Kali ini MMI bawakan satu cerita yang dikongsi oleh seorang sahabat FB yang mungkin tidak ada mengena dengan politik.Kiranya entri kali ini MMI santai sedikit bukan apa kadang-kadang kita perlu juga berehat sebentar dari politik supaya segalanya dapat direfresh balik.
Jadi tak payah dok bagi mukadimah panjang-panjang kita teruskan saja , kepada anda semua selamat membaca !!
Tiap-tiap pagi on the way nak pi keja aku akan beli paper “The Star” kat sorang mamak di tepi jalan. Biasanya mamak ni speaking dgn aku… “Good Morning boss!” “How are you?” “Thank you” Aku pun akan balas dalam English gak…”Morning Aney” “Welcome” dan lain-lain…
Suatu pagi Ahad, aku kebetulan lalu kat kedai mamak tu dan aku pun beli paper kat dia macam biasa.Masa tu aku bersama isteri dan anak2 aku… Keesokkan harinya (Isnin) bila aku beli paper, tiba-tiba dialog mamak tu berubah… Biasanya “Good Morning Boss” bertukar menjadi “Assalamualaikum” dan aku pula menjawab “Waalaikumussalam”. “Thank you” bertukar menjadi “Terima kasih”… “Boss apa khabar? Anak-anak ada sihat?” Aku menjawab, “Alhamdulillah…”
Rupa-rupanya selama ni mamak tu ingat aku ni CINA…. Aku lak mati-mati ingat mamak tu HINDU…
Moral of the story “Islam itu bersaudara… Tanpa kira warna kulit, bangsa, keturunan, pangkat, status, fahaman poitik atau apa sahaja”.
MMI.
Salam..blog tuan sudah dipautkan diblog saya...
ReplyDelete