Followers

Saturday 11 August 2012

Tamrin Lupa Sejarah !!


Tamrin Ghafar anak kepada Tun Ghafar Baba diberitakan akan menyertai PAS malam ini.Heboh di media-media juak-juak Pakatan Haprak melahirkan rasa bangga mereka kerana anak seorang bekas pemimpin tertinggi UMNO bakal menyertai PAS.

SHAH ALAM, 11 Ogos — Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada bekas timbalan perdana menteri (TPM) Malaysia Tun Ghafar Baba, akan menyertai PAS pada malam ini dan akan menyerahkan borang penyertaannya di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Tamrin sebelum ini telah berceramah di pentas Pakatan Rakyat (PR) diseluruh negara walaupun beliau masih lagi ahli Umno.

Menurut seorang petugas PAS yang tidak mahu namanya dikenali, Tamrin akan menyerahkan borang keahliannya kepada timbalan presiden parti tesebut.

“Tamrin akan menyerahkan borang keahliannya kepada timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu,” katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

MMI faham sangat-sangat mengapa juak-juak Pakatan Haprak khususnya blogers mereka terlalu obses dengan berita ini.Maklumlah dalam keadaan Pakatan Haprak tengah nazak ni perkara seumpama ini akan di spin habis-habisan supaya Pakatan Haprak akan dilihat stabil dan kuat walaupun hakikatnya hanya menanti tika dan masa untuk rebah.

Bagi MMI berita lompat parti oleh Lajim Ukin dan kini Tamrin Ghafar sebenarnya langsung tidak merencatkan segala persiapan dan gerak kerja UMNO serta Barisan Nasional khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

Sebabnya di pihak UMNO dan Barisan Nasional kita sendiri pun sudah mengenali sikap dan tindak tanduk mereka sebelum ini dan sudah pun bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Malah apa yang MMI tengok kerajaan Barisan Nasional semakin hari semakin baik dengan segala perancangan yang di lakukan semuanya menjurus kepada kebaikan rakyat berbeza dengan sikap Pakatan Haprak yang masih terkial-kial hatta dalam soal slogan untuk menyambut hari kemerdekaan negara bakal tiba.


Apa pun Tamrin mungkin lupa sejarah ! Beliau mungkin lupa bahawa Tun Ghafar arwah bapanya pernah di singkirkan dalam pemilihan parti yang menyaksikan Tun Ghafar kalah kepada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang sebelumnya berjanji tidak akan sesekali bertanding dengan Tun Ghafar atas dasar hormat.

Mugkin Tamrin juga lupa agaknya bagaimana Tun Ghafar terpaksa keluar dari pejabatnya dengan hanya membawa sebuah bag kesan daripada tindakan paling jijik seorang manusia yang tidak tahu menghormati pimpinan sebelumnya siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.


Kepada Tamrin , MMI ucapkan semoga kamu sukses di seberang sana mudah-mudahan satu hari nanti kamu akan menangis dan terduduk apabila kamu sendiri merasai bagaimana perasaan tun Ghafar apabila dikianati oleh rakan sendiri.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels