Followers

Tuesday, 2 October 2012

Tekanan Bajet 2013 Pembangkang dah Pandai Buat Lawak !!


Bajet 2013 telah menjadikan juak-juak Pembangkang semakin hilang arah.Harapan yang diletakkan di bahu Anwar sebagai Ketua Pembangkang untuk menyerang bajet kerajaan ternyata memakan diri apabila dengan mudah dipatahkan oleh YB KJ dalam dewan rakyat baru-baru ini.Anwar dan konco-konconya kini sedang cuba habis-habisan untuk mencari kesalahan mahupun kelemahan di setiap inci bajet yang dibentangkan oleh YAB PM baru-baru ini.Klik Sini.

Yang terkini pula al-kisah si Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat yang sedang cuba untuk mencari publisiti murahan di saat Pakatan Haprak terkial-kial mencari formula baru untuk terus menipu dan membuat janji bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Seperti biasa pembangkang berterusan memperlekehkan Bajet 2013 meskipun bajet kali ini dianggap ramai pihak antara yang terbaik pernah diumumkan oleh kerajaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat , Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa pengumuman bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam dalam Bajet 2013 sebagai mengelirukan.

Beliau mendakwa, kekeliruan timbul kerana imbuhan setengah bulan pertama telah dibayar pada Ogos lalu tetapi dimasukkan dalam Bajet 2013.

“Mengapa mengumpulkan bonus (imbuhan) yang telah dibayar dengan bonus akan datang bagi menggambarkan banyaknya bonus yang diberi (dalam Bajet 2013),” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Justeru, Tuan Ibrahim mendakwa pengumuman itu tidak lebih dari usaha menunjukkan pentadbiran kerajaan sangat prihatin kepada kakitangan awam.

Media baru-baru ini melaporkan kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu bulan setengah gaji manakala pesara akan menerima RM500 seperti yang dibentangkan melalui Bajet 2013.

Bonus itu termasuk imbuhan setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu dan bayaran bonus akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

MMI rasa tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man mempertikaikan soal bonus ini hanyalah satu tindakan bodoh sama sekali.Seluruh kakitangan awam sebenarnya melahirkan rasa penuh syukur dengan pemberian bonus yang diumumkan oleh YAB PM.

Mengapa pula tiba-tiba Tuan Ibrahim Tuan Man bercakap soal bonus ni ? Baru teringat ! rupa-rupanya ada juga kakitangan awam yang terima dan akan terima bonus nanti terdiri daripada penyokong Pakatan Haprak.Jadi kiranya semacam nak membela nasib juak-juak merekalah dalam masa yang sama nak melihat kakitangan awam buat kecoh.

Tapi satu saja Tuan Ibrahim Tuan Man kena ingat rakyat dan kakitangan awam semakin kenal dan sudah dapat membezakan siapa sebenarnya yang lebih baik memimpin negara dan rakyatnya.

Kepada kakitangan awam yang tegar sangat menyokong Pakatan Haprak tu kalau "gentlemen" jangan terimalah bonus tu bukan apa kan ampa semua kata kerajaan BN ni tak bersih !!

Lepas tu ada pula yang cadangkan supaya semua penyokong Pakatan Haprak supaya menyumbangkan bonus tersebut kepada parti untuk dijadikan dana pilihanraya ke 13 nanti.

Hahaha MMI nak tanya berapa ramai nak bagi bonus tu ? 

Psstt Tengah senak-senak pun depa nak buat lawak lagi..apa raa..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels