Followers

Thursday, 30 August 2012

Sejauh Mana Erti Kemerdekaan Bagi Rakyat Malaysia ??


Dalam masa beberapa jam saja lagi Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan Negara Kali Ke-55.Justeru itu ianya turut membuktikan kepada seluruh dunia bahawa negara dan rakyat yang dulunya di jajah malah perlu mengaku hamba kepada penjajah sudah berdiri sama gagah dengan mereka yang dulunya angkuh menjadi Tuan di bumi yang kita panggil Malaysia.

Pastinya ramai di luar sana mengakui betapa rintangan dan ranjau telah pun kita hadapi dengan penuh kesabaran dan iltizam menjadikan kita dewasa serta matang dalam mendepani cabaran-cabaran yang mendatang.

Masyarakat yang berbilang kaum hidup dalam suasana penuh keceriaan menjadikan bumi Malaysia ini terus makmur.

Mungkin ada sesetengahnya lupa keamanan yang kita kecapi hari ini bukannya hadir dengan mudah.Keamanan yang negara miliki hari ini hadir setelah kita terpaksa menghadapi satu peristiwa yang cukup menyiksakan seluruh jiwa raga rakyat apabila kita terpaksa menghadapi ancaman komunis dan malapetaka tak diundang iaitu peristiwa 13 Mei yang menyaksikan negara kacau bilau malah rakyat saling bunuh berbunuhan.

MMI bukannya mahu mencarik sejarah tetapi inilah hakikat yang terpaksa kita akui bahawa segala nikmat yang kita miliki hari ini datangnya dari kesedaran bahawa kekacauan itu menjadikan kita lebih berhati-hati dan saling hormat menghormati.

Imbas kembali setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 maka di saat itulah bermulanya Malaysia melakar sejarah demi sejarah kejayaan sehinggalah ke hari ini.

Generasi demi generasi di wariskan dengan harta yang tidak mungkin dimiliki oleh mereka-mereka yang berada di bumi lain.Warisan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang diperturunkan demi untuk melihat Malaysia dan rakyatnya terus maju dan kedepan.

Hari ini berapa ramaikah anak muda yang benar-benar bersyukur dengan harta yang tak ternilai ini ?

Kadang-kadang sedih melihat mereka hidup tanpa arah tuju dan ada diantaranya sudah pandai melontarkan kata-kata yang cukup tajam seolah-olah tanpa mereka-mereka terdahulu generasi hari ini dapat menikmati kesenangan dan kemakmuran yang mereka miliki.

Kembalilah kepada fitrah manusia bahawa kita diciptakan oleh Allah SWT dari tanah dan kepada tanah jua lah kita bakal kembali.

Dalam suasana ambang kemerdekaan , apakah kita sebagai rakyat sanggup membiarkan hari penuh bersejarah lagi keramat ini dicemari oleh mereka-mereka yang hari ini sudah hilang sifat kenegaraannya ?

Adakah kita sanggup membiarkan sesetengah mereka di luar sana yang sibuk merancang untuk memalukan negara di mata dunia dengan merancang himpunan anti kerajaan dan sebagainya ?

Ingatlah kemerdekaan negara yang kita miliki ini bukanya boleh di samakan dengan kepentingan politik pihak-pihak tertentu kerana ianya mampu merencatkan serta melemahkan kedudukan negara di mata dunia yang mampu mengakibatkan seluruh rakyat bakal menerima padahnya.

Sedarlah pada ketika negara lain menyambut hari kemerdekaan mereka dengan bunyi tembakan di sana sini kita bebas bergerak ke sana ke mari !

Sedarlah pada ketika negara lain menyambut hari kemerdekaan mereka dengan meratapi sanak saudara yang dibunuh dengan kejam kita bersorak riang di acara-acara tembakan bunga api !

Sedarlah pada ketika negara lain menyambut hari kemerdekaan mereka dengan mati kerana kelaparan kita pula kadang kalanya membazir makanan !

Sedarlah pada ketika negara lain menyambut hari kemerdekaan mereka dengan penuh ketakutan kita bebas bergerak kemana-mana destinasi pilihan !

Apa lagi agaknya yang dimahukan oleh kita ?

Akhir kata MMI menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia sama-samalah kita pertahankan warisan ini kerana ianya amat berharga.Ingatlah apa yang kita miliki hari ini tidak mampu di beli di mana-mana negara didunia waima kita hidup dengan limpahan wang ringgit.

Paling pasti ini negara kita dan kitalah yang menentukannya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-55

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels