Siapa yang tak kenal Yana Samsudin aka Kak Yong ni seorang pelakon yang sedang meningkat naik."Bini-Bini Ku Gangster" antara filem yang telah mangangkat nama beliau dalam kancah industri hiburan di negara kita.
Namun agak memeranjatkan MMI apabila Yana tiba-tiba telah memuat naik gambar yang agak kontroversi bagi menunjukkan kretiviti beliau dalam melahirkan semangat kemerdekaan.
Yang memeranjatkan MMI adalah gambar yang dimuat naikkan dalam laman Facebook milik beliau itu hanya bertahan beberapa tempoh sahaja dan kemudiannya telah ditukar semula.
Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang menasihatkan beliau untuk memadamkan gambar yang MMI maksudkan namun yang menjadi persoalannya apakah Yana sendiri tidak tahu gambar tersebut mampu mencetuskan kontroversi atau sememangnya sengaja dihasilkan.
Sekiranya sengaja dihasilkan apakah ianya bererti Yana merupakan sebahagian daripada juak-juak penyokong Pakatan Haprak atau pun beliau bakal mengikuti jejak rakan-rakan artis yang sudah pun mengesahkan sokongan mereka ?
Semuanya hanya boleh di jawab oleh Yana sendiri.
Apa pun jom kita ikuti kronologi cerita berkenaan gambar yang MMI maksudkan.
Anda boleh lihat "cover photo" dan "profile photo" di laman Facebook milik Yana Samsudin memaparkan dengan jelas gambar beliau dengan tema serta logo kemerdekaan yang dikeluarkan oleh Pakatan Haprak.
Di sini anda dapat lihat kenyataan daripada Yana Samsudin yang menggabungkan semua tema kemerdekaan seolah-olah beliau sengaja dan langsung tidak tahu ianya bakal mengundang kontroversi.
Lihat komen daripada pelawat laman Facebook milik Yana Samsudin
Lagi komen pelawat-pelawat laman Facebook beliau
Kemudiannya dalam satu tempoh yang cukup singkat segala-galanya berubah.Kelihatan di gambar , laman Facebook milik Yana sudah diubah bilamana "cover photo" dibiarkan kosong dan "profile photo" milik beliau telah diubah kepada gambar lain.Klik Sini
Namun gambar-gambar tersebut dilihat masih berada di ruangan gambar di laman Facebook Yana kerana "tagging" yang dilakukan mungkin oleh peminat-peminat beliau.Anda boleh chek sendiri , dan ketika entri ini di tulis satu daripada gambar tersebut telah pun dipadamkan.
Bukan nak menyibuk tapi dalam bab yang semacam ni jangan main-main sebab MMI cukup pantang dengan puak-puak yang tak reti nak bersyukur ni.
Bagi MMI mungkin Yana sendiri tak ada niat semacam tu dan beliau hanya sekadar nak bermain dan melawak tetapi kadang-kadang main dengan melawak pun kena tengok juga jangan sampai merosakkan diri sendiri.
Kepada Yana , Lu sudah bikin ribut Beb ! Ada hati nak ikut jejak Si Abby kerrr ???
Apa pun Yana perlu menjawab mengapa beliau memuat naik gambar tersebut supaya semua pihak faham.
Psstt Kak Yong apa Kak Yong , Lupa diri kalau kita payong !!
MMI.
Aish.. kate negara demokrasi..
ReplyDelete