Followers

Showing posts with label Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Guan Eng. Show all posts

Friday, 16 August 2013

Jangan Lantik Ahli Keluarga , Alo Guan Eng Nak Dalih Apa Lagi ??


Pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk tidak membenarkan Exco melantik ahli keluarga sebagai pembantu seolah-olah hanya sandiwara apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri tidak mengetahui ada kalangan 'anak buahnya' berbuat demikian.

Perkara itu jelas dilihat apabila Guan Eng seperti terpinga-pinga ketika diasak pemberita yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung dua Exconya yang didakwa mempraktikkan amalan tersebut.

Dua Exco terbabit ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga, Komuniti dan Kesenian, Chong Eng yang melantik anak lelakinya serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim yang dikatakan melantik adik perempuannya sebagai pembantu.

Bagi mendapatkan kepastian, beliau menelefon kedua-dua Exco berkenaan di depan pemberita, tetapi gagal.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat lokasi kejadian sebuah forklift terperosok ke dalam longkang di Jalan Macalister di sini hari ini.

Bagaimanapun Chong Eng gagal dihubungi Setiausaha Agung DAP itu.

Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Abdul Malik memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

"Saya sudah bercakap dengan Abdul Malik dan dia sudah menerangkan kepada saya berhubung isu ini dan saya juga sudah mengarahkan adiknya supaya melepaskan jawatan sekiranya benar.

"Namun, saya akan berjumpa dengan dia selepas ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut," katanya.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu, kerajaan negeri membuat ketetapan untuk tidak membenarkan Exco melantik secara terus anak atau ahli keluarga terdekat.

Alo Guan Eng bukan soal selepas ni puak tu kena letak jawatan saja tapi kenapa exco sendiri pun tak ikut cakap dan peraturan yang ampa buat sendiri ?

Mana yang CAT nya ?? BANGSAT !!

Psst pemimpin UMNO pun ada yang nak kena dah tunggu sat !!!

MMI

Wednesday, 14 August 2013

DAPigs Lancar Operasi SAVING PRIVATE GUAN ENG ?? Hahahaha Macam Haram


Isu pemilihan CEC parti DAPigs yang sudah pun mendapat perhatian pihak ROS kini menjadi semakin panas apabila mereka kini di lihat sedang berusaha bermatian-matian untuk mempertahankan apa yang mereka gelarkan sebagai pemilihan yang penuh dengan amalan Cekap , Akauntibiliti & Telus.Puii..

Bagi MMI hanya mereka yang buta hati dan terlalu taksub sahaja akan mengangguk tanda setuju mengiakan kenyataan pemilihan CEC parti DAPigs itu mengikut peraturan yang sepatutnya.Selebihnya berterusan melakukan bantahan dan meminta supaya ianya diadakan semula.

Alo brader bukan orang UMNO yang suruh ahli DAPigs sendiri !
  

Kalau dah sesama ahli sendiri pun langsung tak nampak keadilan macam mana tu ?

Terkini pemimpin DAPigs telah pun mengadakan mesyuarat tergempar kononnya membincangkan tentang arahan daripada ROS supaya parti cauvinis ini mengadakan pemilihan semula.

Hahahaha kalau ampa nak tau ini bukannya mesyuarat tergempar bincang tentang arahan ROS tetapi mesyuarat untuk melancarkan satu operasi menyelamatkan Guan Eng !

SAVING PRIVATE GUAN ENG ! Itulah yang sebenarnya sedang di lakukan oleh pemimpin ultra kiasu dinasti cauvinis yang kini sedang kelam kabut untuk menutup kelemahan sendiri.


Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi membuat keputusan menolak arahan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula jawatankuasa berkenaan.

CEC sebulat suara membuat keputusan itu kerana mereka tidak boleh menerima arahan ROS seperti mana surat bertarikh 30 Julai lalu yang diterima DAP lewat petang semalam.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan selepas mesyuarat tergempar itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan DAP tidak boleh terima arahan itu kerana dua sebab yang perlu dinyatakan ROS terlebih dahulu.

Katanya, pertama, CEC menggesa ROS memberi punca atau sebab mengapa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi DAP mengenai pengendalian pemilihan CEC pada 15 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan 1966.

“Kedua, ROS perlu menjelaskan peruntukan mengikut arahan undang-undang mana yang menyebabkan DAP perlu mengadakan pemilihan semula.Baca seterusnya di SINI

Macam-macam persoalan puak DAPigs ni kan ? Pernah ka ampa terfikir macam mana pula nasib puak DAPigs sendiri yang menjadi mangsa kepada kerakusan puak yang jaga dinasti dalam parti tu ? Haha hampeh puak tu biaq macam tu ja !

Apa pun yang dilakukan oleh Guan Eng atau Kit siang atau mana-mana pemimpin DAPigs lain yang bersekongkol dengan mereka , ianya hanyalah sekadar "camourflage" atau lakonan bias kepada sebuah lagi pementasan teater paling hebat dalam sejarah apabila parti DAPigs sendiri sudah hampir hilang nyawanya.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, selepas hampir tujuh bulan akhirnya Lim Kit Siang membuat pengesahan secara tidak langsung bahawa wujud penyelewengan dan manipulasi undi yang membabitkan 547 perwakilan haram seperti yang didakwa oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report.

Menurutnya,  Kit Siang langsung tidak berani membuat penafian terhadap semua dakwaan penipuan yang dibongkar oleh Father Chen semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.Baca Sini 

Mudah cita walau apa pun yang dilakukan oleh puak Dapigs ni ianya tak lebih dari usaha menyelamatkan dinasti yang wujud dalam parti cauvinis ni dan seperkara yang harus semua pihak tahu pemimpin DAPigs sedang berusaha menyelamatkan seorang anak kepada lelaki yang pernah berusaha untuk menyapu orang Melayu dari Kuala Lumpur.

Sebab itu operasi Saving Private Guan Eng di lancarkan ...

MMI

Tuesday, 13 August 2013

Ni Ka Ketua Menteri Yang Ampa BANGGA Sangat Tu ?? But Malu Kaum La Weiiii ...


Yang ni ka ? Guan Eng budak Melaka ni ? Yang ni yang ampa puak-puak macai pembangkang bangga sangat tu ? Huhu kesianlah kat ampa sebab dia ni bercakap ja banyak tuduh sana sini alih-alih sendiri buat silap.

Sebagai ketua menteri yang puak macai PAS angkat sebagai khalifah ni seharusnya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat di bawahnya.Ini tidak main sondoi ja dah serupa kelaku kerbau pendek dah main redah ja.


Gambar susah nak menipu brader walaupun diakui ada teknik-teknik tertentu macam budak Tian Chua bikin gambar altantuya tu , gambar kat atas ni tak payah nak berdolak-daliklah.

MMI rasa mungkin lepas ni budak driver akan dipersalahkan kononnya driver punya pasallah , alah serupa kes pemilhan CEC parti DAPigs ari tu.Selaku setiausaha parti sepatutnya Guan Englah yang bertanggungjawab tapi di letakkan kesalahan itu kepada orang lain yang sebenarnya turut menerima arahan daripada Guan Eng sendiri.Apa berlaku ? kambing hitam tu kena sembelih kaw-kaw punya , tuan kambing gelak sakan puiii !

Cuba ampa pikiaq tengok punya samseng lahanat ni , orang lain minta ikut peraturan tapi dia sendiri buat serupa Pulau Pinang ni macam mak bapak dia punya.

Samseng ? Out-Law ? Hah eloklah MMI nak tunggu tengok ada atau tidak pemimpin Melayu dalam pembangkang yang ada teloq untuk tegur si lahanat ni supaya patuh pada arahan.

Ops lupa laaaaa ... Lahanat ni mana reti ikut peraturan , arahan ROS tentang pemilihan CEC DAPigs yang serabut lingkup tu pun dia tak mau ikut !! Inikan pula bab parking apa barang bro !!

MMI

Tuesday, 6 August 2013

DAPigs Tidak Akan Buat Pemilihan Semula , Guan Eng ANGKUH Tolak Suara Ahli Sendiri !!!


DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak menjawab tuntutan parti itu yang mahukan penjelasan mengenai sebab-sebab parti itu perlu berbuat demikian.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya tidak akan mematuhi arahan ROS tanpa sebarang alasan munasabah.

"ROS ingat dia Raja kah? Tak payah beri sebab langsung dan membuat pengumuman dahulu sebelum menjawab surat," katanya kepada pemberita di George Town, semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjelaskan, DAP akan hanya menerima arahan itu jika ROS memberi alasan mengapa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan parti berhubung perjalanan CEC pada 15 Dis lepas.

Katanya, tindakan ROS mengarahkan DAP membuat pemilihan semula CEC adalah berunsur penganiayaan dan (sebagai) dendam politik.

"DAP akan terima arahan jika ROS jelaskan di bawah peruntukan undang-undang mana arahan pemilihan semula CEC itu dibuat.

"Walaupun DAP mengakui terdapat kesilapan tetapi pemilihan CEC pada Disember lepas adalah bersih," katanya.Baca Selanjutnya 

Ini BUKTI bahawa Guan Eng adalah pemimpin ANGKUH malah langsung tidak menghiraukan suara ahli parti sendiri yang sebelum ini mempertikaikan pemilihan CEC tersebut.

Untuk rekod Kit Siang pun selepas hampir tujuh bulan akhirnya membuat pengesahan secara tidak langsung bahawa wujud penyelewengan dan manipulasi undi yang membabitkan 547 perwakilan haram seperti yang didakwa oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report.

Menurutnya,  Kit Siang langsung tidak berani membuat penafian terhadap semua dakwaan penipuan yang dibongkar oleh Father Chen semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Katanya, sebagai seorang yang karib dengan Kit Siang, ternyata Father Chen tahu cara politik kotor yang diamalkan oleh Kit Siang dan parti DAPigs ini.


Dalam masa yang sama beberapa pemimpin DAP lainnya turut bersuara melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemilihan CEC DAPigs sebelum ini yang di lihat lebih menjaga hal ehwal dinasti Lim dan periuk nasi orang-orang tertentu.Baca Sini

Dengar khabar ramai diantara perwakilan yang hadir masa pemilihan CEC DAPigs hari tu main tangkap muat saja , bukan ahli pun !! Siap mengundi untuk orang lain lagi..Huhu sejauh mana kebenaran maklumat ni harap pihak berwajib cuba siasat tengoklah.

MMI

Monday, 22 July 2013

PENDAKWAAN TERPILIH Guan Eng Memang RASIS PERCAYALAH !!!!


DAP tidak akan senang duduk kalau ada tindakan undang-undang dikenakan ke atas pengundi tegarnya walaupun terang-terang menghina agama Islam, seperti dalam kes pendakwaan ke atas Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvivi).

Masa belum tangkap, mulut lancang sokong tindakan dikenakan, bila sudah kena tangkap dan didakwa, Guan Eng kata pendakwaan terpilih pulak.  Kononnya Ibrahim Ali nak bakar Bible dan Zulkifli Nordin hina agama Hindu dalam satu ceramah semasa dia masih ahli PAS 10 tahun dulu tidak dikenakan tindakan kerana menghina agama lain.

Cuba nak belalah tu, cuma tak cakap terang-terang.

Modus operandi sama dengan PAS, sama juga, masa belum cakap lain, bila sudah cakap lain (minta orang Islam maafkan).

Rasa muak pulak nak nyatakan persamaannya tapi yang mengamalkan pendakwaan terpilih itu sebenarnya ialah Guan Eng dan parti pembangkang yang disertainya.

Kita mulakan dengan video Zulkifli Nordinlah.Video itu semua orang tahu dirakam 10 tahun lepas dan semasa Zulkifli Nordin masih lagi ahli PAS – mengulang pulak, tapi nak kena disebutkan juga, nanti lupa.

DAP pun tahu kewujudan video tersebut, tapi mereka pilih untuk tidak dedahkan kerana sepanjang tempoh sehingga 2010, Zulkifli Nordin ialah penyokong dan ahli parlimen pembangkang, mampuslah kalau video ini keluar waktu itu.  Buktinya (DAP tahu), elok sahaja Zulkifli Nordin dinamakan sebagai calon BN di Shah Alam, video itupun keluar.

Kalau video itu dari UMNO, baik masa Zulkifli Nordin bertanding 2004 dan 2008 atas tiket pembangkang, dah keluar dah video tu, tapi sebab pembangkang dalang video tersebutlah yang buat ia keluar pada 2013.

Logikkan ??

Persoalannya kenapa pembangkang tak keluar video itu masa Zulkifli Nordin bertanding pada 2004 dan 2008?   Sebab masa itu dia sebelah engkau?

Jadi siapa yang buat dakwaan terpilih sekarang?

Begitu juga kes Ibrahim Ali.  Ancaman nak membakar Bible itu datang setelah pihak Kristian berkeras juga nak bubuh nama Allah swt di dalam kitab Bible bahasa Melayu.  Mahkamah belum selesai dengan kes tersebut lagi, masih tergantung tapi puak Kristian ini dah tergesa-gesa nak masukkan.

Siapa provok siapa dulu?  Tak nampak macam mana Ibrahim Ali salah kerana tidak ada sehelai pun kitab Bible yang dibakar, sedangkan dalam kes Alvivi yang cuba disokong Guan Eng ini (secara tidak langsung), sudah jelas gambar mereka menghina bulan Ramadhan dengan mengajak umat Islam makan daging babi semasa berbuka.

Malah Alvin dah mengaku pun buat gambar itu, atas alasan nak ’buat kelakar‘, tapi bila pergi Mahkamah, tak mengaku pulak.  Sekarang buat kelakar sangatlah kau dalam penjara tu, silap-silap pada waktu ini sudah jadi ’isteri’ kepada mana-mana banduan dalam itu.  Lantak kaulah !!

Ini sahaja membuktikan tidak wujud soal pendakwaan terpilih.Peguam Negara memang betul bila mendakwa pasangan Alvivi ini dengan cepat, kalau lambat, takut ada pulak yang ambil tindakan sendiri.

Masa itu, kalau berlaku, terpilih tak terpilih, nasik dah jadi bubur.  Itu ke yang Guan Eng nak?sumber 

MMI kata si Guan Eng ni bukan setakat nak cover line dan back up pasangan bangsat lagi biadap tu tapi cuba untuk mempertahankan suku sakatnya sendiri.Dalam bahasa mudah memang RASIS sebab puak dua ekoq tu cinabeng sama dengan Guan Eng.

Kes Namawee budak cina bangsat yang rasa hebat sangat tu kenapa Guan Eng diam ??? Dia tak kena tahan pun ??? 

MMI

Sunday, 14 July 2013

Guan Eng Dimalukan Bapa Sendiri ?!


Semalam secara rasminya PRK DUN Kuala Besut memasuki fasa berkempen setelah selesai proses penamaan calon yang menyaksikan wakil BN iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman akan menerima tentangan dari PAS yang diwakili Azlan Yusof dalam pertembungan satu lawan satu.

Menariknya penyertaan PAS dalam PRK kali ini berlaku tatkala PAS dan sekutunya dalam PR masih sibuk mencanang propaganda bahawa SPR tidak memiliki kewibawaan kononnya kerana terlibat dalam penipuan serta tidak telus dalam PRU-13.

Bila mana ia berlaku sedemikian, makna kata pucuk pimpinan PAS secara sedar atau sebaliknya masih mengiktiraf kewibawan SPR serta tetap menaruh kepercayaan terhadap kredibiliti dan keberkesanan badan itu dalam mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.

Syabas kita ucapkan kepada pemimpin PAS di atas pengiktirafan tersebut dan SPR juga wajar berterima kasih kepada pemimpin PAS kerana membantu membersihkan namanya dari propaganda jahat yang pernah dan sedang dilakukan oleh PR.

Namun begitu kita jangan sesekali lupa, selain dari PAS ada lagi individu lain yang turut berhak menerima penghargaan sedemikian. Orang yang penulis maksudkan ialah Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang merangkap bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kehadiran Kit Siang semalam semasa proses penamaan calon semalam sesungguhnya satu manifestasi keyakinan pemimpin veteran DAP itu terhadap ketelusan proses pilihan raya Malaysia dan ia nyata bercanggah dengan saranan boikot oleh anaknya pada 1 Julai 2013.

Guan Eng menyebut tindakan boikot itu perlu sebagai satu tindakan protes membantah SPR yang didakwa tidak telus dalam menjalankan tanggungjawabnya. Tapi dalam sibuk-sibuk si anak memburukkan SPR boleh bapa kandungnya tampil memberi sokongan untuk PAS untuk menjayakan PRK DUN Kuala Besut yang dikendalikan oleh SPR.

Penjelasan logik untuk meleraikan percanggahan si anak dan bapa ini amat jelas, yakni segala dakwa-dakwi pertikaian terhadap kredibiliti SPR dan persoalan mengenai keputusan PRU-13 hanyalah satu propaganda murahan semata-mata. Jika itu bukan jawapannya, maka sah sudah Guan Eng sengaja dimalukan oleh bapa sendiri.sumber 

Paling tak boleh blah gambar kat bawah ni ...

Poyo ja mamat ni , apa yang di tenungnya tu semacam tak puas ati ja ?? Hahaha ....

MMI

Saturday, 13 July 2013

Penduduk Pulau Pinang Bakal Nikmati Air PERCUMA !!!!


Apa yang bakal MMI catatkan nanti sudah pasti akan membuatkan ramai penduduk di Pulau Pinang tersenyum kerana ketua menteri Guan Eng telah melakukan satu tindakan paling drastik bila mana dalam masa terdekat pengguna air tidak lagi perlu membayar caj penggunaan yang membawa maksud air di bekalkan percuma di Pulau Pinang.

Menarik bukan ? Itulah hebatnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAPigs dan Guan Eng.Jadi tunggu apa lagi pakat-pakat pi jumpa dan ucap terima kasihlah !!!

Hahahaha jangan buat lagu tu kawan-kawan , jangan sesekali menyembah bangsat-bangsat komunis ni kerana mereka bukannya spesisi yang boleh kita sembah.

Apa yang MMI nak kongsi dengan semua adalah tentang sikap si Guan Eng berkaitan dengan isu air yang melibatkan dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah.

Seperti mana semua sedia maklum , Pulau Pinang mendapat bekalan air mentah daripada negeri Kedah melalui sungai muda sejak dari dulu dan sudah semestinya terdapat pembayaran caj tertentu yang perlu di bayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada negeri Kedah.

Namun kerana sifat bangsat puak-puak DAPigs ni Guan Eng boleh saja menyatakan tidak mahu membayar caj yang akan di kenakan dengan alasan AIR ANUGERAH TUHAN ADALAH PERCUMA !!

Nampak dak macam mana punya sial puak-puak ni ! 

Jadi MMI nak ingatkan kepada seluruh penduduk Pulau Pinang jangan risau jika Guan Eng boleh menyatakan air adalah anugerah tuhan dan ianya percuma maka sudah pasti anugerah itu juga adalah hak kita sebagai rakyat dan penduduk.

Jadi kepada Guan Eng dan PBA , lepas ni jangan lagi antar bil air dekat kami na !!! Baca Selanjutnya 

MMI

Burung Guan Eng Di Pulau Pinang Berharga RM60 Ribu , Duit Siapa ???

Duit Rakyat ???????
Hari ini, DAP akan melancarkan satu belon gergasi yang menyerupai Burung Ubah (gambar di atas) yang berharga RM60,000 di Nautilus Bay Jelutong Promenade (IJM Promenade), Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Bayangkan…begitu banyak wang dimiliki parti berkenaan ia apabila mampu meletakan sebuah belon berharga RM60,000 terapung di satu kawasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengetahu jumlah itu akan dipersoalkan, dengan pantas cuba menafikan wang itu datang dari DAP dengan berkata ia hadiah dari penyokong parti berkenaan.

Namun…siapa penyokong itu? Tokey rumah urut? Tokey judi haram? Kalau betul penyokong itu wujud, mesti dia ada nama.

Kalau belon plastik sahaja cecah RM60,000 maka tidak terperanjatlah kalau ada dakwaan mengatakan parti itu membelanjakan RM100 juta lebih untuk pembangunan dan aktiviti tentera siber Red Bean Army (RBA) untuk tempoh beberapa tahun menjelang pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Begitu nyata duit bukan isu yang besar untuk parti berkenaan.

Dana dari tokey-tokey judi haram, bapak ayam, tokey rumah urut dan dari negara luar terutama dakwaan dari Singapura dan Taiwan memperlihatkan DAP bukan parti picisan ia bersedia sepanjang masa untuk merampas Malaysia dan menjadikannya satu lagi mini China di Kepulauan Melayu.

Apa pun , melihat apa yang DAP lancarkan itu bukan sekadar sebuah belon mahal tetapi sebagai satu monumen bukan monumen kejayaan tetapi monumen penipuan pembangkang terutama DAP pada PRU-13 lalu.

Kenapa?

Kerana Burung Ubah itu adalah logo rasmi pasukan RBA , sebelum indentiti mereka diketahui RBA akan meletakan gambar kecil burung itu di setiap video dan banner fitnah yang dicipta serta disebarkan mereka.

Burung Ubah itulah yang dirancang untuk dipamerkan kepada rakyat!!!

Kini, kita semua sudah tahu bahawa RBA yang dikaitkan dengan DAP selama bertahun-tahun menipu dan mengugut begitu ramai rakyat negara ini dengan begitu banyak propaganda dalam talian.

Dan kemuncak penipuan mereka dapat dilihat pada hari PRU-13 pada 5 Mei lalu apabila video-video dan gambar penuh penipuan tersebar di media-media sosial bagi mengaburi pemikiran rakyat.

Antaranya video-video kononnya ada 45,000 pengundi Bangladesh keluar mengundi (yang kemudian semuanya terbukti penipuan), Tun Mahathir lari ke Eropah pada hari pengundian kerana tahu Pakatan Rakyat akan menang, beg undi dibuang dari helikopter (ada jugak yang percaya), blackout di pusat-pusat pengiraan undi (yang terbukti kemudian hari tidak ada satu pun yang betul, malah sekeping gambar dicanang sebagai kejadian itu pun terbukti lakonan) dan macam-macam.

Sebagai manusia berakal tidakkah kita rasa marah dan diperbodohkan oleh sekumpulan manusia dan parti yang begitu rakus mahu memegang kuasa?

Dengan begitu mudah mereka mencipta pelbagai penipuan dan kemudian tidak mahu mengaku.Mereka telah merendahkan tahap pemikiran kita sebenarnya.

Dan mereka terus merendahkan kita apabila tergamak membina monumen penipuan menggunakan logo rasmi RBA yakni Burung Ubah berkenaan untuk dijadikan tatapan kepada masyarakat umum.

Apakah Guan Eng dan rakan-rakannya ketawa besar bila mereka melihat belon plastik itu mula-mula didirikan…? Entah kenapa imej Guan Eng sedang ketawa sambil terngaga mulut dan cermin matanya hampir terjatuh asyik muncul di pemikiran penulis.

Apa pun pada harga RM60,000 belon burung plastik itu nyata sekali adalah monumen penipuan termahal yang wujud selepas PRU-13!

Apa lagi yang kita akan diperbodohkan selepas ini?

Fakta Tambahan Monumen Penipuan:

- Diperbuat daripada pvc berkualiti tinggi seberat 250 kilogram.
- Ketebalan badannya adalah 0.35mm manakala pelampung di bawah setebal 0.7mm
- Seperti biasa, ia dibangunkan berasaskan kejayaan itik kuning negara China (Hong Kong).
- Disiapkan dalam masa dua bulan


MMI

Thursday, 11 July 2013

Hantam Sajalah Labu !!!!


Benarlah kata orang , PAS sememangnya telah memberikan gambaran yang terbaik kepada Guan Eng dan rejimnya tentangnya ISLAM !! 

Dan kerana itu maka lahirlah "banner" ini ... HANCUS Bro !! Bangsat mana yang buat ni ??? Hantam sajalah labu...................

Psstt Puak PAS di Kepala Batas buat apa ? 

MMI

Wednesday, 10 July 2013

Tanpa TEMUDUGA Di Mana CATnya ??????


Berita mengenai perlantikan Ahli Majlis MPPP yang mendapat perhatian banyak pihak ini membuktikan betapa kerajaan negeri pimpinan Guan Eng sekali lagi melacurkan slogan yang di ciptakan mereka sendiri.

Tindakan perlantikan  Nur Fitriah Abdul Halim 26 tahun tanpa melalui proses temuduga sudah cukup untuk membuktikan betapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengotakan apa yang di janjikan melalui slogan CAT mereka.

Di mana Cekapnya jika tidak melalui proses temuduga ? Di mana akauntibilitinya jika terus mengangkat sumpah sebagai ahli majlis ? Di mana Telusnya jika gadis berusia 26 tahun ini yang baru seminggu mendaftarkan keahliannya dalam parti DAP di tabalkan sebagai ahli majlis malah tidak perlu melalui proses seperti mana orang lain ?


Alo brader agak-agaklah rakyat Pulau Pinang bukan semuanya cina bukit yang boleh angguk bila dapat habuan , kita melihat dan menilai ...... kuota Melayu hahaha BANGSAT !!

Baca juga di SINI 

MMI

Tuesday, 9 July 2013

Alo Guan Eng Mau Pusing Cerita Ka ??


Kenapa perlu Akta Hasutan dimansuhkan? Adakah dengan mansuhkan akta ini, rakyat dan negara akan hidup dengan lebih aman? 

Kenapa pakatan haprak makin gelabah beruk dengan akta ini? Nak tergelak bila Guan Eng si Cina komunis ni keluarkan 'fatwa' baru kononnya Kerajaan tidak tepati janji. 

Apa cerita lu LGE mau pusing cerita ka?? 

Kenapa pakatan haprak nak sangat mansuhkan Akta Hasutan ni? Adakah Kerajaan BN selama ini tidak tepati janji pada rakyat? Seharusnya LGE tanya pada diri mereka sendiri, siapa yang Tepati Janji dan siapa yang Tak Tepati Janji pada rakyat? Boleh jawab ka..?? 

Pakatan Haprak beria-ia nak mansuhkan Akta Hasutan sebab diaorang memang nak ubah Perlembagaan Persekutuan. Beberapa perkara utama akan diubah dan niat mereka untuk jadikan Malaysia sebagai negara bukan Islam boleh dicapai. 

Rakyat harus tahu, siapa yang selalu menghasutkan dengan pelbagai provokasi dan fitnah dengan niat rakyat benci pada Kerajaan dan sistem Kesultanan Melayu. Kalau semua orang boleh cakap sesuka hati, negara tak ada undang-undang...apa guna Malaysia jadi sebuah negara ? 

MMI yakin dengan pendirian tegas DS Zahid Hamidi, keselamatan rakyat dan kestabilan negara dapat dijaga dengan baik. Tak payah dengar sangat cakap puak pakatan, diaorang ni bukan boleh buat apa pun. Janji pada rakyat pun tak boleh tunaikan, inikan sibuk nak ubah Perlembagaan negara. 

Penang pun tak boleh jaga rakyat sama rata...jangan duk bisingla LGE oii!! Tak percaya ?? Baca Sini 

kredit gossip rakyat 

MMI

Thursday, 4 July 2013

Guan Eng Buat-Buat BODOH ?!!


Semuanya berkenaan sidang DUN Negeri Pulau Pinang yang makin panas dek penangan ketua pembangkang BN yang baru iaitu YB Datuk Jahara Hamid apabila membantah keputusan speaker untuk tidak membenarkan sesi soal jawab diadakan.

Kenyataan YB Datuk Jahara ada benarnya kerana sesi soal jawab penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini yang menguji kebijaksanaan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam menjawab isu malah ia tidak pernah berlaku dalam sejarah DUN negeri dan menganggapnya sebagai ‘hukuman maut’ terhadap sistem demokrasi.

Serentak dengan itu wakil-wakil dari DAP bangun mencelah malah meminta ketua pembangkang untuk menarik balik kenyataan yang menyatakan sistem demokrasi sudah maut dalam dewan.

Namun pengalaman dan sikap profesional yang di tunjukkan oleh ketua pembangkang YB Datuk Jahara sudah cukup untuk mengunci mulut-mulut celupar macai-macai DAPigs dari terus melalak.Baca Selanjutnya 

Namun dalam semua keadaan yang paling memeranjatkan MMI adalah kenyataan daripada ketua menteri Pulau Pinang , siapa lagi kalau bukan Guan Eng apabila mengakui hairan dengan keputusan itu malah berkata , ia tidak wajar berlaku dan sesi soal jawab sepatutnya dibenarkan.

“Saya jangka ia berlaku kerana faktor masa, bagaimanapun ia perlu disemak semula oleh Speaker,” katanya kepada pemberita selepas sidang berhenti rehat.Baca Sini 

Alo brader , ketua menteri boleh kata macam tu ka ?? Ish ish nampak sangat , berdasarkan pemerhatian MMI apa yang berlaku sebenarnya di sengajakan dan menjadi hasrat semua wakil kerajaan negeri Pulau Pinang (DAP,PKR,PAS) untuk mempercepatkan sidang DUN kerana di luar sana lebih banyak misi politik mereka daripada melayan malah menghormati dewan.

Guan Eng buat-buat bodoh !! Boleh percaya ka ????

Baca juga di SINI 

MMI

Wednesday, 3 July 2013

Sidang DUN ~ Pembohongan & Putar Belit Rejim DAPigs Di Pulau Pinang


Semalam merupakan hari pertama sidang DUN Pulau Pinang di buka dengan rasminya dan telah di sempurnakan oleh T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.Majlis berjalan dengan sempurna dan semua ADUN yang telah mengangkat sumpah sebelum ini hadir masing-masing 10 daripada UMNO/BN manakala 30 daripada gabungan DAP,PKR dan PAS.  

Tahniah MMI ucapkan kepada semua ADUN yang telah di pilih oleh rakyat dalam PRU13 baru-baru ini dan menjadi harapan MMI serta rakyat Pulau Pinang untuk melihat sidang dewan kali ini benar-benar membariskan wakil-wakil rakyat yang memikirkan tentang nasib rakyat seterusnya untuk kemajuan negeri Pulau Pinang.

BN menyandarkan tanggungjawab itu kepada 10 orang wakilnya daripada UMNO dengan di pimpin oleh Ketua Pembangkang yang baru YB Dato' Jahara Hamid manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sudah semestinya Lim Guan Eng selaku ketua menteri.

Namun di sebalik keceriaan pembukaan sidang dewan itu sebenarnya lahir satu lagi penipuan yang di buat oleh kerajaan negeri pimpinan rejim DAPigs dan konco-konconya.

MMI agak terkejut apabila perkara yang sebenarnya telah disuarakan oleh kerajaan negeri semenjak 2011 yang lalu masih lagi di bawa ke penggal kali ini.Pada mulanya MMI beranggapan ianya merupakan usaha berterusan dan terancang oleh kerajaan negeri selama ini kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat khususnya dalam soal kebajikan.

Namun setelah di teliti rupa-rupanya perkara tersebut hanyalah satu omongan kosong yang di bawa sekali lagi oleh kerajaan negeri mungkin untuk menggaburi mata rakyat di Pulau Pinang.

Untuk makluman kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAPigs sejak 2011 yang lalu telah merancang dan akan mewujudkan pusat dialisis CAT buat rakyat yang memerlukan bagi menampung jumlah sedia ada yang terdapat di pusat-pusat dialisis dan Hospital Pulau Pinang.

MMI pernah mengulas tentang isu ini pada 25 November 2011 yang lalu Baca Sini 

Kerajaan Negeri

Sejak 2011 yang lalu kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi  untuk memulakan projek perintis Pusat Dialysis CAT di Pejabat Pasar Awam Balik Pulau. Ia berhampiran perhentian bas (Rapid Penang) dan bangunan tersebut adalah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). 

Kononnya MPPP telah memberi persetujuan bagi meggunapakai ruang di belakang Pejabat Kutipan Hasil, Pejabat Pasar Awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialysis CAT Negeri Pulau Pinang.

Kawasan tersebut telah dipilih sebagai lokasi projek perintis kerana kedudukan yang  strategik, kepadatan penduduk luar bandar yang tinggi dan pengangkutan awam yang baik. Pada masa yang sama ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri PR kepada penduduk luar Bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik.

Apa yang perlu kita semua tahu adalah semenjak 2011 yang lalu sehingga hari ini pusat dialisis CAT yang di maksudkan itu tidak pernah wujud malah di lokasi yang di maksudkan itu pun tidak ada sebarang pusat dialisis CAT seperti mana yang di war-warkan.Ini di sahkan sendiri oleh sumber MMI di Balik Pulau.

Persoalan yang semua perlu tahu adalah , berapakah tempoh masa yang di perlukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina serta mewujudkan pusat dialisis CAT seperti yang di nyatakan oleh Guan Eng sendiri dalam kenyataan medianya bertarikh 8 Jun 2011 ????


Apakah kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAPigs memerlukan tempoh masa selama 3 tahun untuk mewujudkan sebuah pusat dialisis perintis yang kononnya berjiwa rakyat itu ???

Ternyata Guan Eng dan rejim DAPigsnya hanya pandai bercakap , janji untuk menyediakan pusat dialisis CAT yang akan beroperasi selama 10 tahun dengan perbelanjaan yang mencecah RM1 juta lebih hanyalah gula-gula penyedap supaya rakyat sujud kepada mereka.

Kini sidang dewan kembali bersidang dan bererti Guan Eng serta rejim DAPigsnya sudah mengambil masa selama 2 penggal membuat janji dan berbohong kepada rakyat.

Jika selama ini mereka asyik menyindir slogan kerajaan "Janji Di Tepati" sebagai "Janji Di CAPATI" maka isu pusat dialisis CAT ini jelas membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang dan rejim DAPigsnya jauh lebih teruk dari itu.

Lebih memalukan lagi apabila kerajaan negeri di bawah Guan Eng bukan sahaja menipu rakyat tetapi turut menipu T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas apabila dalam ucapannya sewaktu majlis perasmian sidang dewan turut menyentuh tentang pusat dialisis CAT yang sudah berubah status kepada cadangan bagi menutup kegagalan JANJI yang tidak di tunaikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat sejak 2011 yang lalu.


Nampak sangat maklumat yang di salurkan kepada T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas itu adalah maklumat yang sudah di saring terlebih dahulu dengan tujuan untuk menunjukkan kerajaan negeri selama ini merupakan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.

Betul ka berjiwa rakyat ?? ampa nilai sendiri....

Psstt ada kawan tanya teks ucapan tu sapa sedia ??? 

MMI

Monday, 1 July 2013

HOT Guan Eng MENGAKU Kemenangan DAPigs Di Pulau Pinang Ada Keraguan ?!!


Sekali dengar ja dah jadi lawak cuma tak pastilah pula dengan orang lain , apa pun masing-masing punya tanggapanlah.Ketika semua pihak sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara rupa-rupanya masih ada parasit yang menunjukkan tahap kebodohan paling maksima malah kalau diikutkan macam budak-budak.

Tetapi sebelum tu MMI nak bagitau juga kalau dah parasit ni perangai macam budak-budak , ada lagi yang lebih teruk dari tu bukan setakat parasit dah sampai tahap pencacai angkat najis dah kihkih.

Cerita dia lagu ni , semua pihak dah sedia maklumkan Kuala Besut di Terengganu sana noo baru sahaja kehilangan wakil rakyatnya Baca Sini maka sudah pastilah PRK akan diadakan dalam tempoh 60 hari dan ianya sudah pun di sahkan oleh SPR sendiri.

Oleh kerana kerusi di sana sebelum ini di tandingi oleh UMNO dan PAS maka sudah pastilah UMNO akan menjadi wakil kepada Barisan Nasional dan pastinya PAS juga akan bertanding mempertaruhkan wakilnya.Ada juga MMI dengar-dengar yang Azhar Idrus akan menjadi calon PAS tapi tak pastilah sejauh mana kebenaran berita tersebut.

Namun bukan soal calon yang MMI nak ceritakan tetapi tentang sikap sahabat sesyurga PAS siapa lagi kalau bukan Guan Eng.Semua tahu beliau sudah pun di tabalkan menjadi ketua menteri Pulau Pinang dan sudahpun mengumumkan barisan exconya termasuklah sesi angkat sumpah semua ADUN-ADUN di Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Maka bermulalah sesi penggal kedua Guan Eng sebagai ketua menteri dan selain daripada melakukan kerja-kerja ketua menteri dan parti , Guan Eng kini telah melangkah setapak lagi apabila menjadi penasihat kepada parti-parti pembangkang khususnya PAS.

Tak percaya ?? 

DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.

Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'.

"Bagaimanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka. Mereka mempunyai kata putus dalam isu ini," katanya kepada pemberita.mstar 

MMI nak tanya jugalah jika ada taktik kotor atau taktik yang mencurigakan tu kat mana ? Apakah di Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan semuanya ok belaka ? Alo gang di Pulau Pinang malaun Guan Eng ni lagi cepat pi sembah TYT nak minta perkenan untuk tubuh kerajaan.

Oh ya Guan Eng langsung tak sentuh tentang Pulau Pinang noo ?? Kira bersih la sangat !!!!

Seperkara lagi jika Guan Eng boleh menyatakan terdapatnya TAKTIK KOTOR maka sudah pasti Pulau Pinang juga terlibat.Malah mungkin jauh lebih kotor maklumlah puak-puak kaum Cina yang ada di pulau sana noo bukan tentu semuanya warganegara kita.

Apa pun terpulang pada PAS , kalau rasa dah sampai tahap pencacai kepada DAPigs ni elok ampa boikot saja PRK di Kuala Besut tak payahlah UMNO dan BN susah-susah nak buat kerja.

Kepada PAS jangan lupa selain dari dengar cakap Nik Ajiz tu ampa juga kena taat dengan kalifah Guan Eng yang ampa cipta sendiri.Tahniah PAS !!!

Taktik kotor konon !! PAS harus sedar , Guan Eng dan macai-macainya sedap ja di Pulau Pinang .. Ampa pula dia suruh boikot PRK di Kuala Besut ?? Hebat la sangat !!!!!!!

MMI

Saturday, 29 June 2013

Ada Petualang Di Kalangan Kontraktor Melayu Pulau Pinang !!


Begitu rapuh dan mudahnya kekuatan warga kontraktor Melayu Pulau Pinang (tidak semua) apabila dengan    mudah sanggup bersekongkol dengan Rejim DApigs semata-mata kerana sikap pentingkan diri serta tamak.

Baru-baru ini satu majlis makan malam bersama warga kontraktor telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan rejim DAPigs , siapa lagi kalau bukan Guan Eng.Maka berpusu-pusulah warga kontraktor hadir untuk sama-sama dengan ketua menteri Pulau Pinang.




Namun yang menghairankan jemputan yang di buat oleh kerajaan negeri itu tidak pula melalui persatuan apatah lagi sampai kepada YDP Persatuan Dato' Haji Mohamed Fadzil Hassan.Mengapa agaknya perkara sebegini boleh berlaku sedangkang yang menjemput itu adalah kerajaan negeri yang pimpinannya sering melalak dengan CATnya.

Malah melihat kepada aturcara majlis jelas sekali Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah membelakangkan PKMMPP itu sendiri apabila hanya menyediakan ucapan wakil kontraktor Pulau Pinang dan ianya di lihat seolah-olah wujud perbincangan awal untuk menafikan hak YDP PKMMPP itu sendiri.

Apakah sesuatu sedang di susun di sini ?

Cekap , Akauntibiliti & Telus apa jika majlis sebegini pun Guan Eng dan kerajaan negeri bertindak seperti kebudak-budakkan ? 



Lebih mengejutkan di beritakan pula mana-mana kontraktor yang tidak hadir ke majlis bersama anak Kit Siang ni akan di senarai hitamkan daripada mendapat sebarang projek daripada kerajaan negeri selepas ini.

Hebat ! Satu lagi permainan kotor kerajaan DAPigs bagi menghancurkan orang-orang Melayu khususnya kontraktor-kontraktor yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Seperkara yang harus kita tahu adalah kerajaan negeri kali ini agak licik apabila telah memancing seorang lagi kontraktor berbangsa Melayu di mana beliau sekarang ini merupakan Timbalan YDP PKMM Negeri Pulau Pinang iaitu Dato ' Izham Omar Merican dan beliaulah sebenarnya yang menjadi agen kepada Guan Eng bagi menghapuskan kontraktor-kontraktor Melayu dengan menyenarai hitamkan mereka-mereka yang pro kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kejadian ini sebenarnya telah berlaku agak lama dan melalui sumber Dato' Izham Omar di percayai melobi projek-projek daripada kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini untuk kroni-kroninya.

Jika melihat laporan daripada Free Malaysia Today jelas Dato' Izham Omar telah lama bersama kerajaan DAPigs di Pulau Pinang apabila mengeluarkan kenyataan media menyokong projek-projek kerajaan negeri khususnya pembinaan terowong bawah tanah pada ketika rakyat di Seberang Perai menolak cadangan pembinaan terowong tersebut.Klik SINI & SINI .

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang (PKMMNPP) menyokong penuh empat projek infrastruktur yang dirancang kerajaan Pulau Pinang.

“Kami sangat mengalu-alukan projek-projek tersebut kerana ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang serta akan memacu pembangunan ekonomi negeri, terutamanya di Seberang Perai Utara (SPU).

“Projek-projek yang dicadangkan ini akan membawa faedah kepada semua rakyat SPU termasuk masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di SPU.

“Justeru, terowong bawah laut yang menghubungkan Bagan Ajam dengan Gurney Drive akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi yang kritikal,” kata timbalan yang dipertua PKMMNPP, Dato Izham Dato Omar Merican dalam satu kenyataan media hari ini.Baca Selanjutnya 

Malah kenyataan daripada Dato' Izham tersebut turut di muat naik ke dalam Roketkini.com dan mereka menggambarkan ianya seolah-olah di restui oleh semua pihak dalam PKMMPP khususnya Dato' Haji Mohamed Fadzil Hassan selaku YDP sedangkan pada hakikatnya Dato' Fadzil langsung tidak tahu menahu tentang kenyataan media tersebut.


Dalam masa yang sama di beritakan besok 30 Jun 2013 akan berlaku pertandingan dalam PKMMPP di City Bayview Pulau Pinang bagi melantik jawatankuasa yang baru.Sudah pasti jawatan YDP PKMMPP akan di pertandingkan dan jika melihat kepada apa yang MMI catatkan di atas maka hampir pasti sedikit sebanyak ianya memberikan gambaran bahawa Dato' Izham merupakan proksi kepada kerajaan negeri untuk memecah-belahkan khususnya kontraktor-kontraktor Melayu di Pulau Pinang apabila bakal bertanding menentang Dato' Haji Mohamed Fadzil Hassan sebagai YDP PKMMPP yang baru.

Inilah sebenarnya "Api Dalam Sekam" yang menghantui orang-orang Melayu di Pulau Pinang apabila orang melayu sendiri sanggup menikam sesama sendiri.

Melihat kepada sokongan mereka terhadap projek terowong bawah tanah sahaja jelas ianya bukan untuk kebaikan orang Melayu tetapi lebih kepada projek dan kantung poket sendiri yang boleh di kikis daripada hasil gadaian maruah serta prinsip mereka kepada Guan Eng dan konco-konconya.

Memetik kenyataan sahabat blog GPB , mula-mula dia sentuh  kalimah Allah , selepas itu isu peniaga Melayu Uptown Bandar Perda .. kali ini dalam persatuan  kontraktor Melayu pula .... Apa lagi selepas ini ???

MMI

Thursday, 27 June 2013

Guan Eng & Kit Siang CEKAU Harta DAP ???


Kecoh sebelum ini, pakatan haprak kata mereka sedia untuk clearkan aset (harta) yang mereka ada untuk rakyat tahu dan menilai. Persoalannya beranikah mereka nak jelaskan aset pemilikan harta yang ada?

Selama 5 tahun sebelum ini mereka menjadi pentadbir kerajaan di beberapa negeri, adakah mereka telus dan tidak ada sebarang proses SAKAU SANA SINI dalam pengambilan projek-projek di negeri tersebut.

Terbaru, dikhabarkan pemimpin DAP yang dah SAKAU duit kerajaan negeri begitu banyak, harta mereka harus dipindah milik pada 'Boss Besar' mereka. Aik betul ka macam tu? Senangnya 'Boss Besar' tu main amik duit orang dengan suka hati? Anak buah tak marah ker? Kalau tak marah, macam pelik pun ada kan..???

DAP didakwa sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.

"Saya mendapat maklumat daripada seorang pemimpin dalam DAP sendiri tentang rancangan ini. Beberapa individu veteran parti yang selama ini setia bersama parti dan beberapa ahli yang hanya taat setia dengan 'dinasti' telah dipilih sebagai orang kepercayaan bagi 'menjaga' harta-harta itu.

"Saya tidak menuduh tetapi saya mohon penjelasan daripada Guan Eng.

"Adakah khabar angin ini benar? Jika tidak, nafikan sahaja, tidak perlu bercerita banyak. Sekurang-kurangnya penjelasan ini akan memberi sedikit kelegaan buat ahli yang lain selain penyokong DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC parti menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu selain timbul kemusykilan insiden memalukan salah kira undi.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Dakwa Ramanan, untuk mengaburi mata ahli DAP yang mendesak mahu pemilihan semula, Guan Eng kini begitu agresif bercakap tentang jerebu dan juga kejadian ribut melanda di Pulau Pinang baru-baru ini yang mengorbankan dua nyawa selain rod penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO patah dipukul angin kuat, seterusnya menghempap lapan kenderaan.

"Pemindahan aset telah dirancang sejak Pendaftar Pertubuhan (ROS) mula menyiasat unsur manipulasi undi dan penafian 753 ahli yang tidak dibenarkan mengundi pada pemilihan lepas. Namun pemindahan hanya awal bulan ini.

"Untuk mengalihkan perhatian umum, maka Guan Eng begitu agresif bercakap tentang jerebu dan isu ribut di Jalan Macalister baru-baru ini. Beliau begitu agresif menyerang kerajaan, sebenarnya beliau berniat untuk mengalihkan perhatian daripada menghidu perbuatan ini," dakwanya.

Namun demikian, menurut Ramanan, anak beranak dinasti Lim itu juga sebenarnya lebih rela andai pendaftaran parti itu dibatalkan supaya mereka berdua boleh menubuhkan DAP baru dengan hanya merekrut kroni-kroninya sahaja.

"Sebenarnya Dinasti Lim berhasrat 'menguburkan' legasi pengasas sebenar DAP, bekas Presiden Singapura, C. V. Devan Nair yang berketurunan India. Mereka berdua mahu mengasaskan parti mereka sendiri. Kedua, sekiranya pemilihan semula diadakan semula dengan kehadiran 753 ahli yang dinafikan hak mereka, maka keputusan tidak akan sesekali berpihak kepada mereka.

"Saya cabar Guan Eng supaya segera tampil nafikan semua tuduhan ini," tegasnya.sumber

Ampa semua rasa Guan Eng nak mengaku ker ??

MMI

Labels