Benarkah ahli PAS kini sudah mula bersuara sehingga Presiden Haji Hadi di minta untuk meletakkan jawatannya ? Segalanya mungkin terjadi malah pada pandangan MMI sekiranya Presiden PAS mahu meletakkan jawatan maka adalah lebih baik sekiranya Timbalannya juga berbuat demikian.
Hmm macam-macam kisah tapi ampa kena sabaq sikit , kita bukan nak cerita tentang semua tu sebab entri ni MMI nak cerita tentang isu bolasepak negara.
Haa bukan bab penjaga gol kahwin naa..MMI kurang minat dengan mamat tu , ni tentang masa depan bolasepak negara kita.
Sudah pun tersebar tentang berita penyokong bolasepak negara yang mahukan supaya Presiden FAM meletakkan jawatan kerana disifatkan sebagai GAGAL membawa pembaharuan dalam mutu bolasepak negara sejak 28 tahun yang lalu.
Tanpa berniat memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti individu tertentu apa lagi menderhaka, sekumpulan penyokong tegar bola sepak negara menggesa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak.
Mereka turut meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baru yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan kembali kegemilangan bola sepak negara.
Apa FAM buat sejak liga kita mencapai status profesional pada 1993? FAM sebenarnya gagal kerana pasukan negeri atau kelab kita hanya layak beraksi di Piala AFC, bukan Liga Juara-Juara Asia,: Norazwan Mohamad, Wakil Ultras Malaya.
Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata pengurusan tertinggi FAM yang tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lalu lalu, perlu diberi nafas baru bagi meletakkan semula Malaysia dalam peta bola sepak dunia.
“Ada lima sebab kenapa rombakan itu perlu dilakukan,” katanya pada sidang media di Medan Selera Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini, pagi semalam.
Turut hadir pada sidang media itu ialah wakil daripada penyokong skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya, Norazwan Mohamad.
Pertama, katanya liga profesional domestik negara masih tidak berubah dan kini berada pada kategori gred D, selain tidak berdaya saing.
“Apa FAM buat sejak liga kita mencapai status profesional pada 1993? FAM sebenarnya gagal kerana pasukan negeri atau kelab kita hanya layak beraksi di Piala AFC, bukan Liga Juara-Juara Asia,” katanya.
Beliau berkata, kedua, pasukan kebangsaan tiada hala tuju kerana FAM tidak mementingkan ranking.
“Setiausaha Agung FAM sendiri kata ranking tak penting. Rasanya tak pernah pegawai negara lain kata begitu.
“Alasan susah nak dapat aksi persahabatan juga sekadar alasan kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) keluarkan tarikhnya empat tahun lebih awal,” katanya.
Ketiga, sistem bola sepak negara tiada visi dan misi yang jelas.
“Ia boleh dilihat menerusi sistem dan struktur akar umbi bola sepak negara masih tidak betul,” katanya.
Keempat, pengurusan tidak efisien dan tiada akauntabiliti.
Mengikut laman web rasmi FIFA, katanya hanya Malaysia negara yang lebih ramai pegawai daripada pemain berdaftar iaitu 11,810 pegawai dan 9,930 pemain.
“Kelima, budaya tidak sihat wujud kerana status Presiden FAM. Kita tak boleh bercakap, suara kita terhad dan ia menyebabkan susah nak menjana bola sepak negara.
“Tidak seperti sukan lain yang bebas untuk bersuara,” katanya.
Justeru, Alfadli menggesa penyokong bola sepak negara sama-sama menghantar petisyen yang boleh dimuat turun di laman Facebook bertajuk 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' (PFSLJ).
Pada pandangan MMI ada benarnya apa yang diperkatakan , seharusnya pentadbiran FAM ditukar dengan satu alasan supaya mutu bolasepak negara akan mendapat nafas baru.
Kepada peminat bolasepak negara anda adalah sebahagian daripada pasukan bolasepak negara kita dan anda adalah penentu kepada jatuh bangun pasukan Haimau Malaya.
Buatlah pilihan terbaik ! MMI masih menantikan aksi pasukan negara dalam kejohanan-kejohanan besar didunia..
MMI.
siapakah taukeh judi bolasepak klu bukan org2 dlm FAM
ReplyDelete