Followers

Sunday 16 September 2012

Haru Punya Cerita - Mesti Baca !!


Gara-gara mempunyai wajah seiras bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, seorang lelaki terpaksa menanggung kesengsaraan apabila menjadi mangsa sekumpulan lelaki yang memaksanya berlakon filem lucah.

Mohamed Bishr, yang berasal dari Iskandariah berkata, kumpulan itu cuba menculiknya dan melakonkan filem berkenaan.

Ia bagi membolehkan mereka menipu orang ramai dengan dakwaan memiliki   video lucah eksklusif Saddam Hussein.

Mohamed mendakwa kumpulan itu menawarkan wang sebanyak $333,000 kepadanya namun selepas dia menolaknya, mereka telah memukulnya.

Susulan itu, Mohamed kini terpaksa dirawat di hospital.

“Tiga lelaki itu yang bersenjata telah memaksa saya keluar dari kereta saya, lalu mereka menarik saya masuk ke dalam van dan memukul saya di kepala sebelum saya ditendang keluar daripada van berkenaan,’’ katanya.

Penyerang berkenaan dipercayai penduduk Iraq dan Syria.

Menurut Mohamed, ketika kejadian terdapat saksi yang berada di situ namun mereka takut untuk campur tangan.

Ia bukan kali pertama Mohamed berdepan masalah kerana mempunyai rupa seiras dengan Saddam Hussein.

Ketika Amerika Syarikat menawarkan ganjaran kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap Saddam, Mohamed telah menjadi mangsa dan ditangkap untuk diserahkan kepada pihak terbabit.

Berikutan itu, Mohamed terpaksa berpindah randah sebanyak empat kali bagi mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa serangan.

“Saya terpaksa meminta polis memberikan perlindungan khas kerana keadaan ini seringkali berlaku kepada saya,’’ katanya.

Peh bayangkan kalau kita kat tempat Mohamed mesti menggigil satu badan.Kadang-kadang kalau wajah kita sama dengan orang lain contohnya selebriti mesti ada sedikit perasaan bangga bila kawan-kawan asyik samakan kita dengan selebriti tu.Hehe tumpang glamour kata orang !

Tapi satu saja MMI minta simpang dan bersyukur sangat sebab wajah MMI tak sama dengan Anuar Ibrahim kalau sama jemm !!!!!

Pssst Ampa mau ka muka sama macam Anwar ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels