Followers

Sunday, 16 September 2012

Filem Hina Islam - Wajarkah Kita Mengadakan Bantahan Secara Besar-Besaran ?


MMI yakin seluruh warga Islam di Malaysia serta dunia kesal dan marah dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan sebuah filem antiIslam "Innocence Of Muslims" yang sudah pun mencetuskan bantahan malah sudah pun melibatkan kehilangan nyawa.

Jelas sekali ianya tidak dapat diterima oleh seluruh umat Islam dan MMI juga mengutuk penghasilan sebuah filem sebegitu.

Malah bantahan ini semakin menjadi-jadi dan banyak gerakan-gerakan untuk menganjurkan bantahan secara besar-besaran sedang dirancang sama ada di Malaysia mahupun di luar negara sana.

Begitulah juga dengan Pergerakan Pemuda UMNO apabila Ketuanya , Khairy Jamaludin hari ini  berkata, pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem antiIslam "Innocence Of Muslims", bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat depan.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.

Pemuda UMNO akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu, katanya dan menurutnya lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w tidak boleh dipandang remeh.

"Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh di Dewan Mutiara, Politeknik Permatang Pauh.

MMI setuju dengan bantahan di buat oleh Pergerakan Pemuda UMNO apatah lagi dengan pelawaan terhadap Dewan Pemuda PAS untuk turut sama.Mungkin inilah sebahagian daripada permulaan awal bagi kita sendiri sebagai umat Islam di Malaysia untuk melihat sinar penyatuan diantara dua pihak ini menjadi kenyataan demi kelangsungan dan kekuatan Islam di Malaysia.

Namun apakah anda merasakan dengan mengadakan bantahan secara besar-besaran itu dapat memastikan perkara yang sudah berlaku ini dapat dibendung dan dihentikan ?

Jangan salah faham dengan apa yang MMI nyatakan kerana jauh di lubuk hati timbul persoalan bukankah dengan kita mengadakan himpunan serta bantahan secara besar-besaran nanti dan diberikan pula liputan meluas oleh pihak media baik di Malaysia mahupun luar negara ianya membantu meningkatkan lagi promosi terhadap filem tersebut ?

Bantahan yang sudah berlaku seharusnya sudah pun mengecutkan perut mereka-mereka yang bertanggungjawab dan kini langkah yang paling baik dan tepat adalah kita perlu berusaha supaya pihak You Tube menghentikan sebarang bentuk klip mahupun filem tersebut daripada terus berada di dalam talian.

MMI cukup tertarik dengan penulisan Kickdefella seorang blogger tersohor berkenaan hal ini yang telah mengupas panjang lebar berkenaan apa yang MMI nyatakan diatas.

Kepada anda yang belum mengetahui dengan jelas berkenaan filem yang dimaksudkan..Baca Sini

Soalnya sekarang wajarkah bantahan secara besaran-besaran diadakan ?

Pssstt Filem Hina Islam perlu ditolak cumanya biarlah kena dengan tindakan kita sebagai umat Islam yang bertamadun.

MMI.

1 comment:

  1. tidak perlu, mengganggu ketenteraman awam saja. Nanti dilabel pengacau dan penganas. Niat untuk mencetuskan kekscauan pembuat filem pun tercapai. Lain agama kena hina juga tapi diaorg tenang saja. Apa2 bantahan pun menerusi undang2 dan diplomasi, ini lebih efektif. INGAT, Malaysia tediri dari pelbagai bangsa dan agama, jadi jangan sembarang. Last sekali, lain org yg buat taik, lain pula yg tanggung. Kesian org2 kedutaan yg mati percuma d tangan org2 yg bodoh palui mengganas sembarang.

    ReplyDelete

Labels