Followers

Tuesday, 18 September 2012

Persoal Tindakan Orang Islam Bantah Filem Hina Islam - DAPigs Makin Biadap !!


Makin menjolok mata perangai dan tutur kata pemimpin DAP sejak akhir-akhir ini, terbaru Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham cetus kontroversi dengan persoal apakah protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims sebagai buang masa dan tenaga.

Beliau tweet begitu ulas tindakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang sebelum ini kuat mengecam penyebaran filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu.

Khairy yang tidak tunggu lama terus balun Ngeh yang disifatkan beliau sebagai amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam juga kedudukan Nabi SAW di dalam Islam.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.

"Saya harap PAS sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi dipetik Sinar Harian.

Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"

Dengan tindakan Ngeh ini, ramai yang tertunggu-tunggu apakah komen atau reaksi dari PAS?

Apakah mereka hanya diam kerana DAP merupakan rakan politik atau sebaliknya. Sama-samalah kita tunggu reaksi PAS lepas ini.

Sebenarnya MMI sendiri kurang bersetuju dengan perhimpunan serta bantahan dijalanan seperti mana yang berlaku di negara-negara luar oleh orang-orang Islam kerana ianya memperlihatkan seolah-olah Islam ini ganas.

Malah apa yang MMI tidak mahu berlaku kini sudah pun berlaku , lihat saja kenyataan dari Ngeh Koo Ham seorang pemimpin DAPigs yang sememangnya tidak mengenali Islam dan melihat kepada bantahan dan himpunan yang menjurus kepada keganasan itulah yang mengundang beliau membuat persepsi yang tidak baik terhadap orang Islam.Baca Sini 

Selain dari itu inilah bukti paling jelas pembohongan yang dibuat oleh PAS selama ini terhadap seluruh rakyat Malaysia kononnya mereka sentiasa berjumpa dengan parti DAPigs untuk menerangkan berkenaan Islam.

Hampir 5 tahun PAS berbohong dan hanya berdusta demi meraih kepentingan politik murahan mereka yang begitu teruja untuk berkuasa dan menduduki Putrajaya.

Bayangkan sekiranya hampir 5 tahun ini PAS mendabik dada kononnya merekalah yang berupaya untuk memahamkan pemimpin DAPigs berkenaan Islam , Apakah kenyataan sebegitu rupa dari Ngeh Koo Ham selaku pengerusi DAPigs Perak boleh dikeluarkan ?

Inilah bukti nyata lagi jelas PAS hanyalah sebuah parti retorik dan jauh menyimpang yang mempergunakan agama demi kepentingan politik.

Kenyataan oleh Ngeh Koo Ham sebenarnya adalah kesalahan parti dan pemimpin PAS kerana selama ini begitu mempertahankan DAPigs dan pemimpinnya yang terang-terangan menolak Islam.

Kepada juak-juak PAS tak cukup sekadar berhimpun kalau kamu sendiri tidak bangun menutup mulut celupar sahabat syurga kamu dari terus menghina agama dan orang Islam !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels