Followers

Monday, 8 October 2012

Apabila Kurang Ajar Menjadi `Raja' !!


MMI mahu berkongsi dengan semua satu artikel yang cukup baik membicarakan soal kurang ajar yang kini semakin menjadi-jadi bahkan ianya sudah pun dianggap sebagai perkara biasa bagi sesetengah dari masyarakat kita.

Mungkin bagi sebahagiannya sikap kurang ajar itu adalah sikap paling buruk waima terhadap sesiapa pun namun diluar sana masih ada segelintirnya yang menjadikan sikap kurang ajar itu sebagai bahan mahupun cara untuk menghalalkan sesuatu.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut baca seterusnya... 

Teringat saya ketika bertugas di Perak kira-kira tiga tahun lalu. Sikap kurang ajar sebegini pernah ditunjukkan oleh beberapa pemimpin DAP dalam satu konvensyen yang diadakan parti itu. Walaupun bukan Najib, mereka yang menjadi mangsa `pijakan' DAP masih lagi pemimpin yang dipilih secara sah oleh rakyat.


Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi kecaman DAP waktu itu ialah ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP), Jamaluddin Mohd. Radzi (PKR-Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (PKR-Changkat Jering). 

Ia berikutan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing dan memilih menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan pakatan pembangkang atau lebih tepat lagi DAP, kehilangan kuasa di Perak.

Kemarahan yang tidak mampu dibendung itu kemudian dipamerkan menerusi tindakan pemimpin-pemimpin parti yang menghadiri konvensyen berkenaan. 

Jika pun ada kalangan pemimpin terbabit termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan melakukannya, namun `merestui' gambar atau poster ketiga-tiga wakil rakyat terbabit diletakkan di ruang masuk dewan untuk dipijak, cukup menggambarkan perkara yang sebenar.

Pelik dengan sikap DAP. Dalam satu masa, mereka kata memperjuangkan demokrasi, tetapi dalam masa-masa lain, merekalah penentang kepada demokrasi.

Berbalik kepada tindakan memijak gambar Najib, mungkin pihak yang melakukannya terlupa parti diwakili Perdana Menteri ini dipilih oleh rakyat.

Dalam hubungan ini, membenci Perdana Menteri bermakna mereka membenci pilihan rakyat. Sedangkan kumpulan yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri atau kerajaan sedia ada ini juga memerlukan sokongan rakyat.  

Bercakap tentang adab, teringat juga saya kepada titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam satu majlis sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Perak bahawa adab bukan sahaja berperanan besar dalam membentuk sebuah masyarakat malah melahirkan sebuah negara bangsa yang stabil lagi makmur.

Adab, titah baginda, merangkumi elemen-elemen kemanusiaan, kebajikan, kasih sayang serta sifat menghormati ibu bapa, orang tua, kanak-kanak, jiran tetangga dan menghormati pemimpin.

Adab juga tegas Raja Nazrin adalah penentu terhadap jatuh bangunnya pemimpin,bangsa dan negara. Dalam masa sama, adab memperingati bahawa taraf kemuliaan seseorang itu bukan ditentukan oleh faktor-faktor kuasa, kekayaan mahupun keturunan tetapi ditentukan oleh kriteria-kriteria yang terkandung di dalam al-Quran dari segi pengetahuan, kecerdasan otak dan sifat murni.

Bagi yang faham tentang erti ketamadunan dan kesopanan, tentunya tidak akan sanggup melakukan apa yang telah dilakukan oleh kelompok pendemonstrasi itu.

Tindakan memijak gambar atau poster pemimpin bukanlah acuan masyarakat yang kita harap terus dilahirkan di negara ini. Ia adalah tingkah laku samseng yang selama ini cuba dibendung daripada menular untuk merosakkan bangsa.

Dan secara jujurnya dalam soal ini, Malaysia tidak memerlukan orang yang kurang ajar untuk mengajar erti perpaduan dan toleransi dalam masyarakat. 

Di sebalik apa yang berlaku, sebenarnya tidak sukar untuk meneka mengapa tindak-tanduk tidak bermoral itu yang sangat-sangat ingin dipertontonkan. 

Hakikatnya, ia juga adalah cerminan kejayaan Najib dalam usahanya untuk terus memenangi hati rakyat sehingga menimbulkan rasa cemburu pihak-pihak tertentu.

Penulis Siti Mariam Md. Zain
Sumber UtusanOnline.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels