KUALA LUMPUR - Isteri Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali menafikan mereka dihalau keluar dari rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal melunaskan sewa rumah sejak lapan bulan lalu.
Alisah (gambar kecil), 65, yang dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, beliau tidak tahu bagaimana cerita mereka dihalau keluar dari rumah itu timbul.
"Bohong. DBKL tidak pernah halau saya walaupun saya dan suami gagal membayar sewa sebanyak RM800," tegasnya.
Sebuah laman portal semalam menyiarkan kononnya Alisah serta Yahya gagal membayar tunggakan sewa rumah selama lapan bulan sebanyak RM800 dan mereka telah diarahkan DBKL agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Syukurlah Datuk Yahya sulong dan isterinya tidak di halau dari kediaman mereka namun seperti yang MMI catatkan dalam entri pagi tadi Klik Sini pihak berwajib silalah hulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka dengan kadar segera.
Walaupun mereka tidak dihalau tetapi sewa rumah sebanyak RM800 masih tertangguh jadi bantulah kerana ada saluran tertentu di luar sana yang boleh membantu sebenarnya contoh Persatuan Artis Malaysia dan sebagainya.
sumber Kosmo
MMI.
No comments:
Post a Comment