Nama Nasaruddin Mat Isa bekas Timbalan Presiden PAS tiba-tiba menjadi panas di medan maya.Seperti yang semua ketahui ianya hanya kerana sekeping gambar yang membuatkan puak-puak PAS panas punggung.
Malah dari pemerhatian MMI terdapat juak-juak pembangkang khususnya mereka yang masih menjilat kaki pemimpin-pemimpin erdogan dalam PAS sudah pun memulakan kempen ataupun serangan terhadap Nasaruddin Mat Isa.
Tindakan tersebut adalah bukti jelas juak-juak pembangkang khususnya PAS tidak senang duduk.
Gambar diatas menyaksikan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.
Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.
Ternyata gambar ini walaupun ‘simple’ tetapi ternyata ia mengandungi sejuta makna yang tersirat.
Malah yang membuatkan juak-juak pembangkang panas adalah sumber maklumat yang mengatakan Nasaruddin bakal mengumumkan secara rasmi penyertaannya ke dalam UMNO sebaik saja pulang dari tanah suci nanti!Klik Sini
Bagi MMI samada Nasaruddin mahu menyertai UMNO ataupun tidak bukanlah menjadi soal. Beliau semenjak PAS dilihat menyimpang dari perjuangan asalnya sudah pun memulakan gerak langkah dengan mengkritik parti dan pemimpin PAS sendiri dan menunjukkan dengan jelas tidak bersetuju dengan satu-satu dasar mahupun kenyataan serta tindakan PAS dalam beberapa perkara khususnya dalam soal pemecatan Dr. Hassan Ali.
Paling mengejutkan MMI adalah sikap yang ditunjukkan oleh juak-juak bloggers pembangkang dari PAS yang sudah pun menyerang , mencaci dan mengata kepada Nasaruddin.Yang pasti semuanya adalah kerana Nasaruddin dilihat baik dan boleh duduk berbincang dengan pemimpin UMNO apatah lagi kali ini dengan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di Kota Suci Mekah.
Sebenarnya saya tidak berminat untuk menyetuh kedudukan Nasharudin dan juga memperkatakan chasis politiknya yang bagi saya sudah rosak. Saya mulai merasakan chasis politiknya mulai renyuk bila mana beliau tidak dapat menerima kekalahan dalam merebut jawatan timbalan presiden. Nasharudin saya sifatkan sebagai seorang yang berjiwa kecil. Orang berjiwa kecil memang tidak layak untuk menjadi pemimpin melainkan sesuai menjadi lalang. Jika jiwanya besar dia tidak mudah ugah dan terus berjuang seperti biasa dalam Pas.
Tetapi dia telah menolak perlantikan parti dan tidak menghadiri mesyuarat. Bermula dari tindakan beliau ini saya sudah dapat mengagak ke mana hujung jatuhnya nanti. Dan apa yang beliau tunjuk dan pamerkan dengan bermesra dengan pemimpin Umno menjelaskan keadaan itu. Chasisnya sudah rosak dan wajahnya sudah renyok ke arah lain.
Bukan tidak boleh untuk bermesra dengan pemimpin Umno, boleh. Bergambar dan makan bersama juga boleh. Tetapi cara Nasharudin mempamirkan kemesraaan itu seakan mahu menyakiti pihak-pihak tertentu. Dalam masa sama beliau mahu menunjukkan yang beliau tidak kisah dan masih laku dan sedia dibeli oleh pedagang politik. Dia menunjukkan kononya dia hebat dan dicari oleh sesiapa saja berita selanjutnya
Inilah bukti serangan awal terhadap Nasaruddin semenjak gambar dan berita beliau bersama YAB PM tersebar.Dalam masa yang sama ianya merupakan bukti bahawa sesiapa saja yang dilihat tidak pro atau pun tidak menyokong perjuangan PAS hari ini akan di tekan dan di musnahkan.
Memang benarlah PAS hari sudah menyimpang jauh dan sanggup menggadaikan maruah dengan menyerang sesiapa saja yang tidak menyokong mereka.
Berbalik kepada pertemuan YAB PM dengan tokoh ulama dari Arab di Mekah tersebut beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.
Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.Lagi Berita yang pastinya tidak akan di sebut oleh Anwar dan Media Pembangkang.
Rasanya ampa semua dah dapat kenal bagaimana juak-juak pencacai Pakatan Haprak ini akan bertindak apabila kena kepada batang hidung mereka sendirikan?
Memang bangsat !
MMI.
No comments:
Post a Comment