Followers

Friday 26 October 2012

PANAS !! VIDEO Terbaik Mesti Tonton


Pasti ramai yang masih ingat kontroversi melibatkan sebuah filem dari barat yang menghina Nabi Muhammad SAW yang telah menggemparkan seluruh dunia bilamana ramai orang-orang Islam bangun menyatakan bantahan mereka.

Malah dalam kontroversi ini bermacam ragam dan cara dilakukan oleh masyarakat Islam bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati masing-masing malah ada sesetengah tindakan itu melibatkan kematian dan kerosakan harta benda.

Namun MMI diantara jutaan yang kurang senang dengan tindakan sebahagian umat Islam yang melakukan keganasan dalam menyuarakan bantahan mereka kerana tindakan-tindakan agresif seperti itu bakal menyebabkan Islam itu di label oleh masyarakat bukan Islam sebagai ganas dan tidak bertamadun.

Percaya atau tidak selepas peristiwa 11 September , Islam telah dilihat sebagai umat dan agama yang menghalalkan keganasan malah pelbagai persepsi negatif telah dilemparkan terhadap agama Islam dan umatnya diseluruh dunia.

Bukan satu perkara mudah bagi kebanyakkan pemimpin Islam di dunia termasuk Malaysia untuk kembali membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa Islam bukanlah seperti mana yang diwar-warkan.

Oleh kerana itu MMI bawakan sebuah video untuk tatapan bersama supaya ianya dapat dijadikan panduan kepada kita khususnya umat Islam hari ini supaya setiap usaha menangani sebarang ancaman daripada pihak luar selepas ini menjadi usaha yang bermaklumat dan bertamadun.

Malah MMI percaya sekiranya skop ini dijadikan sebagai panduan kepada kita dalam menghadapi ancaman sepertimana isu filem menghina Islam sudah pasti Islam dan umatnya akan dipandang lebih tinggi , berintelek , digeruni dan bertamadun.


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels