Followers

Sunday, 18 November 2012

Tempat Percutian Paling Menarik Di Dunia


Kali ini kita tinggalkan sekejap dunia politik dan bersantai sedikit sebab MMI nak berkongsi dengan ampa semua satu tempat menarik untuk dilawati.

Sempena dengan musim cuti sekolah ni sudah pasti ramai ibu bapa dan mereka-mereka diluar sana yang akan mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama anak-anak,keluarga mahupun rakan-rakan.

Cumanya kepada mereka yang berkemampuan barangkali bolehlah memilih satu tempat (gambar diatas) untuk memperlengkapkan percutian anda yang pastinya penuh dengan cabaran namun hasilnya cukup mengindahkan.

Tempat yang MMI maksudkan ini terletak di negara China bernama Huashan Hiking Trail dan cukup mengujakan pada sesiapa saja yang memilih untuk menjejakkan kaki dipuncaknya.

Namun sebelum anda memuktamadkan keputusan untuk bercuti disana , anda perlu tahu serba sedikit berkenaan Huashan Hiking Trail ini.

Ianya merupakan satu percutian penuh cabaran dimana anda perlu melakukan pendakian dan juga mestilah meminati aktiviti lasak kerana apa yang bakal anda tempuh amat-amatlah berbeza dengan tempat-tempat percutian lainnya.


Sedikit pendakian yang agak curam 

Seperkara lagi yang anda perlu tahu , sesiapa yang mahu kesini mestilah bebas dari rasa GAYAT !!



Kalau ada rasa berani dan mahu mencuba silalah..Lagi gambar Klik Sini .. Untuk makluman MMI pun tak pernah sampai lagi dan rasanya memang tak akan sampai kot sebab MMI GAYAT!! hehe..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels