MMI rasa lepas ni Dr Asri kena bersedialah untuk menerima kutukan dari Nik Aziz.Jika mengikut kepada apa yang pernah berlaku sebelum ini barangkali Dr Asri juga akan turut dicemuh dengan perkataan "SUPER POWER" Nik Aziz CILAKO !
Ulama yang terkenal dengan ayat "POWER" CILAKO ni sudah pun mengesahkan bahawa Haji Hadi tidak perlu menarik balik amanatnya kerana Haji Hadi adalah seorang ulama yang mempunyai sijil pendidikan dari Madinah.
Tahap pendidikannya sudah cukup untuk membolehkan Haji Hadi buat apa saja dan pihak-pihak lain khususnya para mufti tidak boleh menyaingi tahap pendidikan mereka yang mempunyai sijil dari Madinah ini.
Tak percaya Klik Sini.
Apatah lagi dalam kes ini Dr Asri hanyalah bekas mufti dah pencen jadi apa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan Haji Hadi dan Nik Aziz sendiri yang pernah bersekolah pondok di Pulau Pinang satu ketika dulu.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataannya berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.
Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.
“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.
“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.Baca Seterusnya.
Kita pakat-pakat tunggu tengoklah apa nak jadi lepas ni !!
MMI.
No comments:
Post a Comment