Followers

Monday, 31 December 2012

Anwar Kena Terajang Dengan Mamat Ni ?!!


Anwar Ibrahim sudah semestinya amat berang dengan Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian , Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) apabila kenyataannya berkenaan kecelaruan terhadap siapa sebenarnya yang benar-benar layak dipilih oleh Pakatan Haprak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menguasai kerajaan menafikan terus nama Anwar Ibrahim.

Merujuk kepada Kenyataan DAP dan PKR  yang bertegas mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mengenepikan cadangan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki kerusi Perdana Menteri (PM) sekiranya Pakatan Haprak memenangi PRU ke 13 nanti, memperlihatkan sikap tidak demokratik Pakatan itu dalam soal pemilihan ketua untuk menerajui negara.

Ini disebabkan,  jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baik di dalam parti PKR, mahu pun di dalam gabungan Pakatan Pembangkang merupakan jawatan lantikan dan bukannya pemilihan secara demokrasi yang berlaku di peringkat  akar umbi, demikian menurut kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

“Sedangkan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan seorang pemimpin yang dipilih oleh ahli akar umbi mengikut saluran demokrasi yang sebenar. Bagaimana kita mahu meletakkan seorang pemimpin yang tidak tidak dipilih secara demokrasi  di dalam partinya sendiri untuk menerajui negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi?

“Sepatutnya, Presiden Pas lebih layak lantaran jawatan yang dipegang beliau di dalam parti adalah berdasarkan pemilihan ahli di peringkat akar umbi. Jadi, daripada sudut demokrasi, ternyata Abdul Hadi lebih layak berbanding Anwar untuk jawatan PM,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya DAP dan PKR terus bertegas mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara ini sekiranya Pakatan memenangi PRU yang akan datang, keputusan ini secara tidak langsung telah bercanggah dengan prinsip-prinsip demokrasi di negara ini.

Jelas beliau, jawatan Ketua Umum di dalam PKR tidak wujud dalam perlembagaan parti. Jawatan tersebut diwujudkan hanya untuk Anwar dan ia langsung tidak melalui proses pemilihan secara demokrasi untuk jawatan tersebut.

“ Jadi bagaimana kita mahu mengambil seorang pemimpin, untuk memimpin sebuah negara demokrasi, sedangkan jawatan yang dipegangnya di dalam parti itu tidak wujud dan tidak melalui sistem pemilihan demokrasi yang betul?

“Bukankah itu ternyata bercanggah dengan sistem amalan dan prinsip demokrasi di negara ini? Sepatutnya, Pakatan Pembangkang memilih seorang pemimpin yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti yang melalui proses pemilihan secara demokrasi oleh akar umbi.

“Jadi, bagaimana mungkin untuk melantik Datuk Seri Anwar sebagai PM, sedangkan jawatan yang disandang oleh beliau sendiripun di dalam parti tidak melalui proses pemilihan secara demokrasi?,” soalnya lagi.

Beliau juga berpendapat DAP dan PKR sepatutnya menghormati cadangan Pas yang mencadangkan presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memegang jawatan PM jika ditakdirkan mereka menguasai kerajaan kelak.

“Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi dan parti-parti gabungan di dalam Pakatan Pembangkang juga harus menghormati prinsip ini, sekiranya mereka mahu memerintah negara ini.

“Justeru itu,  pemimpin yang layak untuk untuk dipilih sebagai ketua negara adalah pemimpin yang mempunyai legitimasi  melalui proses pemilihan jawatan secara demokrasi di dalam parti mereka sendiri terlebih dulu, dan bukannya pemimpin yang memegang jawatan parti yang tidak melalui proses secara demokrasi di dalam partinya sendiri,” jelasnya. -MediaUMNO.

Haa macam mana dah faham sikit kot noo..Kalau kat luar sana berapi-api kata kerajaan Barisan Nasional tak amalkan demokrasi tuduh macam-macam alih-alih diri sendiri yang tak amalkan demokrasi..HAPRAK !

Lagi satu MMI nak pesan dekat ampa semua kalau Haji Hadi jadi PM lepas ni , bila berlaku bencana atau apa-apa musibah yang melibatkan rakyat , kena fahamlah sebab lepas dua minggu baru PM akan bersuara..kena ingat tu !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels