Followers

Friday, 31 August 2012

Catatan sejarah Yang Harus Rakyat Malaysia Tahu !!


Pasti ramai yang sudah pun mengetahui apa yang telah berlaku pada malam sambutan Kemerdekaan negara semalam selain daripada ribuan rakyat yang menyambutnya dengan penuh kegembiraan terdapat juga di kalangan mereka yang langsung tidak menghargai semangat kenegaraan malah sanggup pula melakukan tindakan yang cukup biadap sebagai seorang rakyat.

Namun artikel ini bukan mahu menceritakan apa yang berlaku , MMI mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan semua sebuah catatan sejarah yang harus di ketahui oleh rakyat Malaysia.

Sejarah yang mungkin bagi sesetengahnya adalah sebahagian kecil daripada sejarah utama negara kita tetapi ianya tetap merupakan sejarah yang sudah pun tercatit dan sebagai rakyat kita harus mengetahuinya.

Saksikan sebuah catatan sejarah berjudul "Kulim A Merdeka Story".


Apakah kita generasi hari ini mampu memastikan generasi hari ini dan seterusnya mampu terus hidup dalam suasana seperti mana yang pernah berlaku satu hari dulu ?

Semuanya terletak pada diri kita maka gunakanlah peluang yang kita miliki ini bagi memastikan Malaysia terus Aman , Maju dan Makmur.

MMI.

Thursday, 30 August 2012

Sejauh Mana Erti Kemerdekaan Bagi Rakyat Malaysia ??


Dalam masa beberapa jam saja lagi Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan Negara Kali Ke-55.Justeru itu ianya turut membuktikan kepada seluruh dunia bahawa negara dan rakyat yang dulunya di jajah malah perlu mengaku hamba kepada penjajah sudah berdiri sama gagah dengan mereka yang dulunya angkuh menjadi Tuan di bumi yang kita panggil Malaysia.

Pastinya ramai di luar sana mengakui betapa rintangan dan ranjau telah pun kita hadapi dengan penuh kesabaran dan iltizam menjadikan kita dewasa serta matang dalam mendepani cabaran-cabaran yang mendatang.

Masyarakat yang berbilang kaum hidup dalam suasana penuh keceriaan menjadikan bumi Malaysia ini terus makmur.

Mungkin ada sesetengahnya lupa keamanan yang kita kecapi hari ini bukannya hadir dengan mudah.Keamanan yang negara miliki hari ini hadir setelah kita terpaksa menghadapi satu peristiwa yang cukup menyiksakan seluruh jiwa raga rakyat apabila kita terpaksa menghadapi ancaman komunis dan malapetaka tak diundang iaitu peristiwa 13 Mei yang menyaksikan negara kacau bilau malah rakyat saling bunuh berbunuhan.

MMI bukannya mahu mencarik sejarah tetapi inilah hakikat yang terpaksa kita akui bahawa segala nikmat yang kita miliki hari ini datangnya dari kesedaran bahawa kekacauan itu menjadikan kita lebih berhati-hati dan saling hormat menghormati.

Imbas kembali setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 maka di saat itulah bermulanya Malaysia melakar sejarah demi sejarah kejayaan sehinggalah ke hari ini.

Generasi demi generasi di wariskan dengan harta yang tidak mungkin dimiliki oleh mereka-mereka yang berada di bumi lain.Warisan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang diperturunkan demi untuk melihat Malaysia dan rakyatnya terus maju dan kedepan.

Hari ini berapa ramaikah anak muda yang benar-benar bersyukur dengan harta yang tak ternilai ini ?

Kadang-kadang sedih melihat mereka hidup tanpa arah tuju dan ada diantaranya sudah pandai melontarkan kata-kata yang cukup tajam seolah-olah tanpa mereka-mereka terdahulu generasi hari ini dapat menikmati kesenangan dan kemakmuran yang mereka miliki.

Kembalilah kepada fitrah manusia bahawa kita diciptakan oleh Allah SWT dari tanah dan kepada tanah jua lah kita bakal kembali.

Dalam suasana ambang kemerdekaan , apakah kita sebagai rakyat sanggup membiarkan hari penuh bersejarah lagi keramat ini dicemari oleh mereka-mereka yang hari ini sudah hilang sifat kenegaraannya ?

Adakah kita sanggup membiarkan sesetengah mereka di luar sana yang sibuk merancang untuk memalukan negara di mata dunia dengan merancang himpunan anti kerajaan dan sebagainya ?

Ingatlah kemerdekaan negara yang kita miliki ini bukanya boleh di samakan dengan kepentingan politik pihak-pihak tertentu kerana ianya mampu merencatkan serta melemahkan kedudukan negara di mata dunia yang mampu mengakibatkan seluruh rakyat bakal menerima padahnya.

Sedarlah pada ketika negara lain menyambut hari kemerdekaan mereka dengan bunyi tembakan di sana sini kita bebas bergerak ke sana ke mari !

Sedarlah pada ketika negara lain menyambut hari kemerdekaan mereka dengan meratapi sanak saudara yang dibunuh dengan kejam kita bersorak riang di acara-acara tembakan bunga api !

Sedarlah pada ketika negara lain menyambut hari kemerdekaan mereka dengan mati kerana kelaparan kita pula kadang kalanya membazir makanan !

Sedarlah pada ketika negara lain menyambut hari kemerdekaan mereka dengan penuh ketakutan kita bebas bergerak kemana-mana destinasi pilihan !

Apa lagi agaknya yang dimahukan oleh kita ?

Akhir kata MMI menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia sama-samalah kita pertahankan warisan ini kerana ianya amat berharga.Ingatlah apa yang kita miliki hari ini tidak mampu di beli di mana-mana negara didunia waima kita hidup dengan limpahan wang ringgit.

Paling pasti ini negara kita dan kitalah yang menentukannya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-55

MMI.

Mesti Baca - Bagaimana Dapatkan TOP UP Free !!


Pasti selepas pendedahan ini ramai yang akan cari MMI tapi tak kisahlah yang penting kita dapat berkongsi cara-cara untuk dapatkan TOP UP free.MMI bawakan langkah-langkah ini khusus untuk pengguna prepaid di seluruh Malaysia.

Cara nak TOP UP free.MMI dapat daripada member yang bekerja dekat kedai handphone kat area-area sekitar Tambun.Duduk berborak dengan dia pastu korek lah rahsia pasal handphone ni , last-last cair jugak dia hihihi.

Dia pun bagi tau lah cara-cara nak mereload repaid ni secara percuma.Okey dah bersedia ? Sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri.

Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019 ,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda.Disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal atau memang illegal 

Tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan.Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa tersebut.Kepada pengguna talian 012 , 013 ,016 , 017 , 019 , dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat kemudian anda akan dengar seperti bunyi bising , tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda.

Anda akan dengar arahan "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai , lepas tu dial 0405 untuk KL dan Selangor 0406 untuk kawasan-kawasan lain di semenanjung dan 0409 untuk Sabah dan Sarawak.

Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon anda sekali lagi.Tunggu selepas bunyi bising selesai , dial 4455147 diikuti 146 , selepas 5 saat kemudianya tunggu beberapa saat lagi anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your key number is accept" terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept".

Lepas itu terus dail nombor telefon anda dan anda akan dengar "MUSIBAT ! kat dalam dunia ni mana ada benda yang free ? zaman sekarang ni masuk toilet pun kena bayar 20 sen tau ! banyaklah kau punya FREE!!" Dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata "jahanam punya orang !!" tapi lepas tu mesti forward pula kepada rakan-rakan lain....Sudah lah pi balik buat kerja masing-masing .. MMI pun terkena !!!! Sekian,terima kasih.

Sumber asal dari rakan FB Fiq Zack

Jangan pula lepas ni Pakatan Haprak janji nak bagi TOP UP free sudah !!!

Kadang-kadang melawak dan tersenyum ni mampu menceriakan kita kan ???

MMI.

Wednesday, 29 August 2012

Gempar Rakaman Sulit Perancangan Pakatan Haprak Di Dedahkan !!


Maklumat bocor lagi , kali ini rakaman pula malah sudah ada yang melabelkan rakaman suara Dajjal PKR hehe..

Rakaman ini secara jelas membuktikan bagaimana perancangan juak-juak Pakatan Haprak yang menyusun serta merancang segala gerak kerja mereka berasaskan kepada point-point yang diberikan malah sekiranya dilihat dan didengar betul-betul ianya merupakan satu tindakan terancang bagi mengkucar-kacirkan negara walaupun perkara-perkara yang dinyatakan merupakan tuduhan tanpa asas.



Taklimat strategi rahsia PKR untuk kucar kacirkan negara semasa Kongres Nasional PKR 2011 di Johor  disampaikan oleh YB. Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerjak.

Nampak dak macam mana puak-puak komunis ni sedang cuba untuk kelirukan rakyat ? 

MMI.

Breaking News US Di Serang !!


Berita tergempar ! Amerika Syarikat telah di serang oleh satu kuasa ketenteraan dari luar yang masih belum dapat di sahkan identitinya.Menurut laporan tak rasmi daripada sumber-sumber internet menyatakan satu kuasa tentera yang lengkap dan terancang telah pun menawan kawasan-kawasan strategik yang turut mengakibatkan keadaan menjadi kelam kabut.

Setakat entri ini di tulis tidak pasti apakah yang berlaku sebenarnya dan apakah ianya melibatkan kehilangan nyawa orang awam.

Presiden Barrack Obama di laporkan telah pun di bawa ke satu tempat yang di rahsiakan dan berita yang disiarkan oleh stesen-stesen TV di sana melaporkan ramai di kalangan orang awam yang keliru dengan apa yang sedang berlaku.

Sebentar tadi disahkan satu siaran melalui stesen TV telah mengumumkan Amerika Syarikat kini berada di bawah kuasa tentera dan kerajaan sedia ada sudah pun diambil alih.

Siapakah yang menyerang Amerika Syarikat ? Adakah ianya melibatkan kumpulan Al-Qaeda yang pernah menggemparkan seluruh dunia dengan serangan di World Trade Centre ?

Untuk mengetahuinya kita perlu sama-sama nantikan sebuah filem yang bakal di tayangkan di pawagam tidak lama lagi berjudul Red Dawn 2012.

  

Hehe jangan marah aa , saja MMI bikin gempak sikit bukan apa inilah propaganda terbaru puak-puak Yahudi yang bakal menceritakan bagaimana negara mereka di serang oleh Korea Utara dan pastinya akan memperlihatkan semangat kenegaraan yang berkobar-kobar untuk bangsa mereka melawan balik.

Kiranya apa jadi pun cerita ni akan tamat dengan puak-puak depa juga yang akan menang.

Tapi satu ja MMI nak puji , puak-puak ni pandai buat filem-filem yang mampu membangkitkan semangat kenegaraan mereka kalau nak di bandingkan dengan Malaysia.

Kalau ada pun macam cerita leftenan Adnan tu last-last sekali pelakon dia jadi peminta derma hehe walawehhh...

MMI.

Oppss Anwar Sakit Kepala - Sapa-Sapa Ada Panadol Bagi Sat !!


Sudah heboh di blog-blog menceritakan kisah seorang pemimpin pembangkang di tahan polis.Melaui pemerhatian MMI ianya melibatkan seorang pemimpin PKR di Pahang dan paling tragis sekali penahanan tersebut ada berkaitan dengan kegiatan sumbang mahram.

Malah pemimpin tersebut di tahan kerana anaknya melahirkan seorang bayi lelaki dan sudah semestinya anak yang di maksudkan itu merupakan mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Wooo ini kes berat ni..Sehingga ke saat ini pun laporan rasmi masih belum di keluarkan samada pemimpin pembangkang tersebut bersalah ataupun tidak.Cumanya polis sudah pun bertindak dan sekarang hanya menantikan keputusan ujian sampel DNA.

Uih kalau dah sampai ke ujian DNA ni mestilah ada bau-bau macang sikit-sikit (kata orang utara) tapi MMI tak nak komen lebih-lebih sangat takut nanti jatuh fitnah pula.

MMI kiranya nak tunggu laporan polis berkenaan ujian DNA tu sebab keputusan ujian DNA lebih tepat.

Berikut adalah laporan berita daripada Bernama.

JERANTUT 28 Ogos - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lalu, bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut Deputi Supritendan Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMA

Kadang-kadang terfikir juga MMI , selama ni PAS yang dok kalut sangat melolong sana sini mengatakan mereka dah dapat menyampaikan serba sedikit berkenaan Islam kepada puak-puak kafir harbi DAPigs tu tak buat perkara sama ka dekat PKR ?

Nik Aziz terlupa kot !!

Pelik sangat aih , PAS semenjak 2008 lalu tiap-tiap hari dok pukoi canang bagitau semua orang yang depa dok tarbiah puak-puak dalam Pakatan Haprak takkanlah kes macam ni boleh berlaku ?

Anwar pun katanya dah pening kepala la ni dok cari panadol sebab stress dengan berita terbaru ni.Baik punya susun alih-alih timbul pula isu sumbang mahram melibatkan pemimpin PKR sendiri.

Macam-macam kan ? 

Tapi ada sorang kawan tu bagitau MMI , apa nak kalut puak-puak tu memang dah sebati dengan isu semacam ni ChinaDoll,Belakang Cerita,Aksi Jamban,Kaunseling Jam 3 Pagi dan banyak lagilah kalau nak sebut.

Setakat sumbang mahram ni apa barang..Rilek aa Broo..

Fikir-fikir balik betul juga !! Ada video pun lepas juga..emmmm..

Nak tau lebih lanjut kita tanya orang Jerantut sendiri Klik Sini 

MMI.

Tuesday, 28 August 2012

Aduh Rakyat Malaysia !!!


Saksikan kejadian samun motorsikal yang dilakukan oleh dua orang lelaki di sebuah stesen minyak RnR Butterworth-Kulim Expressway.


Bayangkan kalau kejadian ini berlaku terhadap kita ? si penyangak sememangnya dah tergolong dalam kumpulan yang tak berhati perut tapi macam mana pula dengan mereka-mereka yang berada di tempat kejadian ? cukupkah dengan hanya memerhatikan saja ?

Harap pihak Polis dapat kenal pasti dan humbankan malaun 2 ekor tu dalam penjara.

Macam ini kah sikap rakyat Malaysia ?

MMI.

Prinsip Maqasid Syariah - Bukti Kerajaan Prihatin


Sejuk hati melihat betapa gembira para imam dan pengerusi JKKK yang sudah pun terpilih untuk menunaikan haji di bawah program khas hasil tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).Inilah antara program terbaik yang seharusnya di teruskan dari tahun ke tahun oleh kerajaan Barisan Nasional kerana ianya membuktikan penghargaan kerajaan terhadap mereka yang banyak menyumbang bakti kepada masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada 200 imam dan 200 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ianya merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama seramai 111 imam dan pengerusi JKKK menerima tajaan itu pada 19 September tahun lalu.

Kesemua jemaah haji berkenaan dijadual berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 September ini dan akan berada di Tanah Suci selama 47 hari.

Alhamdulillah MMI tumpang gembira dengan program semurni ini apatah lagi apabila YAB Perdana Menteri berkata, tidak ada tujuan yang lebih baik, selain daripada kerajaan dapat menghulurkan bantuan kepada para imam dan ketua kampung seluruh negara untuk menunaikan haji.

"Berdasarkan kepada kesan yang saya sendiri saksikan ketika menunaikan haji pada musim lalu, betapa besarnya impak program itu kepada 111 orang imam dan ketua kampung yang terpilih.

"Maka pada musim haji kali ini, saya berniat kalau ada rezeki, kita akan lonjakkan lagi jumlahnya daripada 111 kepada 400 orang lagi untuk dimasukkan dalam program itu," katanya.

Najib berkata, usaha tersebut bertepatan dengan landasan dan prinsip Maqasid Syariah yang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang.

Beliau berkata, ini sejajar dengan matlamat supaya agama Islam di negara ini dilihat sempurna dari segi ketinggian, kemuliaan, tauhid, akhlak dan pentadbiran.

"Kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini, itulah sebenarnya landasan dan prinsip yang kita pegang dan contohnya, dalam rukun Islam kelima, kita pastikan pentadbiran urusan haji adalah terbaik di dunia kerana kita berpegang kepada prinsip yang saya sebutkan tadi," katanya.Klik Sini 

Apa pun bagi mereka yang telah mengikuti program ini mahupun yang telah dipilih untuk fasa kedua ini sudah tentu perasaan bersyukur itu merupakan antara yang pertama lahir dalam hati kerana peluang menunaikan Fardu Haji di Tanah Suci Kota Mekah merupakan saat dan detik yang paling di tunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.

Buktinya setelah menunggu lebih 70 tahun untuk menunaikan ibadat haji, akhirnya hasrat seorang pesara guru untuk menjalani Rukun Islam kelima itu tercapai.

Bekas Ketua Kampung Sungai Miang, Pekan, Abdul Majid Mohamed berkata, dia tidak menjangka dalam usia yang sudah mencecah 83 tahun masih diberi kesempatan untuk mengunjungi tanah suci dan menjadi tetamu Allah SWT.

Faktor usia bukan penghalang bagi warga emas tersebut kerana dia masih mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat serta tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya.

"Saya pernah menunaikan haji pada umur tujuh tahun bersama arwah ibu dan bapa dengan menaiki kapal laut tetapi pada usia sementah itu tidak banyak benda yang saya faham dan boleh lakukan.

"Selepas bersara sebagai guru pada 1986, faktor kewangan pula menjadi penghalang untuk menjejakkan kaki kali kedua ke Tanah Suci Mekah".Berita selanjutnya Klik Sini .

Namun kini harapan beliau sudah hampir terlaksana semuanya kerana kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang kini berada di landasan terbaik untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Komen MMI : Malas aa nak banding-banding ni ampa pikiaq sendiri lah..

MMI.

Meriah Sungguh Raya Anak Cucu Tok Haroon !!



Seperti keluarga-keluarga lain Hari Raya Aidilfitri semestinya menggamit satu kenangan terindah bilamana semua sanak saudara berkumpul bagi sama-sama meraikannya.MMI yakin seluruh rakyat di Malaysia khususnya yang beragama Islam aktiviti kunjung-mengunjungi merupakan satu kemestian yang pasti berlaku apabila tiba sahaja Hari Raya.

Mungkin ada sesetengahnya yang tidak dapat merasai suasana meriahnya hari raya ini jadi MMI bawakan kepada anda bagaimana meriahnya Hari Raya di sambut oleh sebuah keluarga yang menghimpunkan anak cucu Tok Haroon.

Jom kita saksikan sekurang-kurangnya ianya mampu menceriakan kita malah mungkin mampu membuat kita tersenyum.

                  

Mungkin akan ada yang berkata mengapa pula sampai ke tahap masukkan lagu Gangnam Korea tu tapi bagi MMI yang penting niat.Tahniah MMI ucapkan kepada anak beranak dan cucu Tok Haroon kerana idea gila-gila ni mampu menceriakan serta merapatkan lagi ikatan persaudaraan sesama keluarga.

Jangan dok peduli pasai cakap oranglah yang penting keluarga ampa steady !! Terbaik ...


Psstt Selamat Hari Raya buat Tok yang pakai spek hitam tu hehe..

MMI.

Blog MMI Kena Hack ???


Blog MMI hari ini mengalami sedikit masalah semenjak pagi tadi dan tak boleh di buka.Malah terdapat pesanan yang menyatakan ada tangan-tangan ghaib pula yang dah brake something kira hijack la kot.

Tapi segalanya dah kembali normal sekarang , cumanya MMI agak keliru sikit takkanlah blog jalanan macam MMI ni pun nak di hack ? Hehe lawak betul !!

MMI pun tak pasti mungkin ada masalah teknikal kat mana-mana ka..Tapi apa pun segalanya mungkin kata sorang kawan tu..

Kalau betullah di hack MMI nak pesanlah jangan la main santau-santau ni !! Tak best la gang..

Profesional sikit lah ..

MMI.

Mesti Baca - Cerita Tin Biskut !!


Dalam sehari dua ni kecoh pasal cerita tin biskut.Punyalah tak ada benda nak di canangkan sampaikan tin biskut pun dah jadi topik janji boleh hilangkan ketagih maklumlah dah hari-hari kerjanya mengutuk dan mencaci mana boleh duduk diam.

Kadang-kadang MMI pelik nak tergelak pun ada , apa puak-puak ni tak study dulu ka sebelum mengata bukan apa alih-alih kena batang hidung sendiri.

Itulah yang berlaku dalam Majlis Rumah Terbuka anjuran Datuk Seri Najib di Pekan Pahang semalam sampaikan sumbangan biskut 1 Malaysia untuk setiap hadirin yang memeriahkan majlis turut dijadikan isu.Klik Sini 

Memang baghal juak-juak Pakatan Haprak ni tapi Setidak- tidaknya kehadiran pengunjung yang mencecah 80,000 orang itu tidak langsung dijanjikan dengan sebarang insentif sejak dari awal jemputan dibuat. 

Ini membuktikan bahawa kehadiran sebegitu ramai rakyat pada majlis tersebut bukanlah atas dasar mengharapkan insentif, sebaliknya menzahirkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin besar negara.

Benar kata pepatah orang lama, "Hanya Pelanduk Yang Melupakan Jerat, Tetapi Jerat Tidak Akan Melupakan Pelanduk".

Untuk makluman blogger penjilat punggung Anwar tersebut, ingin di nasihatkan agar belek habis- habisan dalam kain sendiri terlebih dahulu sebelum pandai- pandai nak selak kain orang lain.

Untuk makluman lagi, majlis rumah terbuka DS Najib di Pekan, Pahang langsung tidak mengiklankan sumbangan biskut 1 Malaysia untuk meraih sehingga 80,000 kehadiran.


Nak juga tengok nanti macamana lah pulak agaknya ye sambutan majlis anjuran SAMM Pusat ni, pengunjung awal- awal lagi cuba disogok dengan 3000 cenderahati.. Risau tak dapat sambutan agaknya ye? 

Persoalannya, mampu ke kehadiran ke majlis itu nanti menandingi majlis DS Najib? Al maklumlah kan ada 3000 cenderahati..

Kita tunggulah ja lah , tapi MMI nak ingatkan pada semua jangan terkejut pula kalau yang hadir tu mencecah 100,000 orang ! Bukan apa puak-puak Pakatan Haprak ni dah terkenal sangat dah sanggup buat apa saja untuk memastikan mereka di depan.

Jadi tok sah risaulah kalau ada yang mai tu berbayar pastu pula siap keluar fatwa kalau tak hadir jatuh haram haa mana nak tau kan ??

MMI senang ja sebab dah masak sangat dengan perangai puak-puak Pakatan Haprak ni , ramai ka tak ramai ka ada aku kisah ? Hehe..Apa pun kita tunggu tengoklah noo..Kredit to Penggempur Mutiara

MMI.

Monday, 27 August 2012

Ayuh Rakyat Malaysia Kita Doakan Misi Bantuan KP1M Ke Rohingya Selamat & Berjaya


MMI menyokong penuh usaha yang digerakkan oleh Kelab Putera 1Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang sudah pun menggerakkan misi bantuan tersebut bermula hari ini.

Malah sekiranya diberikan peluang MMI juga turut mahu bersama ke Rohingya bagi melihat sendiri bagaimana penderitaan rakyat dan orang-orang Islam khususnya yang sekarang ini ditindas.

Apa pun sebagai orang Islam usaha murni ini seharusnya di sokong dan tidak keterlaluan sekiranya badan-badan yang selama ini mendabik dada kononnya memperjuangkan hak asasi manusia untuk turut serta kerana apa yang berlaku di Rohingya melibatkan kemanusiaan.

Malas nak sebut nama-nama pihak terbabit tetapi itulah hakikatnya kadang kalanya lebih berpolitik dari matlamat asalnya.

Pujian harus di berikan KP1M dan Datuk Abdul Azeez kerana beliau dengan jelas telah menyatakan tujuan misi ini bukanlah berkepentingan politik tetapi atas dasar kemanusiaan.

Persiapan kali ini dilihat lebih baik dari sebelumnya (Misi di Somalia) dan tahap keselamatan diberikan keutamaan oleh KP1M semoga semuanya berjalan lancar dan di lindungi Allah SWT.

Berita penuh di parpukari.blogspot.com

MMI.

Iklan Petronas Yang Tak Pernah Keluar Di TV !!


Selalunya bila musim perayaan pasti iklan-iklan menarik akan menghiasi saluran tv dan selalunya antara perkara yang di tunggu-tunggu sebab iklan-iklan ini ada yang menyentuh hati dan perasaan penonton.

Begitulah yang sering berlaku termasuklah Petronas yang saban tahun tidak pernah terlepas dari menyiarkan iklan raya mereka.

Namun kali ini MMI bawakan kepada anda semua iklan Petronas yang tak pernah di tonton oleh seluruh rakyat Malaysia dan pastinya iklan ini bakal menarik perhatian semua.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Pilih-pilih mana satu mau !!

