Followers

Thursday, 14 June 2012

Wajib Baca-SECUPAK BERAS SEKATI GULA


Baru-baru ini di Tasek Gelugor bertarikh 12 Jun 2012 dalam satu ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat sekali lagi pembohongan telah di lakukan oleh juak-juak Pakatan Haprak melalui penceramah Siti Aisyah Shikh Ismail, Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat dengan menyatakan bahawa tuduhan UMNO terhadap kerajaan negeri DAPigs Pulau Pinang berkenaan penipuan pembinaan rumah kos rendah adalah sesuatu yang cukup memalukan.

Beliau yang terkenal dengan jolokan wanita bermulut jalang ini telah menyatakan bahawa memang benar kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang tidak membina rumah kos rendah kerana ianya di bina oleh oleh PDC dan pihak berkuasa tempatan melalui arahan daripada kerajaan negeri.

Aisyah mungkin dapat menipu juak-juak penyokong Pakatan Haprak yang hadir namun perlu diingat dalam ucapannya beliau tidak pun menyatakan di mana projek perumahan tersebut dijalankan atau pun dibina malah turut tidak menyatakan berapakah jumlah unit yang dibina.Inilah sifat paling jijik yang ada pada pimpinan Pakatan Haprak yang sanggup berbohong kepada rakyat semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan menabur benih kebencian terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.


MMI yang turut berada dalam ceramah tersebut merasakan perlu untuk mendedahkan pembohongan yang telah dilakukan oleh Aisyah dengan beberapa bukti supaya rakyat di luar sana tidak menjadi mangsa kepada penipuan berterusan ini.

Sebagai permulaannya MMI mengambil keputusan untuk melihat sejauh mana PDC yang di maksudkan oleh Aisyah sebagai jentera atau badan bertindak untuk menguruskan pembinaan ini benar-benar melaksanakannya.

Pertama melihat ke laman Web PDC sendiri ianya memperlihatkan beberapa projek yang telah siap,dalam pembinaan dan projek-projek baru.MMI tidak nafikan terdapat juga pembinaan rumah-rumah yang berharga sekitar RM70,000 dan keatas tetapi soalnya apakah benar dengan jumlah yang diperkatakan oleh Guan Eng sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina ?

Jika ada di mana tempatnya ?




MMI bawakan sedikit berkenaan rumah-rumah yang dibina dan akan dibina oleh PDC seperti gambar diatas Halaman Seroja merupakan sebuah projek perumahan di bawah PDC bertempat di Bandar Cassia Batu Kawan dengan jumlah unit sebanyak 195 berharga sekitar RM70,000.00 hingga RM80,420.00 yang masih belum di lancarkan.

Seterusnya Intan Cempaka juga di Bandar Cassia Batu Kawan dengan jumlah pembinaan sebanyak 295 unit berharga RM89,000.00 hingga RM118,400 yang di beritakan telah habis di jual.

Kemudiannya D'Residence Bayan Mutiara Penang sebanyak 163 unit dibina dengan harga RM880,000.00 hingga RM3,054,000 dan di beritakan telah habis di jual.

Soalnya sekarang apakah harga-harga rumah-rumah tersebut merupakan harga untuk sebuah rumah kos sederhana yang sekitar RM42,000.00 atau mungkin dinaikkan hingga RM50,000.00 ? (kerana mungkin pihak kerajaan persekutuan selepas ini akan mengkaji semula harga rumah kos sederhana memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat)Klik Sini.

Apa pun adakah rumah dan harga diatas yang diambil daripada laman web PDC sendiri menunjukkan yang ianya boleh dilabelkan sebagai pembinaan rumah kos sederhana rendah ?

Jelas sekali ianya hanya satu pembohongan oleh kerajaan negeri dan Aisyah yang hanya menyebut pembinaan rumah tetapi tidak memaklumkan kepada rakyat rumah jenis apakah yang di bina.

Sebagai rakyat kita seharusnya perlu mengkaji dan melihat sejauh mana kebenaran setiap kata-kata pimpinan Pakatan Rakyat dalam soal ini.MMI sedih melihat mereka-mereka yang hadir dalam ceramah PKR di Tasek Gelugor baru-baru ini khususnya juak-juak Pas begitu bersemangat melaungkan takbir sedangkan pada hakikatnya mereka sedang di pergula-gulakan oleh pimpinan Parti Keadilan Rakyat.

Mereka mungkin tidak tahu atau terlupa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak yang juga anggota jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri, Sim Tze Tzin, pernah  mencadangkan larangan pembinaan rumah kos rendah di kawasan pulau Klik Sini.

Pernahkah kita terfikir mengapa kerajaan negeri DAPigs begitu bersungguh-sungguh untuk membangunkan Batu Kawan ? Sudah pasti kerana mereka mahu menguasai kepentingan ekonomi yang cukup jelas berpotensi sekiranya di kawasan ini di bangunkan dengan projek-projek bernilai tinggi apatah lagi pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang bakal disiapkan.


Projek perumahan sebenarnya hanyalah helah yang cuba dimainkan oleh mereka kerana yang menjadi asas kepada perkara pokok adalah pembinaan pusat-pusat komersial yang semestinya bakal dimonopoli oleh rakan sebangsa dengan mereka.Malahan seperti yang MMI bawakan diatas dengan nilai harga rumah yang sebegitu agaknya berapa kerat orang-orang Melayu yang mampu memilikinya? Mahukah kita mendiami sebuah rumah dalam satu kawasan perumahan yang 90% bakal dimilik oleh mereka yang bukan sebangsa dengan kita apatah lagi berlainan agamanya?

Jika di kira dari segi pengambilan tanah juga jelas menunjukkan kerajaan DAPigs Pulau Pinang mensasarkan Seberang Perai Selatan mana lagi kalau bukan Batu Kawan.


Melihat kepada kenyataan Guan Eng dalam Rokekini.com juga cukup menggemparkan kerana kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta khusus untuk pembinaan rumah mampu milik.

Menurut Guan Eng lagi Menurutnya, Fasa 1 melibatkan pembinaan 12,000 unit rumah mampu milik di antara harga RM72,500 dan RM220,000 di atas tanah seluas 200 ekar di Batu Kawan sumbangan Penang Development Corporation (PDC).

“Demi memastikan pembeli daripada golongan tidak berada dapat memiliki rumah mampu milik berkualiti, kerajaan negeri telah pun melantik pembina rumah milik yang paling baik di dunia iaitu, HDB Singapore, untuk menjalankan pembinaan rumah mampu milik terbaik di Malaysia Klik Sini.

Soalnya mengapa baru sekarang Guan Eng membuat pengumuman tersebut di tambah pula dengan fasa demi fasa yang diumumkannya kalau bukan kerana UMNO di Pulau Pinang dan rakyat bangkit menentang.

Perkara kedua mengapa hanya menyatakan peratusan mengikut daerah mengapa tidak menyatakan tempat dan dimana rumah-rumah tersebut di bina ? Jika ada nyatakan..

Ketiga mengapa melantik kontraktor daripada Singapura iaitu HDB Singapore untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan ? Mengapa tidak syarikat-syarikat di Malaysia ? Jelas sekali mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat hanyalah sekadar alasan Guan Eng kerana ada sesuatu di sebalik semua yang dirancang.Mungkin Guan Eng bakal menerima komisen renung-renungkanlah.

Keempat mengapa penumpuan di berikan kepada Batu Kawan ? Klik Sini

Banyak berita telah pun didedahkan oleh kebanyakkan blog-blog berkenaan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh DAPigs di Pulau Pinang semuanya dilihat sebagai satu perancangan licik dan jahat yang hanya mahu melihat Melayu merempat di bumi sendiri Klik Sini Sini dan Sini . 

Jelas kepimpinan Pas dan PKR baik di peringkat pusat mahupun di Pulau Pinang sebenarnya buta atau memang tidak sedarkan diri kerana selama ini mereka dan juak-juak mereka juga merana dengan apa yang Guan Eng sedang lakukan sekarang. 

MMI sendiri menyaksikan bagaimana juak-juak Pas dan PKR membeli malah menyewa rumah-rumah kos sederhana yang dibina oleh kerajaan ataupun agensi-agensi kerajaan persekutuan kerana kos yang jauh lebih murah.Tetapi dalam masa yang sama BERTAKBIR dan menyokong Pakatan Haprak kononnya apa yang kerajaan BN usahakan selama ini adalah satu tindakan maha zalim terhadap rakyat.

Ada akai ka ???

Kepada Siti Aisyah Shikh Ismail, Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat,Apa benarkah kamu bercakap soal rakyat ? Apa benarkah kamu berbicara soal bangsa ? Apa benar kamu mempertahankan agama Islam ? Apakah juga kamu telah menzalimi mereka yang berani bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa diri mereka dianiaya malah diliwat oleh Anwar Ibrahim ? Jika semuanya Ya maka jelas kamu adalah pemimpin yang harus ditentang habis-habisan kerana menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mempertahankan yang batil menidakkan yang hak.

Kepada seluruh rakyat negeri Pulau Pinang khususnya umat Melayu berbangsa Islam ayuh bangunlah kita sama-sama hentikan sandiwara politik jijik ini kerana MMI bimbang peristiwa "SECUPAK BERAS SEKATI GULA" bakal berulang.

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels