Belum pun sepak mula antara Malaysia menentang tuan rumah Thailand sudah timbul masalah.Cumanya kali ini bukan masalah berkaitan skuad Malaysia tetapi sikap Thailand yang jelas cuba membenamkan semangat dan moral anak buah Rajagopal apabila diberikan layanan kelas ketiga sewaktu sesi latihan mereka.
Padang latihan yang disediakan bukan sahaja tidak rata, malahan tiang golnya juga patah.
Padang berkenaan turut digunakan orang awam untuk bermain bola sepak dan terletak bersebelahan laluan kereta api aliran ringan (LRT).
Suasana yang dihadapi pemain mengundang dukacita pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal kerana menganggap ia layanan kurang mesra ketika Malaysia merangka strategi untuk separuh akhir kedua dengan Thailand esok.
“Saya amat terkejut dengan layanan tuan rumah dan telah mengemukakan aduan kepada Persatuan Bola Sepak ASEAN dan Persatuan Bola Sepak Thailand (FTT) mengenai padang latihan yang disediakan.
“Kami hanya diberikan padang awam yang turut digunakan oleh orang biasa. Keadaan rumput juga berbahaya untuk pemain menjalani latihan secara insentif kerana bimbang mendapat kecederaan.
“Ini menyukarkan jurulatih, Datuk K. Rajagobal melakukan perancangan taktikal petang ini kerana tempat latihan yang terlalu terbuka.
“Malahan kemudahan untuk menyalin baju pun tiada, cukup sedih apabila diberi layanan sebegini, seolah-olah tiada tanda rasa hormat kepada kami,” katanya ketika ditemui di padang latihan Jalan Buraprat, di sini semalam.
Pada sesi latihan sulung itu, para pemain hanya mampu melakukan latihan ringan dengan penggunaan separuh padang sahaja ekoran digunakan oleh orang awam.
Malahan, kereta melalui tepi padang terbabit semasa latihan, yang menunjukkan padang itu memang tidak sesuai bagi latihan bagi sebuah pasukan bola sepak bertaraf kebangsaan.
Menurut Subahan, layanan tersebut memang tidak adil kerana semasa separuh akhir pertama di Kuala Lumpur, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan layanan sebaik mungkin kepada Thailand sebagai tetamu.
“Jika di Malaysia, kami boleh memberikan layan sebaiknya dengan hotel bertaraf lima bintang di samping kawalan keselamatan pihak polis sepanjang masa.
“Mereka juga mendapat kemudahan latihan secara tertutup di Kompleks Sukan Maybank, Bangi dan kita memenuhi segala keperluan yang dikehendaki.
“Namun, apabila kita sampai di sini… adakah kita mendapat layanan yang sama?,” soalnya.
Perkara sama diluahkan Rajagobal yang tidak menjangka situasi itu berlaku dan berasa kecewa kerana tidak dapat menilai pemain yang baru pulih daripada kecederaan.
“Saya tidak boleh nafikan ini merupakan satu bentuk gangguan kepada persiapan kami tetapi tidak mahu fikirkan perkara ini terlalu serius, kita kena anggap ini satu cabaran sebelum berdepan Thailand,” katanya.
Bagi MMI tindakan sedemikian amatlah dikesali memandangkan pasukan ini bukanlah pasukan kampung.Tetapi MMI turut bersetuju dengan kenyataan Rajagopal tak payah fikirkan sangat sebab yang penting mutu permainan para pemain yang dah berlatih di kemudahan yang terbaik di Malaysia sejak lama dulu.
Jadi apa pun alasannya penyokong Malaysia tidak mahu Malaysia kalah dalam pertemuan tersebut.
MMI seperti biasa masih mengikuti perkembangan pasukan ini sama ada mereka benar-benar layak menyarung jersi pasukan Malaysia hanya akan di tentukan dengan keputusan pertandingan.
Jadi para pemain sekelian BUKTIKAN !!
MMI.
saya bersimpati tetapi tetap yakin bahawa Harimau malaya selalunya will excel in the face of adversity. Cabaran yg ditempuhi pasukan kita sama spt edisi yg lepas. Yakin dengan semangat dan ketangkasan Harimau Malaya !
ReplyDelete