Followers

Tuesday, 10 July 2012

Keliru Atau Celaru ?


Dunia semakin hari bergerak dengan pantas dan begitu juga dengan manusia.Setiap negara juga dilihat berlumba-lumba untuk memastikan rakyat dan negaranya berada dalam keadaan yang selesa.

Malah negara-negara hebat di dunia pun sebenarnya mengalami pelbagai konflik dalaman khususnya melibatkan perihal rakyat.

Apa yang MMI mahu utarakan disini adalah sikap manusia yang sebenarnya semakin hari semakin dihimpit dengan pelbagai tekanan yang datangnya daripada pelbagai arah sehingga wujudnya perasaan keliru dan celaru.

Ada yang disumbangkan oleh keadaan , suasana , sikap , kestabilan , ekonomi , keluarga , kenalan dan banyak lagi faktor-faktor yang memungkinkan perasaan keliru dan celaru itu berlaku.

Suasana politik dan kemajuan sesebuah negara juga sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam menentukan sejauh mana seseorang manusia mahupun rakyat sesebuah negara itu bakal berdepan dengan cabaran yang kadang kalanya menyebabkan kita keliru dan celaru.

Lihat saja kejadian yang terbaru apabila negara di gemparkan dengan satu kejadian amuk oleh seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di perkarangan JPM di Putrajaya.Klik Sini dan Sini .

Sebagai rakyat Malaysia,MMI bersyukur kerana kejadian tersebut dapat dikawal dengan baik oleh pihak polis dan berjaya menghalang daripada berlaku sesuatu yang lebih dasyat apatah lagi mendatangkan kecederaan kepada orang ramai.



Percaya atau tidak apa yang berlaku sebenarnya mengesahkan bahawa mereka-mereka ini keliru dan celaru.

Keliru apabila mengambil tindakan amuk yang merugikan diri sendiri apatah lagi sehingga menyebabkan korban.

Celaru kerana terlalu obses kepada sesuatu perjuangan,kumpulan mahupun ideologi.

Kesannya seperti apa yang dapat kita lihat nyawa menjadi gantinya.

Begitu juga dengan perkara-perkara lain sebagai contohnya apabila isu banting yang dipasang di Pulau Pinang bagi mempromosikan satu program bernama Projek Pengusahaan Belia dan Wanita 2012 menjadi topik hangat perbincangan di laman sosial.


Jika diamati banting tersebut jelas memperlihatkan tulisan bahasa cina menguasai hampir keseluruhannya dan ini menyebabkan satu perbahasan berlaku dikalangan para penggiat media sosial berkenaan isu hilangnya bahasa rasmi negara.



Hakikatnya ianya menjadi topik paling hangat dan mencetuskan pelbagai tanggapan daripada mereka-mereka yang peka dengan keadaan.

Mempertahankan perlembagaan negara juga sebenarnya menjadi asas kepada isu yang di timbulkan.Ianya amat jelas sekali kerana antara komentar-komentar yang di buat merujuk kepada tindakan yang dibuat oleh sebuah kerajaan negeri seperti Pulau Pinang.

Mengapa ianya menjadi isu ? Kerana ianya melibatkan kerajaan negeri yang seharusnya lebih bijak dalam situasi mahupun keadaan sebegini.Membenarkan banting seperti gambar diatas dinaikkan dan dipasang bererti kerajaan negeri Pulau Pinang sememangnya alpa ataupun sengaja membenarkan dengan tujuan mahupun matlamat tertentu.

Namun yang paling menarik adalah ianya juga berkisar kepada sikap keliru dan celaru sesetengah pihak dalam soal ini.

Apakah pihak kerajaan negeri Pulau Pinang keliru dengan maksud bahasa rasmi dalam menghormati perlembagaan negara ? atau mereka keliru untuk membezakan penyiaran iklan untuk rakyat dengan menghormati perlembagaan negara ? 

MMI yakin setiap yang berlaku mempunyai sebab musababnya namun dalam hal ini rakyat Pulau Pinang khususnya mereka-mereka yang peka dan membuat komen adalah merupakan mereka yang sebenarnya merupakan rakyat yang faham akan maksud perlembagaan negara.

Pssstt Guan Eng pun katanya celaru nak membezakan antara Betty dengan Phaik Keng !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels