Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sudah pun berbaiah atau berikrar membantu Barisan Nasional (BN) mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang demi mengukuhkan kerajaan sedia ada seterusnya menjamin kelangsungan bangsa dan negara.
Ikrar itu dilafazkan kira-kira 10,000 ahli Perkasa diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam Perhimpunan Agung Ketiga pertubuhan tersebut di Padang Astaka Taman Tasik Titiwangsa baru-baru ini.
Turut serta timbalan presiden, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.
Ibrahim berkata, menjelang pilihan raya umum kelak, kira-kira 352,000 ahli Perkasa di seluruh negara akan memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada semua calon BN termasuk daripada parti komponen MCA dan MIC.
"Kita sokong semua calon BN untuk pilihan raya akan datang. Kita tidak sokong individu, kita sokong atas nama parti BN. Tidak kisah jika mereka calon MCA mahupun, MIC yang penting gabungan BN akan menjamin kestabilan agama, bangsa dan negara.
"Kita berikrar hari ini demi bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah-belah, kita tidak akan mempunyai perasaan iri hati, kita tidak akan menjadi pengkhianat, tetapi kita akan bersama-sama membantu BN menang dua pertiga," katanya ketika berucap dalam perhimpunan itu.Baca Seterusnya
Perkara pertama pada pandangan MMI , ikrar ini besar maknanya malah dengan anggota yang begitu ramai , mampukah PERKASA menterjemahkan ikrar mereka dalam pilihan raya nanti ?
Bukan soal tidak percaya tetapi hakikatnya sebelum ini terdapat ahli PERKASA sendiri yang tidak menyokong perjuangan UMNO.Maka dengan keputusan dan tindakan berbaiah serta ikrar ini sejauh manakah ahli-ahli PERKASA mampu melaksanakannya.
Begitu juga dengan impaknya kepada ahli-ahli UMNO , lihat saja bagaimana Presiden UMNO sendiri yang baru-baru ini menyatakan kebimbangannya terhadap ahli UMNO yang mungkin melakukan sabotaj dalam pilihan raya nanti atas beberapa alasan khususnya tidak di calonkan semula.
Apakah ahli UMNO yang sebegini masih dengan sikap mereka atau telah benar-benar sedar bahawa perjuangan parti adalah lebih penting bagi menentukan survival politik orang-orang Melayu dalam mempertahankan Agama serta Negara
Sekiranya PERKASA sebagai sebuah NGO boleh berikrar untuk menyokong semua calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya nanti maka adalah sesuatu yang amat memalukan sekiranya masih ada ahli UMNO sendiri yang mahu melakukan sabotaj kerana kepentingan diri.
Semoga dengan sokongan semua ahli UMNO dan PERKASA serta seluruh rakyat , Barisan Nasional mampu mengulangi sejarah keputusan pilihan raya 2004 yang lalu bahkan mungkin lebih baik lagi.
Renung-renungkanlah demi kelangsungan survival politik orang Melayu,agama Islam dan seluruh rakyat negara bernama Malaysia.
MMI.
No comments:
Post a Comment