Barisan Nasional (BN) menyenarai pendek 2,181 calon untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun, hanya 727 calon akan mendapat watikah untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.
Jumlah keseluruhan DUN ialah 576, tetapi hanya 505 dipertandingkan kali ini kerana 71 lagi di Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri April tahun lalu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai nama calon UMNO dan BN sudah diteliti di peringkat tertinggi semua parti komponen , namun hanya Najib yang memberi kata putus dan bukan kepimpinan parti yang membuat keputusan.
Terpulang kepada PM Beliau berkata terpulang kepada Perdana Menteri memutuskan calon terbaik mengikut pertimbangan dan kriteria tertentu.Dari segi calon, UMNO dan BN meminta akar umbi mencalonkan tiga nama bagi setiap DUN dan Parlimen. Ini sudah dijalankan dan siap diteliti dengan memanggil semua pengerusi badan perhubungan UMNO dan presiden komponen BN.
Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan, kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon... itu kita serah kepada Perdana Menteri.
Watikah akan dikeluarkan apabila sampai masanya.Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, apa yang ada sekarang adalah watikah kosong yang tidak mempunyai nama.Mahu calon bersih Nama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan.
Pelantikan dibuat berdasarkan beberapa faktor, kalau calon dilihat mempunyai masalah, nama itu akan ditolak. Dalam keadaan sekarang kita mahu calon bersih dan kelihatan bersih, katanya.
Mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN, Ahmad Zahid berkata kemungkinan akan berlaku penyelarasan dan ia akan dibincang-kan antara Perdana Menteri dan presiden parti komponen.Beliau turut yakin sumbangan parti komponen BN dapat membantu meraih kejayaan besar pada pilihan raya kali ini.
Komponen parti menyumbang mengikut cara mereka dengan mengadakan bilik gerakan dan menggiatkan jentera parti pada peringkat akar umbi, katanya.
MMI nak berpesan sekali lagi kepada mereka-mereka yang menyimpan impian untuk menjadi wakil rakyat disaat dan ketika ini teruskan bekerja untuk rakyat.Percayalah kepada pucuk pimpinan dan sekiranya anda tidak terpilih maka teruskan usaha serta sokongan kepada calon yang dipilih.
Jangan pula nanti ada yang menyepi diri kerana tidak dipilih !! Apatah lagi nak sabotaj parti !! Ingatlah dalam pilihanraya ke-13 nanti perkara paling utama adalah menangkan parti bukan bekerja merosakkan parti.
Kepada semua calon berlapang dadalah untuk menghadapi hari penentuan bilamana watikah akan diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak.
Jangan musnahkan armada yang sudah bersedia hanya kerana impian mahu dipilih sebagai wakil rakyat tidak kesampaian.
Paling penting jangan jealous kalau MMI dipilih sebagai wakil rakyat hahaha...
MMI.
No comments:
Post a Comment