Aduhai susah nak cakap, tapi mesti cakap juga dan ni bukan perkara main-main atau melawak. Benda ni betul-betul terjadi di Petronas area kepong (hasil maklumat yang diterima).

Ni jual air ka jual awek petronas ni? Allo awek petronas kalau rasa muka lawa sangat jangan laa dok buat iklan tak senonoh kat dalam peti ais tu. Rasa loya pula tekak tengok ampa bergambar dalam tu siap pakai kasut lagi tu.

Sekali tengok nak macam ayam daging dalam cermin pun ada.

MMI sendiri tak pasti apa sebab budak-budak ni bergambar dalam peti ais tu mungkin tak ada niat apa-apa tapi tindakan bodoh mereka tu boleh menyebabkan pihak pengurusan ambil tindakan.

Kalau ya sekali pun nak ambil gambar macam tu kenapa uploadkan dalam ruang media maya kan dah kantoi !!

Kepada yang lain-lain tu beringat dulu sebelum ambil apa-apa tindakan sebab yang nak kena ampa juga..Fikir dulu beb..

Lepas ni bila sampai Petronas tengok peti sejuk mesti teringat minah 4 orang ni..

MMI.

HOT ! Mat Sabu Kini Liabiliti Kepada PAS


Mat Sabu yang kini menjawat jawatan Timbalan Presiden dalam parti PAS merupakan antara pemimpin Pakatan Haprak yang bermulut celupar.Malah keceluparan Mat Sabu di buktikan dengan kes dan kontroversi melibatkan peristiwa Bukit Kepong.

Kini Si Mulut Celupar sekali lagi melakukan tindakan yang sama dengan mengatakan Tun Ghafar Baba sekiranya masih hidup pasti akan menyertai parti PAS. 

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Kadang-kadang terfikir juga MMI mengapa seorang pemimpin seperti Mat Sabu ni lebih suka mengeluarkan kata-kata kesat dan pembohongan dalam setiap ceramah beliau ? Bukankah sifat orang yang suka berbohong dan mencaci maki tidak di sukai oleh Allah SWT ?

Dan yang lebih menghairankan MMI mengapa para ulama yang kononnya berada dalam Majlis Syura PAS tidak langsung menegur Mat Sabu kerana tindakan beliau jelas sekali bertentangan dengan apa yang kononnya diperjuangkan oleh PAS ?

Sehingga kini tiada satu pun teguran di buat oleh mereka mahupun juak-juak mereka terhadap tingkah laku si Mulut Celupar ini dan rasanya itu sudah cukup untuk membuktikan jolokan si Mulut Celupar adalah amat bersesuaian dengan Karektor Mat Sabu.

Si Mulut Celupar juga turut menyatakan beliau ada melawat Tun Ghafar di kediamannya sewaktu Tun sakit teruk di rumahnya.

Dalam perbualan Si Mulut Celupar bersama Tun , Beliau di katakan telah mengeluarkan kenyataan mahupun perbualan seperti berikut.

"Mat, engkau kena lawan Umno sungguh-sungguh, Umno dah teruk"

"Umno ini ibarat gajah, badannya besar tetapi kaki plastik". 

Malah banyak lagi kenyataan si Mulut Celupar yang merujuk kepada kelemahan UMNO.Klik Sini

Sejauh mana kebenaran kata-kata Si Mulut Celupar ini jom kita tengok apa pula kenyataan daripada anak dan menantu Tun Ghafar sendiri.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

"Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

"Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak  relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa". 

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk. 

Jelas sekali tindakan Si Mulut Celupar merupakan tindakan mereka yang sebenarnya tidak bertamadun apatah lagi sebagai pemimpin dan orang nombor dua dalam parti beliau langsung tidak mengambil kisah akan perasaan sanak saudara dan ahli keluarga Tun Ghafar.

Percaya atau tidak Mat Sabu sebenarnya adalah liabiliti yang terpaksa di tanggung oleh parti PAS hasil daripada lemahnya pemilihan oleh para perwakilan PAS sendiri yang tidak tahu membezakan mana satu pemimpin dan mana satu penyangak.

Akibatnya PAS kini sudah mula dijauhi oleh mereka yang berakal dan pastinya satu hari nanti PAS bakal menerima kesan akibat kelalaian dan sikap bongkak mereka sendiri.

Kepada juak-juak PAS , sedarlah kamu perlu bingkas bangun demi menyelamatkan parti yang makin terumbang ambing.Buang jauh-jauh pemimpin seperti Mat Sabu dan Nik Aziz serta mereka yang seangkatan denganya kerana maruah dan prinsip parti lebih penting dari terus melihat diri dinodai oleh mereka yang selayaknya kita kategorikan sebagai kafir harbi.

Psstt Dah dengar cakap-cakap di kedai kopi ahli PAS sendiri makin meluat dengan Timbalan sendiri

MMI.

Fuiyoo !! Azwan Bakal Sertai PKR


Siapa tak kenal dengan mamat atau minah ni si Azwan Ali yang satu ketika dulu begitu popular dan hebat menguasai pentas-pentas majlis mahupun program yang sering diadakan oleh stesen-stesen tv di Malaysia.

