Followers

Friday 19 October 2012

Nepotisme DAP Melaka Sudah Bergerak Ke Pulau Pinang


Tanpa kita sedar, gerakan memindahkan ahli-ahli DAP dari Melaka ke Pulau Pinang sedang rancak dijalankan. Maklumlah, Melaka adalah bumi yang DAP, PKR dan PAS tidak boleh cari makan, nak pula PAS, sepanjang umur ditubuhkan belum pernah menang waima satu kerusi di Melaka. Asal tanding lingkup, asal tanding lingkup dengan UMNO.

Yang agak memeranjatkan, ikut sekali pindah ialah suku sakat Tokong Lim iaitu isteri dan adik perempuan bongsunya yang asal usul dari Johor tapi lama berkelana di Melaka. Kini dah nak ke Pulau Pinang pula. Sudah tentu bukan pindah saja-saja nak menambah undi, tapi untuk bertanding juga. Sedang kita bercakap ini, khabarnya beberapa kawasan di Pulau Pinang sudah diperuntukkan kepada nepotis-nepotis Tokong Lim untuk diisi. 


Khabarnya juga, mana ADUN DAP yg menang secara paracut dulu , bakal tersingkir untuk digantikan dengan dinasti Tokong Lim dari Melaka. Nak pula kalau ADUN tersebut cakap English pun berterabur dan blur macam orang mabuk laut, semuanya boleh berkira-kira cari makan cara lain sebab tempat masing-masing nak diisi nepotis-nepotis dari keluarga Tokong Lim.


Besar Pulau Pinang itu dengan pulaunya, dengan tanah besarnya. Tapi dalam besar-besar itupun Ketua Menteri dan barisan Exco tetap diimport dari Melaka juga. Orang DAP yang sedia ada di dalam negeri Pulau tersebut, bodoh macam lembu, nak jadi Ketua Menteri pun tak tahu.


Rakyat Pulau Pinang dalam hal ini kena jaga-jagalah. Pilihanraya akan datang ini pasti meriah dengan saudara mara suku sakat Lim, Singh dan Ibrahim. Memang pilihanraya dan politik ini medan cari makan anak beranak depa sebab jamin pendapatan sampai ke sudah walaupun kalah (pencen ADUN/MP dah cukup makan tu).

Mana ada cerita nak tolong rakyat. Orang lain yang bukan salasilah mana-mana satu di atas, bolehlah hirup kuah yang isinya dah dibelasah mereka anak beranak. Kalau puak-puak ini ditakdirkan menang pilihanraya besok (KALAU), buat pertama kalinya dalam sejarah negara kita, mesyuarat kabinet yang sebenarnya akan betul-betul buat dekat kabinet dapur rumah masing-masing. 

Yang rasmi setiap hari Rabu atau Jumaat itu hanya mengangguk dan mengesahkan apa yang sebenarnya telah diputuskan di kabinet dapur rumah masing-masing.

Kelamlah masa depan negeri dan negaraku di tangan puak-puak ini.

Kedit to Ir Jebat Modern - sahabat FB

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels