Followers

Tuesday 20 November 2012

Veteran UMNO Bagi Kata Dua Pada KDN ???


Majlis Veteran UMNO Malaysia mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau dan mengambil tindakan ke atas pemimpin Pas yang mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa bencana besar kepada agama Islam serta negara.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya bimbang sekiranya perkara tersebut berterusan dan tidak diawasi akan menjadikan keadaan lebih berbahaya daripada sekarang.

Beliau berkata, apa yang berlaku sekarang adalah manifestasi terhadap keadaan Pas yang semakin tertekan, tamak dan gelojoh untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan menawan Putrajaya.

"Pas tahu sokongan kepada parti itu semakin merosot kerana perjuangan mereka telah tersasar jauh daripada dasar perjuangan asal. Mereka sanggup bersekongkol dengan DAP yang anti Islam dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak bermoral, sebab itu senjata yang ada hanya menggunakan doa dan doa ini akan makan diri.

MMI sentiasa memerhatikan kementerian yang satu ni , sebabnya sebagai sebuah negara seperti Malaysia yang penduduknya berbilang bangsa dan agama apatah lagi terdapatnya kumpulan ekstremis agama maka KDN sebenarnya merupakan satu agensi yang cukup penting bagi memastikan kestabilan ini berkekalan.

Bagi MMI tindakan veteran UMNO itu ada benarnya kerana mereka tidak mahu melihat kestabilan yang negara miliki kini di rogol oleh sebilangan mereka yang kononnya berjuang atas tiket agama khususnya Islam.

Terlalu banyak kejadian yang dibiarkan berlaku tanpa tindakan keras daripada pihak KDN kadang kalanya menyebabkan rasa kecewa banyak pihak sehingga timbulnya perkataan sama ada KDN ni ada telor ke tak ?

Semenjak isu penarikan balik keris , MMI tak lagi percaya dia ni mampu memikul tanggungjawab sebab atas nama prinsip dan pendirian pun beliau tak mampu pertahankan inikan pula dalam isu-isu besar macam ni ??

Kepada KDN buat kerja lah orang dok perati ampa ni !!!

MMI.

1 comment:

  1. orang kuat KDN seperti biasalah,perkataan yg dah sebati denganya.....AMARAN!AMARAN!AMARAN! TINDAKAN=0

    ReplyDelete

Labels