Tapi tak pastilah kemudiannya mungkin kerana frust kot sebab populariti sudah mula menjunam maka si Azwan ni tiba-tiba berubah penampilan menjadi lelaki lembut atau mak nyah.

Semenjak dari itulah beliau sering kali muncul dengan cara dan berita-berita yang sentiasa mengundang kontroversi.

Kini beliau dilihat cuba mengambil peluang untuk mencari publisiti murahan dengan memberikan pula sokongan kepada Azmin Ali dalam kes Azmin dan keluarganya.


"Slm. Besday Suprise YB@AzminAli ! Si anak usop bagi buku? The End of Barisan Nasional!" yang di tulis oleh Azwan Ali di laman twitter miliknya.

Macam-macam la dia ni mungkin lepas ni PKR boleh terima Azwan tu sebagai ahli kemudian bagi dia bertanding dekat mana-mana kawasan sebagai calon PKR. 



Amacam dah bersedia ka juak-juak Pakatan untuk terima calon ni menjadi wakil rakyat ampa ?

MMI.

Sunday, 26 August 2012

Mengejutkan - 20 Jam Berbogel + Ikan Jerung !!


Bayangkan jika anda terapung di tengah lautan tanpa mengenakan sebarang pakaian.

Tambah mengerikan apabila anda dikelilingi oleh puluhan ekor ikan jerung.

Itulah yang tejadi kepada seorang nelayan yang berusia 40 tahun apabila bot yang dinaikinya bersama tiga lagi rakan karam secara tiba-tiba.

Ketika dijumpai pasukan penyelamat, dia berada dalam keadaan bogel di tengah perairan barat Australia.

Tambah memeritkan apabila dia diselamatkan oleh pasukan penyelamat selepas 20 jam terapung di tengah lautan yang dingin itu.

Bukan itu sahaja, ketika diselamatkan, dia dikelilingi lebih dari 20 ekor ikan jerung spesis Sphyrnidae (hammerhead shark).

Tak pasti lah pula kenapa lelaki itu berada dalam keadaan berbogel di tengah lautan tu.

Menurut kata-kata dari beberapa blog, itu merupakan teknik bagi mengelakkan diri dari dibaham ikan jerung.

Dan mungkin juga lelaki itu bertindak membogelkan dirinya adalah untuk memudahkan dia mengapungkan diri sekaligus mengelak tambahan bebanan.

Dalam pada itu, seorang rakan mangsa telah gagal diselamatkan apabila dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Manakala seorang lagi rakan mangsa masih belum dijumpai.

Saksikan video amatur dari pasukan penyelamat yang menyelamatkan mangsa.



Tak sanggup den !!

MMI.

Bekas Perajurit Perlukan Perhatian !!


Petang tadi MMI bersama beberapa rakan pemuda dari Pokok Sena Tasek Gelugor telah melakukan ziarah terhadap mereka-mereka yang mengalami sakit kronik.Aktiviti ini merupakan program bantuan pemuda UMNO Cawangan Pokok Sena terhadap ahli-ahli di peringkat cawangan yang di kenal pasti memerlukan bantuan dan keprihatinan.

Pujiaan MMI berikan kepada pemuda UMNO Pokok Sena yang menganjurkan program tersebut kerana ianya mampu sekurang-kurangnya menceriakan mereka-mereka yang sakit dan uzur apatah lagi dalam suasana hari raya yang masih berbaki ini.

Dalam semua sesi ziarah tersebut MMI tersentuh dengan seorang penerima bantuan bilamana beliau  yang merupakan bekas perajurit negara hari ini terlantar mengalami sakit kencing manis,buah pinggang yang memerlukan dialisis dan darah tinggi serta mengalami kesukaran untuk bergerak.

Sewaktu berkunjung ke rumah beliau jelas terpancar di wajahnya sedikit keceriaan apabila melihat dirinya dihargai oleh anak-anak muda malah menambahkan keceriaan kerana rakan baiknya turut bersama-sama dalam program ziarah tersebut.

MMI bersama rakan-rakan lain turut di hidangkan dengan minuman dan kuih raya oleh isteri dan keluarganya yang jelas terharu dengan kehadiran kami.

Mohd Noor Bin Abdullah yang hari ini menderita 3 jenis penyakit merupakan orang UMNO yang selama ini sentiasa bergerak dan sedia membantu program-program UMNO di peringkat cawangan.

Malah beliau turut melahirkan perasaan beliau dengan berterima kasih kepada kami kerana sudi dan masih mengingati beliau walaupun hari ini beliau terpaksa menghabiskan banyak masa di rumah dan  menjalani rawatan.


Mohd Noor Bin Abdullah yang kini menetap di Pokok Sena merupakan bekas perajurit yang telah berkhidmat semenjak tahun 1973 sehinggalah bersara pada tahun 1993 dan pernah bertugas di unit altelari sebelum di tukarkan ke bahagian masakan.

Selepas bersara beliau melakukan kerja sambilan sebagai pengawal keselamatan sebelum beralih sebagai tukang kebun selama hampir 9 tahun sebelum berhenti kerana penyakit yang dialaminya.

Sehingga kini hampir 5 tahun Mohd Noor menderita kerana penyakitnya dan selama itulah katanya Persatuan Bekas Perajurit tidak langsung mengambil tahu akan masalah yang menimpa dirinya.

Mohd Noor melahirkan rasa terkilannya kerana sebagai seorang bekas perajurit beliau mengharapkan agar ada pihak-pihak seperti persatuan atau badan-badan lain yang sudi menjenguk bekas-bekas perajurit sepertinya.

Beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak-pihak lain contohnya UMNO dan Barisan Nasional kerana sering mengambil berat dan prihatin akan nasib orang-orang sepertinya apatah lagi dengan program-program sebegini yang dianjurkan oleh pemuda UMNO dengan sentiasa menziarahi serta memberikan bantuan dan sumbangan.

Cuma jauh di sudut hatinya sebagai bekas perajurit yang pernah berbakti kepada negara apalah salahnya persatuan bekas-bekas tentera mahupun agensi-agensi yang melibatkan pihak ketenteraan dapat turun dan mengadakan lawatan sekurang-kurangnya sebagai bekas perajurit akan ada rasa di hargai.

MMI cukup tersentuh apabila perbualan kami turut disertai oleh ahli keluarga yang melahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku terhadap Mohd Noor.

Sebagai anak muda , MMI rasa inilah masa terbaik pihak-pihak tertentu khususnya persatuan-persatuan bekas tentera mahupun yang sewaktu denganya untuk mengambil peluang ini dan mengunjungi beliau sebagai tanda penghargaan di atas jasa Mohd Noor terhadap negara.

Kepada yang pegang jawatan dalam mana-mana organisasi tu jenguk-jenguklah mereka yang hari ini memerlukan simpati kita.

MMI. 

Selamat Ulang Tahun Pemuda UMNO Malaysia Yang Ke 63 Tahun !!


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor hari ini mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Pemuda UMNO Malaysia Yang Ke 63 Tahun tengahari tadi bertempat di Bilik Gerakan Induk Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor Sungai Dua.


Majlis yang di mulakan dengan bacaan tahlil dan dipimpin oleh Sdr Hasbul Hazani Daud selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu merupakan antara agenda utama majlis hari ini khususnya bagi memperingati jasa-jasa pemimpin dan mereka yang telah banyak berjuang dalam UMNO satu ketika dulu yang hari ini sudah pergi meninggalkan kita. 

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dato' Jasmin Mohamed , Naib Ketua UMNO Bahagian Sdr Zulkifli Yahya , Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Dr. Rozi , Ketua-Ketua Pemuda Cawangan , Ketua-Ketua Wanita Cawangan dan Ketua-Ketua Cawangan.

Percaya bahawa tanpa keringat dan perjuangan mereka-mereka yang terdahulu sudah pasti tiada generasi seperti hari ini.

Hasbul Hazani Daud mewakili seluruh ahli jawatankuasanya turut berkata dalam ucapannya bahawa sambutan ulang tahun pemuda UMNO yang ke 63 tahun ini di buat secara sederhana bertujuan memberikan lebih kesedaran khususnya kepada jentera pemuda supaya sentiasa bermuhasabah diri dalam usaha mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional dalam pasca era baru ini.


"Kita tahu dalam suasana politik hari ini seluruh jentera UMNO khususnya barisan pemuda yang kini bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan haruslah menjadikan sifat kesederhanaan dalam setiap perkara sebagai keutamaan kerana ianya merupakan antara elemen terpenting bagi memastikan tumpuan pemuda tidak mudah di ganggu gugat"

"Percaya atau tidak elemen ini sebenarnya menjadikan pemuda lebih kuat dan berdaya tahan.Kita mahu jadikan susah payah jerit perih mereka-mereka yang terdahulu sebelum kita itu berbaloi dan sudah tentunya kita barisan pemuda hari ini yang sudah pun berikrar serta menerima amanah dan tanggungjawab dapat memikulnya malah mampu melaksanakannya demi untuk melihat warisan yang kami pegang hari ini dapat pula diwariskan kepada generasi selepas kita"

"Kepada seluruh barisan pemuda UMNO samada di Bahagian Tasek Gelugor mahupun di seluruh Malaysia jadikanlah ulang tahun ini sebagai ulang tahun keramat kerana gelanggang bakal di buka pada bila-bila masa sahaja dan kita sebagai pasukan pemuda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kembali sebagai sebuah kerajaan yang kuat demi untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara".

Hasbul Hazani Daud kemudianya bersama-sama ahli jawatankuasanya memotong pulut kuning sebagai simbolik kepada sambutan ulang tahun pemuda yang ke 63 tahun.









Jelas terpancar di wajah semua ahli jawatankuasa pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor bahawa mereka amat-amat memahami akan amanah serta tanggungjawab yang dipikul malah memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus cemerlang adalah agenda utama dalam pilihan raya nanti.

"Selamat Ulang Tahun Pemuda UMNO Malaysia Yang Ke 63 Tahun"

Ikhlas
MMI.

Labels