Followers

Tuesday 6 November 2012

Ada Pemimpin Parti Yang Dah Mula..........!!!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP.

Beliau berkata hubungan politik antara Pas dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik kerana ideologi kedua-dua parti pembangkang itu bertentangan antara satu sama lain.

“Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-Pas bermasalah dan tidak kukuh,” katanya selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan Pas.

Muhyiddin juga berkata: “Kalau semua orang masuk DAP, Pas tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden Pas itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum,” katanya.

Beliau berkata DAP merupakan parti yang mementingkan satu kaum sahaja dan tidak demokratik.

Malah DAP tidak pernah bertanding di kawasan Melayu dan hanya memilih kawasan bukan Melayu, terutama kawasan-kawasan bandar, katanya.

Memang aneh dan pelik !! Namun bagi kebanyakkan mereka yang mengikuti dunia politik tanahair pastinya perasaan aneh dan pelik itu sekadar biasa-biasa sahaja kerana selama ini PAS sememangnya pelik lagi menjelikkan.

PAS sebenarnya sudah lama hilang maruahnya , PAS juga sebenarnya sudah hilang taringnya semuanya kerana tindakan tidak berprinsip pemimpin mereka sehinggakan politik menjadi perkara utama.

Lihat saja bagaiman isu Hasan Ali dan Nasharudin sebelum ini.Adakah PAS meletakkan kepentingan agama dan politik sebaris ? Malahan tindakan mereka langsung mengenepikan agama apabila memecat Hasan Ali kerana isu arak dan murtad.Dimana kepentingan agama Islam yang kononnya diperjuangkan oleh PAS apabila keputusan diambil untuk memecat Hasan Ali ?

Ramai diluar sana yang sudah faham perjuangan PAS hari ini bilamana pandangan Majlis Syura sendiri dilihat tidak selari dengan pandangan pemimpin dan ahli parti.

Malahan sikap Nik Aziz yang cukup angkuh sudah pun mewujudkan rasa kurang senang hampir kebanyakkan pimpinan PAS itu sendiri cumanya mereka masih ego untuk menyatakan bahawa PAS sudah lari dari matlamat asal perjuangannya.

Berikut antara beberapa kenyataan yang pernah keluar dari ahli mahupun pemimpin PAS sendiri,





Apakah menghormati seorang pemimpin seperti Nik Aziz itu perlu sedangkan tindakan beliau selama ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan dalam diri sendiri ?

Benarlah PAS sememangnya ANEH DAN PELIK !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels