Followers

Monday, 31 December 2012

Hati-Hati Dengan PPS Di Pulau Pinang !!


MMI nak berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang , berhati-hatilah apabila anda berada di negeri ini.Tak tahulah hantu apa yang sudah mengamuk tetapi kejadian terbaru tentang anggota Pasukan Peronda Sukarela yang telah memukul dan mencederakan seorang wartawan tanpa alasan yang munasabah.

Untuk makluman semua penubuhan PPS ini adalah untuk memastikan kadar indeks jenayah terus menurun sekaligus menyahut cabaran dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri paling selamat di Malaysia.

Guan Eng sendiri pernah berkata beliau mengharapkan agar anggota PPS dapat menjalankan  tugasan dengan berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini sekaligus dapat mewujudkan persekitaran kejiranan yang ceria, selamat dan bersatu padu.


Soalnya adakah Guan Eng sekadar berkata-kata sahaja tanpa melakukan pemantauan dari masa ke semasa ? Setelah MMI selidiki tidak ada proses pemantauan yang dilakukan melainkan ianya di pertanggungjawabkan kepada Phee Boon Poh (yang mempunyai kerakyatan New Zealand) Pengerusi  Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang turut mengaku bahawa penubuhan PPS adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang aspek keselamatan selain membantu pihak polis menjaga ketenteraman awam.Baca Juga Di Sini.

Namun apa yang berlaku menunjukkan PPS bukanlah sepeti mana yang diperkatakan malah ianya GAGAL kerana sikap MAFIA tidak bertempat yang ditunjukkan oleh anggota PPS sendiri.

Jika beginilah caranya maka rakyat Pulau Pinang sebenarnya tidak selamat kerana mereka yang diberi kuasa untuk mengekang jenayah melakukan jenayah.


GEORGE TOWN — Seorang wartawan akhbar bahasa Cina cedera selepas dipukul empat lelaki ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini, awal hari ini.
Ang Kean Siang, 32, dari Guan Ming Daily cedera di bibir dan badannya dan menerima rawatan awal di Hospital Pulau Pinang sebelum dirawat di Hospital Loh Guan Lye.
Dalam kejadian itu, kameranya turut dirosakkan kumpulan lelaki terbabit yang tidak berpuas hati kerana merakam kejadian seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan. Sebelum itu beliau dimarahi seorang lelaki yang mengarahkannya beredar di tempat kejadian.
"Bimbang berlaku kekecohan di situ, saya beredar sebelum seorang lelaki bermotosikal menawarkan untuk membawa saya keluar dari kawasan berkenaan dan saya bersetuju membonceng motosikalnya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.
Kean Siang berkata, lelaki berkenaan membawanya ke kawasan kontena yang dijadikan pos kawalan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang terletak di Lorong Perak dan meninggalkanya di situ.
"Selepas ditinggalkan di depan pos kawalan PPS berkenaan, datang lelaki yang memarahi saya sebelum ini bersama tiga lagi lelaki lain. Mereka merampas kamera dan menghempas ke lantai sehingga menyebabkan kamera saya rosak,” katanya.
Kean Siang berkata, empat lelaki berkenaan bertindak memukulnya di bahagian muka, badan dan salah seorang daripada mereka turut menendang kemaluannya.— BERNAMA.

Sejauh mana ampa boleh meletakkan kepercayaan kepada anggota PPS sekiranya beginilah sikap mereka ? Itu sesama bangsa sendiri tak tahulah MMI kalau ianya melibatkan bangsa lain barangkali BALUN sampai mati agaknya.

Pasti akan ada bunyi-bunyi yang mengatakan apa yang berlaku bukanlah salah pemimpin kerana ianya melibatkan sikap anggota PPS sendiri namum ini soal keselamatan rakyat dan ia bukannya boleh dibuat main-main.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels