Followers

Wednesday 2 July 2014

Jangan Ambil Mudah Apa yang Tun Abdul Hamid Katakan !!!


Kata orang-orang tua; harapkan pagar, pagar makan padi...

Betul kata bekas Ketua Hakim Negara; Tun Abdul Hamid yang sebahagian anggota MKPN sebenarnya mewakili suara-suara sumbang minoriti yang ghairah ingin mencabar kedaulatan negara.

Pemimpin mereka tidak perlu berpanas dan menjerit-jerit di jalanan lagi, kini cukup mudah mengubah dasar dan teras negara apabila sudah berada dalam MKPN.

Cuma macai-macai mereka di luar sana hanya perlu gertak sekali sekala.

Tapi apa pula kata majoriti di luar sana...diam dan tengok sajakah? sumber mymassa

Merujuk kepada kenyataan daripada Tun Abdul Hamid ,

Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). 

Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.Baca Selanjutnya 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels