Followers

Wednesday, 21 November 2012

Pilihan Raya Hanya Beberapa Minggu Saja Lagi !!


Apa benar Pilihan Raya Ke-13 hanya beberapa minggu saja lagi ? Jika melihat perkembangan mutakir ini rasanya barangkali ada benarnya memandangkan Persidangan Agung UMNO bakal bermula dalam masa tak sampai seminggu lagi.

Malah jika melihat kepada rentak sokongan rakyat sememangnya Barisan Nasional mempunyai kelebihan sekiranya pilihan raya diadakan pada bila-bila masa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini terus memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terlalu hampir.

Justeru, beliau menyeru seluruh ahli komponen parti Barisan Nasional (BN) supaya terus menggiatkan usaha bagi memastikan kemenangan besar BN.

"Orang kata PRU-13 tidak lama lagi mungkin dalam beberapa minggu lagi? Tetapi bila Perdana Menteri dapat ilham bubar Parlimen barulah pilihan raya. "Jadi saya mahu tahu di Kuala Penyu kalau esok pilihan raya apakah kita akan terus menang?" katanya ketika berucap dalam majlis bersama rakyat Kuala Penyu di Padang Pekan Kuala Penyu, Sabah hari ini. - UTUSAN

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels