Followers

Monday 8 October 2012

Rompakan Cip Mikro bernilai RM11.5 Juta , Pasukan Polis Tangkas Bertindak !!


Lapan lelaki bersenjatakan pedang samurai melarikan sejumlah cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) bernilai RM11.5 juta dalam satu rompakan di sebuah kilang di kawasan Perusahaan Perai Bukit Tengah, di sini, awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki itu dipercayai berusia antara 20 hingga 40 tahun memecah masuk gudang kilang berkenaan melalui pagar belakang kira-kira pukul 2.30 pagi.

"Ketika kejadian enam pengawal termasuk penyelia kilang berada di tempat kejadian.

"Kumpulan perompak terbabit bertindak mengikat pekerja di situ sebelum membawa masuk sebuah lori ke tempat pemunggahan barang dan melarikan sejumlah cip mikro yang terdapat dalam tiga palet itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata kumpulan perompak itu turut merampas semua telefon bimbit milik pekerja gudang berkenaan bagi mengelak mereka menghubungi pihak polis.

Mazlan berkata sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu dan menemui beberapa barang antaranya topeng muka, sarung tangan dan cota dalam gudang milik Intel itu.

"Polis juga berjaya mengesan lori yang digunakan perompak berkenaan iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian. Bagaimanapun tiada sebarang barangan ditemui dan kita sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit," katanya.

Beliau berkata polis menahan tujuh lelaki berusia antara 27 hingga 47 tahun yang bertugas sewaktu kejadian rompakan itu bagi membantu siasatan.

Setakat entri ini ditulis barangan berupa mikro cip tersebut telah pun dijumpai dan beberapa tangkapan sudah pun dilakukan oleh pasukan polis.Tunggulah laporan selanjutnya nanti bakal disiarkan oleh berita di TV3 mahupun RTM.

Tahniah kepada PDRM kerana berjaya menjejak dan membuat serbuan serta tangkapan mereka yang terlibat dalam tempoh masa yang cukup singkat.Inilah hebatnya pasukan polis kita walaupun sering dicemuh oleh sesetengahnya namun sentiasa komited dan menunjukkan tahap profesional yang tinggi.

Psst tu pun jangan ada puak-puak yang bercakap ja lebih , kerja langsung tak jalan apatah lagi kalau berjanji !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels