Followers

Sunday 11 November 2012

TIADA PAKSAAN DALAM BERAGAMA Sejauh Mana Kegelisahan Akar Umbi PAS ?!!


Ahli-ahli akar umbi Pas mula meluahkan perasaan tidak senang dan gelisah mereka ekoran kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang menyatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa dalam beragama termasuk orang Melayu.

Berikutan itu ada yang menghantar surat terbuka kepada Nurul Izzah mempersoal apakah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mahu mempersenda perjuangan Pas apabila sanggup mengeluar kenyataan sedemikian, sedangkan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mentakrif orang Melayu adalah Islam.

Selain mempersoal niat Nurul Izzah, penghantar surat yang hanya memperkenalkan diri sebagai ‘Penggerak Pas Kawasan Gombak’ juga turut menyatakan kebimbangan mereka mengenai kesan kemarahan orang Melayu ekoran kenyataan tersebut khususnya kepada Pas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Baguslah kurang-kurang ada juga juak-juak akar umbi PAS yang dah mula sedar dengan apa yang sedang berlaku dalam Pakatan Haprak.

Cumanya sejauh mana kesedaran tersebut ? Kalau setakat menjerit saja tanpa memikirkan kesan jangka panjang baik tak payahlah..

MMI bukan tak sokong sebarang tindakan untuk meluahkan perasaan tak senang dan gelisah oleh juak-juak PAS tapi sejauh mana ? 

Kalau masih dengan prinsip dan kata-kata "kami kenang Tok Guru ja" baik simpan jalah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels