Followers

Wednesday, 7 November 2012

Menjawab Fitnah PR..! PENDEDAHAN Siapa Sebenarnya Model Yang Di Kaitkan Dengan Altantuya !!


Pendedahan ini bakal menyebabkan kerusi empuk dalam bas mewah milik Khalid Ibrahim yang masih sibuk dengan mandian buihnya menjadi keras umpama batu.Manakan tidak selama ini isu Altantuya yang dihebohkan kononnya dibunuh oleh Datuk Seri Najib dan mengheret Datin Seri Rosmah sekali sudah cukup untuk membuktikan betapa politik Pakatan Haprak amat jijik sekali.

Fitnah merupakan elemen utama dalam usaha menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan dendam yang membuak-buak dalam diri Anwar,Nik Aziz dan Lim Kit Siang samada terhadap UMNO,Barisan Nasional mahupun Melayu tidak lagi dapat dibendung maka oleh kerana itulah Pakatan Haprak yang Biro Agamanya di Pengerusikan oleh Nik Aziz dan PAS sanggup meletakkan FITNAH sebagai agenda utama menghalalkan cara.


Berbagai-bagai blog pembangkang termasuk juga beberapa wartawan dari pembangkang  mengaitkan  gambar model ini dengan Altantuya.

Kenapa Pembangkang berani menggunakan  gambar model tersebut?? Jawapannya mudah kerana model ini telah MENINGGAL DUNIA !!

Gambar ini sebenarnya gambar seorang model Korea yang bernama  "U Nee" seorang yang  mengalami serangan kemurungan dan bunuh diri  pada 21 Januari 2007.  U Nee  sebagai penyanyi dan artis menggantung diri  di rumahnya di Seo-Gu, Korea Selatan. 

Jadi pada tahun 2008, Pembangkang menggunakan dirinya yang telah mati untuk menabur fitnah. kenapa ?? kerana Individu yang telah mati tidak boleh keluar semula dari kubur menafikan dirinya Altantuyaa..


Sikap Kurang ajar & biadap pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan PM hanyalah semata-mata mahu menjatuhkan dirinya lebih-lebih lagi  PM Datuk Seri Najib Razak bakal menggantikan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu dilihat lemah dalam pentadbiran negara.

Percaya atau tidak juak-juak Pakatan Haprak telah lama sedar sekiranya Datuk Seri Najib diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia dan kemudiannya Presiden UMNO sudah tentu Barisan Nasional akan berupaya untuk kembali pulih kerana mereka sedar Najib bukan calang-calang orangnya.

Buktinya kini jelas rakyat dapat melihat sendiri bagaimana keupayaan Perdana Menteri bekerja dan memulihkan kerajaan.Lihat saja program demi program yang dilakukan untuk kebaikan rakyat seluruhnya melalui GTP yang kini sudah menampakkan hasilnya.

Inilah sebenarnya niat juak-juak pembangkang kerana Anwar tahu hanya Najib yang mampu menyekat niat dan impian beliau mahu menjadi Perdana Menteri boneka di Malaysia.

Dalam masa yang sama Pakatan Haprak gentar dengan kepimpinan Datuk Seri Najib kerana mereka tahu Najib bukanlah pemimpin yang boleh diadu dombakan.

Sebagai buktinya lihatlah apa yang Pakatan Haprak lakukan hari ini ? Adakah mereka bekerja untuk kebaikan rakyat ? Yang jelas lagi nyata mereka hanya berpeleseran di serata negeri mencanang segala penipuan dan fitnah tanpa melakukan apa-apa untuk kebaikan rakyat dari segi ekonomi, kebajikan,pembangunan,sahsiah diri dan lain-lainnya.

Hanya jauhari yang mengenal manikam !!

kredit to Darah Satria

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels