Followers

Saturday, 27 October 2012

Sempena Hari Raya KORBAN Lagi Artis Bertudung Masuk PAS ???!!!


Siapa yang tidak kenal dengan Natasha Hudson seorang pelakon wanita kategori cun melecun yang pernah seangkatan seksinya dengan sebahagian artis diluar sana.Dengan wajah yang menarik dan potongan badan yang mampu dicemburui oleh para wanita diluar sana sudah cukup untuk mengangkat nama Natasha Hudson setanding dengan artis-artis popular yang lainnya.

Kini Natasha diberitakan sudah berubah cumanya perubahan beliau tidaklah sama seperti mana perubahan Abby atau Aishah yang kini menjejakkan kaki menjadi penyeri pentas-pentas ceramah PAS.

Malah sikap dan perubahan Natasha kini sudah pasti akan lebih disenangi oleh kebanyakkan dari kita kerana beliau ternyata bijak dalam melakukan perubahan sejajar dengan perubahan yang dituntut oleh agama Islam. 

Tahun 2012 membawa definasi berbeza buat pelakon dan pengacara Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Mohd. Redzuan Hudson, 29. Sudah pastinya, setiap yang berlaku itu memberi satu lagi sebab untuk diri si cantik ini untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari mendatang.

Membawa gelaran isteri dan ibu juga memberi sebab untuk wanita ini meletakkan keluarga kecilnya jauh lebih penting daripada segala-galanya.

Mengakui agak kurang muncul di dada akhbar kebelakangan ini, menurut Natasha, kehilangan ini bukan bermakna dia ingin melupakan industri yang selama ini menjadi periuk nasinya.

“Saya masih ada, cuma memberi lebih tumpuan kepada keluarga.

“Sebenarnya tahun ini saya lebih banyak melibatkan diri dalam bidang pengacaraan. Mungkin sebab itu ramai yang bertanya sama ada saya sudah meninggalkan bidang lakonan," katanya.

Dikenali sebagai antara pelakon wanita yang mempunyai raut wajah yang cantik, Natasha kini sudah lapan bulan memilih untuk mengenakan tudung. Bercerita mengenai penghijrahannya itu menurut Natasha, dia kini lebih tenang dengan penampilan baru tersebut.

“Niat itu datang dengan sendirinya selepas pulang dari tanah suci Mekah. Yang pasti saya kini selesa. Bercakap soal rezeki selepas bertudung, rasanya masih sama. Cuma saya agak memilih kini kerana mahu lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga," jelasnya.Baca Seterusnya

Alhamdulillah antara artis pilihan MMI yang kini sudah berhijrah malah kecantikan beliau terus kekal malah lebih ayu daripada sebelumnya.

Inilah antara pengorbanan sebenarnya , dalam situasi Natasha beliau memilih untuk mengorbankan dunia penuh glamour dan memilih dunia yang lebih diredhai oleh Allah SWT.Semoga Natasha terus kekal dan bahagia bersama keluarganya.

Psstt benda baik kita sokong bukan macam yang sorang tu rasanya dah terkorban dek perbuatan dan tingkah laku sendiri !!!

MMI.

2 comments:

  1. Menteri KPKK..

    jgn dok nga2. Artis sebegini takyah diberi tempat dlm slot tv noohhhhhh.

    ReplyDelete
  2. nabi berhijrah kaMadinah adalah kerana Allah,sahabat2 berhijrah adalah kerana Allah.....siapa2yg berhijrah kejalan Allah bukan kerana Allah tapi kerana Parti,hijrahnya ialah ikut nafsu....ikut nafsu berarti ikut Syaitan,sbb Parti Bukan Islam,ini kerana allah telah berfirman ....aku tdk jadikan Jin dan Manusia,melainkan utk beribadah kpd aku.....utk jadi islam perlu kenal Allah pencipta yg bersifat Kamalat....Parti benda baharu dan tdk tertaaluk dgn Akidah,jadi kena faham,jgn tersalah iqtikad.

    ReplyDelete

Labels