Followers

Monday 30 July 2012

Video Yang Pasti Buat Anda Panas Telinga !!


Apabila Malaysia mula melangkah untuk mencapai negara maju maka sudah pasti ianya mempunyai harga tertentu yang perlu di bayar.Harga ini bukan dalam konteks pembayaran tunai kepada pihak-pihak tertentu tetapi dalam konteks apa yang bakal Malaysia depani.

Dengan suasana politik negara yang penuh dengan pelbagai dakyah,penipuan dan fitnah malah bagi sesetengah pihak ianya digelar politik persepsi yang bukan sahaja mampu merosakkan negara malah rakyatnya juga kita turut diheret kedalam kancah budaya dan kemanusiaan.

Lihat saja apa yang berlaku baru-baru ini apabila budaya demontrasi jalanan di bawa ke negara kita dan dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu demi mencapai matlamat walaupun kadang-kalanya ianya jelas merupakan gerakan yang hanya mahu mencetuskan huru-hara.

Jangan lupa juga bagaimana tiba-tiba wujudnya SUARAM sebuah NGO yang kononnya berjuang untuk mempertahankan hak kemanusiaan walaupun hak yang dipertahankan itu merupakan perkara yang tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia sendiri.

Kita sudah pastinya masih ingat bagaimana mereka-mereka ini dijadikan sebagai agen mahupun jentera yang melakukan gerakan memburukkan Malaysia di mata negara luar khususnya dalam isu seperti kapal selam scorpene.

Semuanya adalah kerana kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang hanya mahu mencapai kepentingan peribadi hinggakan sanggup menggadaikan maruah negara.

MMI yakin kerana gerakan-gerakan seumpama inilah maka lahirnya mereka dari kalangan rakyat Malaysia sendiri yang hari ini sudah mula biadap dan kurang ajar malah sudah berani melawan waima pihak berkuasa dan pastinya mereka meletakkan hak sebagai pemisahnya.

Video yang akan anda tonton bakal menceritakan segala-galanya khususnya bagaimana mereka yang jahil tentang hak akan bertindak hasil daripada gerakan-gerakan pihak-pihak tertentu sebelum ini.


Barangkali inilah harganya yang perlu dibayar oleh Malaysia dalam mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju apabila segelintir rakyatnya tidak dapat membezakan diantara hak dan undang-undang.

Pssstt Kalau MMI dah lama dah minah tu..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels