Followers

Thursday 21 June 2012

Kerana Terdesak Guan Eng Mula Mencari Sokongan Rakyat !!


Pakatan Rakyat khususnya DAPigs Di Pulau Pinang hari ini dilihat semakin terdesak apabila Guan Eng sekali lagi membuat pengumuman untuk membekalkan WIFI secara percuma di seluruh negeri.

Mungkin beliau lupa bahawa rakyat Pulau Pinang lebih mengenali siapa Guan Eng sebenarnya.Malah janji beliau sewaktu 2008 yang lalu untuk membekalkan WIFI percuma ini kepada setiap kawasan sebenarnya hanyalah satu tindakan yang dibuat semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka menunaikan janji.

Malah jika dikira daripada apa yang Guan Eng selalu canangkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang mampu mengurangkan defisit dengan mengamalkan CAT dalam pentadbiran yang berhemah sehinggakan kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan yang cukup jelas membuktikan selama ini beliau dan rakan pimpinannya hanya melihat kepada sudut lain sahaja bukan kepada apa yang dijanjikan.

Semua sedia maklum manusia berlidah biawak ini sering kali menipu rakyat malah pemberian wang kepada warga emas dan sebagainya adalah merupakan sumber kewangan yang datangnya daripada sumber lumba kuda.

Dalam soal ini bererti kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menzahirkan pemasangan WIFI percuma di setiap kawasan dalam negeri Pulau Pinang namun kenapa sehingga ke hari ini masih terdapat kawasan-kawasan yang tidak dibuat pemasangannya ?

Dan sekiranya kita melihat kepada kawasan-kawasan yang masih tidak di pasang jelas sekali ianya merupakan kawasan-kawasan yang dimenangi oleh UMNO dan Barisan Nasional walaupun Bukit Gelugor merupakan salah satu kawasan yang masih tidak mendapat perkhidmatan WIFI percuma tersebut.

Guan Eng juga menyebut bahawa Seberang Jaya merupakan kawasan pertama yang diberikan perkhidmatan percuma ini.Perlu diingat Seberang Jaya berada dalam parlimen Permatang Pauh dan disini juga merupakan kawasan komersial yang kebanyakkannya di monopoli oleh mereka yang sebangsa dengan beliau.

Inilah yang MMI katakan Guan Eng sememangnya pandai memutar belitkan kenyataannya.

Malah jika dilihat dalam rakaman video di bawah amat jelas sekali Guan Eng menyebut pemasangan WIFI percuma yang telah dibuat selama ini di Pulau Pinang bukannya dibayar oleh kerajaan negeri tetapi dipasang secara percuma oleh syarikat yang berkenaan dan ini membuktikan bahawa kerajaan DAPigs di Pulau Pinang selama ini membohongi rakyat.

Mana mungkin pemasangan WIFI ini disediakan oleh kerajaan negeri kerana syarikat yang terbabit ternyata membuat pemasangan secara percuma.

Cumanya dengan pemasangan terbaru yang bakal meliputi kawasan-kawasan yang masih belum menerima WIFI secara percuma ini pihak kerajaan negeri Pulau Pinang akan membuat bayaran kepada syarikat terbabit itupun bukan dalam jumlah yang sepenuhnya.


Apa yang MMI boleh simpulkan adalah tindakan untuk membuat pemasangan sekarang sebenarnya adalah untuk memancing rakyat mengundi Pakatan Haprak dalam pilihan raya ke 13.

Soalnya mengapa baru sekarang nak dibuat pemasangan tersebut setelah 5 tahun berlalu ? 

Apa yang Guan Eng buat selama ini ?

Pakatan Haprak telah mentadbir Pulau Pinang semenjak 2008 dan sentiasa mencanangkan mereka adalah kerajaan yang paling prihatin terhadap rakyat tetapi dalam soal ini jelas tindakan tersebut dibuat setelah pelbagai pihak mengecam Guan Eng dan kerajaan negerinya.

Sekiranya kerajaan negeri pimpinan DAPigs ini benar-benar mahu memberikan perkhidmatan WIFI secara percuma kepada seluruh rakyat Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada 2008 lalu sebenarnya sudah lama pemasangan ini dapat dilakukan dan bukannya sekarang dalam keadaan semua pihak sedang menantikan hari pilihan raya.

Tahniah kepada Guan Eng sekiranya pemasangan tersebut dapat dilakukan tetapi rakyat lebih bijak sekarang mereka akan menerima perkhidmatan tersebut namun dalam masa yang sama tidak akan lupa kepada setiap janji yang telah Guan Eng dan kucu-kuncunya janjikan yang sehingga ke hari ini tidak dapat ditunaikan.

Paling menarik perhatian MMI adalah mengapa Guan Eng beria-ia benar mahu melakukan pemasangan WIFI percuma ini ?

Dalam masa yang sama mengapa menyalahkan Barisan Nasional kerana tidak menyediakan perkhidmatan WIFI percuma di negeri-negeri lain sedangkan yang membuat janji adalah Guan Eng ? 

Mungkin beliau lupa bahawa kerajaan Barisan Nasional hanya akan membuat janji yang mampu ditunaikan oleh mereka bukannya membuat janji yang hanya mahukan undi daripada rakyat.

Itulah yang membezakan Barisan Nasional dan Pakatan Haprak.

Percayalah tindakan terdesak ini sebenarnya hanya untuk memancing undi dan menutup malu kerajaan negeri yang hanya pandai membuat janji.

Kepada Guan Eng,Rakyat Pulau Pinang sudah kenal siapa kamu dan bersedialah untuk Pakatan haprak ditalkinkan pada PRU ke 13 nanti.

Psst Ada kawan bagitau MMI walaupun dalam kawasan dia ada WIFI percuma tapi isyaratnya cukup lemah."Kalau nak bagi tu bagilah betul-betul jangan hanya pasang semata-mata nak buktikan mereka tunaikan janji". Huh MMI tak kata kawan MMI yang kata. 

MMI.

1 comment:

  1. teringat janji paria pakatan terutamanya DAPIGS ttg tol sungai nyior...

    kalau dah meme lidah bewak tu bewak jugak la lakhanat nie...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

Labels