anak beranak tapi di Malaysia ada manusia yang langsung tak benarkan DNAnya diambil untuk ujian.

Kenapa agaknya ??

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels