Followers

Monday 22 October 2012

PANAS Laporan Audit Kedah , Azizan Sakit Kepala !!


Kalau bab mengata dan menuduh orang puak-puak ni antara yang paling hebatlah sampaikan segala dakyah dan fitnah pun puak ni percaya.Malah perkataan kroni memang tak lekang di mulut asyik menuduh UMNO ja kerjanya.

Itulah PAS yang selama ni menjadi pencacai kepada DAPigs dan PKR.


Dalam isu terbaru ni nampaknya puak-puak pencacai ni dah mula buka mata sikit mana taknya RM2.55 juta tu dok agih kat sapa ? Sebab tu lah kali ini pemuda PAS sendiri yang membuat laporan polis minta disiasat.

Pemuda Pas Kuala Kedah mahu siasatan lanjut dijalankan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan perumahan awam kos rendah di negeri ini sepertimana dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Sehubungan itu, Ketuanya Mohd Azizi Abdullah hari ini membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

"Salinan laporan itu telah dihantar kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk tindakan lanjut.

"Kita tidak mahu sebarang penyelewengan berlaku di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan. Jika penyelewengan itu berlaku tindakan undang-undang patut diambil dan jika tidak, satu mekanisme untuk membetulkannya perlu dikenal pasti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan kerajaan PAS Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011.

Khamis lalu, Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim mendakwa unsur rasuah berlaku kerana kerajaan negeri mengeluarkan sumber kewangan yang banyak walaupun beberapa projek tidak siap dan wujud penipuan dalam tuntutan pembayaran di tujuh buah kawasan perumahan terbabit. - BERNAMA

Bagus jugalah pemuda PAS buat laporan tu kurang-kurang memudahkan sikit kerja orang lain.Lagipun puak-puak sendiri yang buat kerja tu jadi baloilah kalau puak sendiri juga yang buat laporan minta siasat.

Cumanya kalau sampai ke tahap puak sendiri pun buat laporan suruh siasat nampak sangat sememangnya dah ada benda yang tak kena.

Kalau mengikut laporan Ketua Audit Negara lima orang pengarah syarikat ada hubungan dan mengenali antara satu sama lain , bukan tu kroni ka ?????? Pi la jaja dekat semua kampung bagitau kata kerajaan negeri Kedah seleweng duit dan jaga kroni !! Pasai apa tak buat ????

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels