Followers

Wednesday 15 August 2012

PAS Marahkan Nasaruddin Tapi BACUL Untuk Bertindak !!


Memang gempak habislah dunia politik tanahair kita hari ini seolah-olah suasana TsuMawi masa beliau baru keluar dari Akademi Fantasia berulang.Mana tidaknya hanya dengan sekeping gambar sahaja nama Nasaruddin Mat Isa melonjak ke carta tertinggi dalam ranking politik.

Bayangkan semuanya hanya kerana sekeping gambar..Jika semalam MMI keluarkan entri bertajuk TOP ! Nama Nasaruddin Tiba-Tiba Laku Macam Pisang Goreng Panas !! hari ini rupa-rupanya lebih hebat lagi.

Hebat kerana PAS ternyata tidak senang dan betul-betul marah dengan tindakan Nasaruddin bersama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia di Kota Suci Mekah.

Ini dibuktikan dengan tindakan Pemuda PAS Kelantan yang mahukan Nasaruddin menyatakan pendirian beliau berkenaan isu gambar yang tersebar menunjukkan beliau dilihat akrab dengan kepimpinan nombor satu negara.

Sebelum kita pergi lebih jauh , MMI mahu nyatakan disini bahawa PAS ternyata tidak senang malah mengamalkan satu pendekatan untuk tidak sesekali membenarkan ahli-ahlinya berkawan mahupun bersahabat dengan mana-mana ahli UMNO hatta berkawan dan bersahabat itu cuma sekadar persahabatan atas nama Islam bersaudara.

Inilah yang membuktikan perjuangan PAS semakin jauh sesat dengan menanamkan kebencian sesama Islam malah sedang cuba pula untuk meruntuhkan institusi negara Malaysia dengan menyokong pula mereka yang secara jelas dan terang menolak Islam.

Tahukah kita sekiranya runtuhnya institusi negara Malaysia yang selama ini diterajui oleh UMNO dan BN maka sudah pastinya rakyat Malaysia akan menerima kesannya khususnya mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. 

Berbalik kepada isu Nasaruddin , Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan  meminta bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, menyatakan pendiriannya dengan jelas sama ada masih ingin bersama Pas atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini (semalam) di mana beliau mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Dewan Pemuda Pas Kelantan melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini.Klik Sini untuk mengetahui mengapa kerajaan menolak pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umnosejak kebelakangan ini, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya. Jika beliau sudh tidak berminat bersama-sama dengan Pas, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus-menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu.

Bagi Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan, Pas sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

Mohd Nuri Mat Yaacob
Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan.

Sampai macam tu sekali tindakan juak-juak PAS bertindak terhadap Nasaruddin sedangkan pada ketika Karpal Singh menyanggah kenyataan Nasarudin Hasan Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam debat anjuran Sinar bersama Ustaz Fathul Bari berkenaan penerimaan undang-undang Hudud dan negara Islam oleh sahabat sebantal PAS iaitu DAPIgs di mana agaknya suara anak-anak muda parti PASembang saja ni ? 

Sebab itulah MMI katakan juak-juak PASembang saja ni hanya berani di kampung saja.Perkara melibatkan parti , fuh macam pelesit tindakannya tapi dalam soal Pakatan Haprak diam macam orang tak ada mulut.

Juak-juak dan pemimpin PASembang saja ni sebenarnya cukup marah dengan tindakan Nasaruddin tetapi tak berani nak ambil tindakan mungkin sebab takut dengan Nasaruddin kot ?

Tapi apa pun MMI nak bagitahulah juak-juak ni sebenarnya BACUL ! Bercakap saja pandai tindakan semacam budak-budak tadika.Dah la penakut dengan sahabat Pakatan Rakyat lepas tu nak tunjuk hero.

MMI ada bukti PAS takut dengan sahabat Pakatan Haprak kerana selama ini mereka sanggup menggadaikan maruah dengan menjadi pencacai kepada anjing DAPigs dan PKR khususnya dalam soal-soal menyalak dan memenuhkan pentas-pentas ceramah.

Apa punya baqhal la puak-puak ni..

Bagi MMI kalau dan Nasaruddin tu buat tak betul atau menyimpang dari dasar-dasar parti maka pecat sajalah beliau.Kenapa dalam soal Dr. Hassan Ali boleh pula pecat ? Ini membuktikan juak-juak PAS ni BACUL cakap saja pandai tapi tindakan lebih dari PENGECUT.

Kepada juak-juak PAS buktikanlah diri tu tak BACUL !! Ada Berani ???

MMI.

1 comment:

  1. bukan apa, takut dengan tindakan membabi buta yang diambil terhadap Dr.Hassan Ali yang memakan dan musnahkan masa depan parti mereka.mungkin tak nak pisang berbuah dua kali?.bertindak dengan hawa nafsu akibat perasaan PHD bagitu tebal dalam diri pemimpin mereka.

    ReplyDelete

Labels