Followers

Thursday, 20 September 2012

SUARAM Kini Mengelupor Umpama Cacing Kepanasan


SUARAM atau MMI lebih suka menggelarkan sebagai Hantu Raya ni sememangnya merupakan sebuah kumpulan yang paling bangang pernah ada di Malaysia.Kalau nak dibandingkan dengan para belia diluar sana ataupun mereka-mereka yang terlibar secara aktif dalam dunia NGO ini pastinya SUARAM antara gerakan yang paling dungu sekali.

Mengapa MMI berkata sedemikian kerana SUARAM yang kononnya dianggotai oleh cerdik pandai ni langsung tak dapat membezakan antara NGO dan syarikat.Amat memalukan apabila sebuah badan seperti SUARAM yang menggelarkan diri mereka sebagai gerakan NGO langsung tidak dapat membezakan diantara ROS , ROY dan SSM.

Selama mereka bertempik bersorak menjadi agen Pakatan Haprak menyerang kerajaan dan mendabik dada kononnya mereka merupakan sebuah NGO yang mewakili suara rakyat sebenarnya SUARAM hanyalah sebuah syarikat swasta dengan modal berbayar RM2 yang berdaftar dengan SSM itupun dengan menggunakan nama Suara Inisiatif Sdn Bhd.

SUARAM dalam kecerdikan yang ditunjukkannya rupa-rupanya ada sifat bodoh-bodoh suam apabila gerakan mahupun pertubuhan seperti ini seharusnya didaftarkan di bawah ROS dan perkara penting yang harus diketahui oleh semua adalah selama ini SUARAM merupakan satu gerakan mahupun pertubuhan HARAM apabila mereka menggelarkan diri sebagai gerakan NGO.

Tahukah anda menurut dokumen SSM, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua-dua mereka sebagai pengarah pada 7 Jun 2004.

Dokumen itu menyatakan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada 2009 dan RM411,226 pada 2010.

Selama mereka bergerak sebagai agen kepada Pakatan Haprak menyerang kerajaan dan para pimpinan negara kini SUARAM dilihat mengelupor seperti cacing kepanasan apabila siasatan sudah mula dijalankan terhadap pertubuhan HARAM ini.

Gambar diatas menunjukkan Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai menunjukkan borang yang diberikan pegawai ROS selepas mendengar penjelasan beliau mengenai butir-butir syarikat di pejabat Suaram, Taman Gasing Indah, Petaling Jaya.

Dalam masa yang sama pihak ROS dilarang dari memasuki premis mereka bagi menjalankan siasatan.Klik Sini 

Persoalannya mengapa SUARAM tidak membenarkan pegawai-pegawai ROS untuk memasuki premis mereka ? Bukankah selama ini SUARAM yang begitu hebat bercakap soal ketelusan ?

Malah mereka dilihat cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat dengan membuat satu laporan polis terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau menyalah guna kuasa, campur tangan serta mempengaruhi siasatan dan berniat jahat terhadap entiti tersebut.


Bukankah dalam isu "scorpene" SUARAM juga melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan dan Kementerian Pertahanan Negara dengan berniat jahat dalam cubaan memburukkan kerajaan ?

Dengan keterlibatan banyak pihak dalam siasatan terhadap SUARAM ini seperti peguam negara,Bank Negara,SSM,Kementerian yang bertanggungjawab,LHDN sudah pasti SUARAM kini bakal menerima pengajaran paling berguna malah hampir pasti di telanjangkan tubuh badan mereka yang selama ini berselindung atas nama NGO.Baca Sini 

Walaupun pihak peguam negara telah meminta supaya kertas siasatan daripada SSM di lengkapkan ianya membuktikan bahawa betapa seriusnya kes ini sehinggakan siasatan secara menyeluruh sedang dilakukan khususnya berkaitan sumber dana yang mendapat kerjasama daripada Bank Negara.


Apakah SUARAM merupakan agen kepada penyaluran dana asing bagi mengganggu atau melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap kerajaan dan negara ?

Sama-sama kita tunggu keputusannya..

Psstt MMI jumpa budak-budak belia pagi tadi dan depa gelak dekat SUARAM sebab tak tau beza ROS dengan SSM pastu pandai-pandai gelar diri NGO hehe..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels