Followers

Monday, 30 July 2012

PKR Jangka kalah 16 Kerusi - Realiti Atau Strategi ?


Jika di hitung tempoh masa bagi YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh pilihan raya ke13 pastinya kiraan akan menunjukkan 9 bulan dari sekarang.Maka melihat kepada tempoh masa itu sahaja ramai pihak-pihak di luar sana khususnya mereka yang terlibat dalam gerak kerja politik seakan sudah boleh mengagak tarikh keramat tersebut.

Dalam keadaan seluruh jentera parti politik membuat persediaan bagi menghadapi satu pertarungan hidup mati dan bakal berdepan medan yang paling sengit ini strategi menjadi perkara paling penting untuk mencapai kemenangan.

Jangan lupa dalam suasana politik penuh persepsi hari ini satu kesilapan bakal membawa padah yang amat sangat bahkan mampu merosakkan segala-galanya.

MMI amat tertarik dengan kenyataan terbaru yang menyatakan PKR jangkakan kalah 16 kerusi sedia ada dalam pilihan raya nanti.

Timbul persoalan mengapa tiba-tiba PKR boleh menyatakan sedemikian rupa sedangkan merekalah yang selama ini mengepalai jentera politik Pakatan Haprak melibatkan isu-isu dalam negara ?

Menurut sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

MMI melihatnya dalam konteks yang berbeza apabila pengalaman pilihan raya 2008 di Pulau Pinang sudah pun membuktikan strategi seperti ini mampu melemahkan jentera parti lawan dan dalam masa yang sama membangkitkan semangat rakyat untuk mengundi Pembangkang.

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang pada 2008 yang lalu apabila dalam setiap ceramah Guan Eng dan DAP mereka melahirkan rasa ketidakmampuan mereka untuk menang kerana gerak jentera Barisan Nasional yang hebat dan kuat.

Namun akhirnya Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Haprak.

Inilah strategi secara halus yang mampu meresap ke dalam setiap jiwa anak muda bahkan seluruh rakyat Malaysia dengan tujuan untuk meraih undi simpati.

Walaupun ketidakyakinan PKR menghadapi pilihan raya itu dibuktikan dengan beberapa alasan namun langkah berhati-hati dan terus menggerakkan jentera parti untuk terus bekerja amat perlu apatah lagi dalam menantikan tarikh keramat yang masih belum diumumkan.

Jika berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN.   Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.   PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Percayalah Pakatan Haprak bakal membuat kejutan dengan kembali membela hak orang Melayu  termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Kita jangan lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.   Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini.  Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.  Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan  hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1.‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2.‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3.‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran. 

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.Klik Sini

Namun ingatlah bahawa Pakatan Haprak sememangnya terkenal dengan tipu muslihat dan kita perlu berhati-hati menyaring segala maklumat dan pastikan seluruh jentera kita sentiasa di gerakkan dan berusahalah tanpa henti untuk memastikan Barisan Nasional terus dipertahankan seterusnya menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Stand And Fight !!


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels