Followers

Tuesday, 12 June 2012

Pakatan Haprak/SUARAM/NED - Rakyat Malaysia Perlu Bijak





Pendedahan laman NED (National Endownment for Democracy), ned.org/where-we-work/asia/malaysia yang menunjukkan yayasan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyalurkan dana kepada empat NGO di Malaysia mula mendapat perhatian para blogger.

Empat NGO yang disalurkan dana NED untuk beroperasi di Malaysia itu adalah IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), Mkini Dotcom Sdn Bhd (portal Malaysiakini) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SUARAM).

IRI diketuai Lorne Craner, NDI; Madeline Albright, Malaysiakini; Steven Gan/Pramesh Chandra dan SUARAM; Cynthia Gabriel yang kesemuanya mempunyai kaitan rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalang di belakang SUARAM bukan sebarangan pihak, tetapi pihak yang telah berjaya menjatuhkan Kerajaan-kerajaan di dunia yang tidak selari dengan Amerika Syarikat.

“Untuk isu kapal selam, SUARAM telah menerima dana sebanyak USD90,000 bersamaan dari RM286,332.99 untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional, ” ujar blogger mymassa, yang turut dipersetujui blog unitmediasiber, semuthitam80, tunfaisal, Taiping Mali dan lain-lain.

Menurut laman thechoice, SUARAM itu adalah NGO missionari terhadap PKR yang berketuakan Anwar sepertimana Ketua Umum PKR itu mengawal S Ambiga untuk menggerakkan BERSIH.

Laman itu menyenaraikan inner circe SUARAM yang berkaitan dengan PKR; Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya yang dilantik oleh kerajaan PKR Negeri Selangor. Tian Chua, Ahli PKR Parlimen Batu, Naib Presiden PKR. Irene Fernandez, Ahli Majlis Tertinggi PKR. Elizabeth Wong, Exco Kerajaan PKR Selangor. Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen PKR Subang. Dr Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR.

Menurut laman itu lagi, terdapat beberapa tokoh lagi yang mempunyai hubungan rapat dengan PKR. Dr Kua Kia Soong, bekas Ahli Parlimen DAP. Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasim Hashim Presiden PSM dan Pramesh Chandran, malaysiakini.com.

Kesemua tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas adalah kroni-kroni Anwar Ibrahim yang hari ini sedang bermati-matian untuk mencapai matlamat utama mereka iaitu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO melalui isu kapal selam pembelian Malaysia yang di putar belitkan Klik Sini.Lagi berita Klik Sini.

Soalnya sekarang siapa NED ? NED adalah sebuah agensi separuh kerajaan yang didanai oleh Kongres Amerika Syarikat dan beberapa individu yang tujuannya adalah untuk menyokong dan mendokong organisasi di luar Amerika yang pro polisi luar negara Rumah Putih. Hal ini disebut secara terang dalam laman rasmi NED bahawa penubuhannya sejak 1980 adalah untuk “membantu usaha demokrasi di negara yang dipercayai dapat memberi manfaat kepada Amerika Syarikat, dan kepada pihak yang berhempas pulas memulihkan kebebasan dan hak asasi” (lihat David Lowe, ‘Idea To Reality: A Brief History of the National Endowment for Democracy”.


Idea di belakang NED ialah untuk menjadi organisasi muka hadapan CIA dalam mencampuri urusan negara lain. Perkara ini malah diakui oleh salah seorang penubuh NED, Allen Weinstein, “apa yang kita lakukan hari ini kebanyakannya dilakukan oleh CIA 25 tahun lalu.” (lihat William Blum, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower, Common Courage Press, Monroe-Maine, 2000, hlm. 180)...

Kaedah ketiga, ialah dengan menyatukan beberapa parti pembangkang berlainan ideologi di bawah satu payung. Gabungan pembangkang ini akan didanai menerusi seorang tokoh yang dikenalpasti dengan harapan dapat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Kaedah ini dilakukan dengan berkesan sekali di Mongolia dalam tahun 1996. NED telah menyatukan beberapa parti pembangkang di bawah nama National Democratic Union (Pakatan Demokratik Nasional) untuk menewaskan parti kerajaan Mongolian People’s Revolutionary Party yang berkuasa sejak 1992.


Harus diingatkan Mongolian People’s Revolutionary Party bukanlah sebuah parti anti Barat atau Rumah Putih. Cuma parti tersebut enggan tunduk kepada beberapa polisi ekonomi serantau yang diatur Amerika Syarikat. Sebelum tahun 1996, media sekali lagi berperanan mempromosikan “terapi ekonomi” buat kerajaan Mongolia yang kononnya untuk menyaingi kuasa besar China dari segi perdagangan. Sebenarnya polisi ekonomi yang dimaksudkan adalah untuk membolehkan Mongolia membuka rangkaian bisnes anti China, dan dalam masa yang sama syarikat-syarikat swasta Barat ini dapat menjadi menjadi perisik dan telinga untuk CIA.

Hal ini didedahkan oleh pengkaji yang sama iaitu William Blum menerusi bukunya, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower. Bentuk yang serupa dilakukan NED di Haiti untuk menggulingkan President Jean-Bertrand Aristide. Dan contoh klasik ialah usaha NED di Venezuela dalam tahun 2002 untuk menggulingkan Presiden Hugo Chavez. Usaha tersebut gagal, malah salah seorang koresponden CNN mengakui ikut menjadi konspirator dalam rampasan kuasa 48 jam tersebut.


Penerima dana NED yang lain ialah National Iranian American Council (NIAC), menerima USD 25,000 dalam tahun 2002, USD 64,000 dalam tahun 2005, dan USD 107,000 dalam tahun 2006. Di sinilah datangnya kaedah keempat NED iaitu “media training workshop” kononnya untuk melatih peserta mewakili masyarakat dalam bidang komunikasi awam. National Iranian American Council (NIAC) aktif menganjurkan bengkel dan seminar untuk tujuan “strengthen the capacity of civic organizations in Iran”.

Antara slogan bengkel anjuran NIAC adalah seperti merangsang pertumbuhan masyarakat madani, atau ke arah hak asasi dan lain-lain lagi.Gerakan ini tentu sahaja telah dikesani oleh Iran. November 2008, lama sebelum pilihanraya Presiden Iran berlangsung, duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Mohammad-Javad Zarif menuduh Amerika sedang merancang revolusi warna di Iran.

Menurut beliau, kaedah yang diatur NED ialah dengan cara mengundang sarjana dari universiti-universiti di Iran untuk menghadiri konferens akademik di Barat, akan tetapi apabila mereka menyertai sesi undangan itu, sarjana ini akan menyedari mereka sedang berhimpun untuk membincangkan mekanisme menjatuhkan kerajaan Iran. 

Hal ini tidaklah mengejutkan kerana dalam bulan Februari 2006, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice telah memohon dana mengejut dari Kongres sebanyak USD 75 juta di mana USD 10 juta akan diperuntukkan untuk ‘merangsang kempen propaganda menentang Tehran’. Wang sebesar itu akan disalurkan untuk “siaran radio dan televisyen bahasa Parsi dari Amerika, memberi biasiswa kepada pelajar yang ingin menuntut di Amerika dan untuk mendanai gerakan pro demokrasi di Iran. Menurut Rice, “dana itu penting untuk menunjukkan Amerika menyokong aspirasi kebebasan dan demokrasi yang menjadi hak rakyat Iran”.(lihat Ewen MacAskill and Julian Borger, “Bush plans huge propaganda campaign in Iran”, The Guardian, 16 Februari 2006 Klik Sini.


Kaedah-kaedah yang digunakan NED di Iran dan negara lain munasabah untuk direnungi oleh Parti Islam Semalaysia khususnya selaku sebuah gerakan Islam yang hari ini dilihat menjadi tulang belakang kepada gerakan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional di Malaysia dengan bekerjasama  dengan PKR dan DAPigs .Sudah tiba masanya PAS mempunyai mekanisme sendiri untuk menebat dan mengekang kemaraan musuh yang semakin sofistikated dan bijak dalam menyucuk jarum. PAS perlu menyediakan satu pelan khusus untuk memantau gerakan musuh dalam selimut, mengenalpasti mereka dan menyingkirkan mereka tanpa rasa bersalah. Untuk itu PAS perlu menganalisis strategi politik mereka supaya tidak terjerumus dalam jerangkap musuh ummah seperti mana yang di lakukan oleh pihak kerajaan hari ini iaitu UMNO dan Barisan Nasional.

Semua kaedah NED di atas telah pun diamalkan dan dikemukakan di Malaysia. Sudah tiba masanya PAS mengurangkan syahwat terhadap kuasa dan kerusi lantas kembali kepada fungsi asalnya iaitu untuk menjadi juara kepada umat Islam. Untuk itu agenda perpaduan ummah mesti didahulukan berbanding agenda-agenda lain yang mungkin sahaja telah ‘disediakan musuh’ umat seperti Amerika Syarikat. Pimpinan PAS perlu rajin meneliti perkembangan politik antarabangsa dan tidak ada salahnya belajar dari negara-negara yang pernah diganggu Amerika...

Soalnya sejauh mana Pas melihat perkara ini sebagai keperluan utama demi menyelamatkan maruah ummat dan seluruh rakyat Malaysia ? Apakah dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional,Pas mampu mengawal dan memastikan sahabat baiknya PKR dan DAPigs mampu tunduk dan mengikut telunjuk mereka hatta melalui meja rundingan sekalipun kerana kita semua tahu bahawa sahabat baik Anwar Ibrahim isu siapa dan sejauh mana DAPigs mahu akur kepada kemahuan Pas daripada akur kepada PAP di Singapura yang terang-terangan bersahabat dengan mereka-mereka yang kita gelarkan sebagai YAHUDI.

Kepada seluruh rakyat Malaysia , adakah kita yakin bahawa ketika Pakatan Haprak berkuasa Pas mampu melakukan apa yang di canangkan ?

Malaysia dalam bahaya oleh itu pastikan pilihan anda dalam PRU13 nanti mampu menyelamatkan bukan sahaja negara malah bangsa dan agama kita.

UMNO Dulu Kini Selamanya..

Barisan Nasional Pilihan terbaik rakyat Malaysia.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels