Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu berita warga Indonesia di rogol oleh 3 anggota Polis di Pulau Pinang.Dalam kejadian itu, seorang wanita warga Indonesia mendakwa terpaksa melayan nafsu tiga anggota polis yang menahannya di kawasan flat di Perai Pulau Pinang sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran kira-kira 6.20 pagi, Jumaat.
MMI turut mengutuk tindakan keji ini malah anggota Polis yang terlibat sekiranya kes ini didapati benar harus di kenakan hukuman paling berat kerana bukan saja telah memalukan institusi PDRM malah turut melibatkan negara Malaysia.
Dalam soal ini sebagai rakyat sudah semestinya kita turut merasa marah apatah lagi mereka di Indonesia namun biarlah undang-undang dijadikan sebagai jalan terbaik kerana undang-undang Malaysia sudah pasti bakal menghukum sesiapa saja sekiranya didapati bersalah.Baca Sini
Namun ketika kes ini sedang berjalan bagi membuktikan pihak yang bersalah , negara dikejutkan pula dengan satu lagi berita yang hampir serupa.
Kali ini 2 anggota Polis pula di tuduh merogol seorang wanita warga Indonesia di Taman Limau Manis Bukit Tengah Pulau Pinang.
Apa sudah jadi dengan institusi polis di negara kita ? Itulah persoalan pertama yang bermain difikiran MMI apabila membaca berita tersebut.Tetapi setelah melihat dan meneliti kes tersebut ternyata ianya amat berlainan sekali dengan kes yang pertama.
Polis Pulau Pinang pada Ahad menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.
"Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang," katanya .
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan juga mendapati banyak keraguan dalam keterangannya.
"Semalam kita bawa dia ke tempat-tempat yang didakwanya berlaku kejadian terbabit dan mendapati beberapa dakwaan dia menimbulkan keraguan dan tidak sama dengan dakwaan awal.
"Wanita itu juga memberi keterangan yang meragukan termasuklah lokasi dia dirogol kerana lokasi berkenaan didapati berada di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan itu juga dikawal oleh pasukan Skim Rondaan Sukarela sepanjang masa," katanya.
Selain itu katanya, polis turut membuat pemeriksaan terhadap anggota peronda polis yang bertugas pada waktu kejadian dan mendapati tiada yang menepati gambaran yang diberi wanita tersebut selain dia juga gagal mengenal pasti siapa yang merogolnya.
Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan juga mendapati wanita itu bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Seberang Jaya, bukan pekerja kilang seperti yang didakwa.
Memang CELAKA ! itulah ayat yang terpacul dari mulut MMI kerana inilah musibahnya yang bakal berlaku sekiranya kita terlalu berlembut dengan mereka.
JALANG-JALANG warga Indonesia ini seharusnya dikenakan tindakan paling berat kerana mereka juga sebenarnya sedang melakukan tuduhan berupa fitnah yang bukan saja merosakkan reputasi PDRM malah mampu mencetuskan kekacauan di antara dua negara.
Bagi MMI kemasukan warga Indonesia ke Malaysia seharusnya diperketatkan dan kalau boleh biarlah dalam institusi tertentu sahaja kerana kebanjiran mereka-mereka ini turut membawa para JALANG yang bukan saja mencemarkan imej negara tetapi turut menyebabkan gejala sosial yang semakin membimbangkan.
Kepada pihak berkuasa buatlah sesuatu kerana cukup-cukuplah , JALANG yang ada di Malaysia pun tak menang tangan kita nak banteras ini nak tambah pula dengan JALANG dari seberang !
Kepada rakyat Indonesia jangan pula dok terasa dengan ayat MMI kerana tidak ada mana-mana pihak sama ada di Malaysia mahupun Indonesia sendiri yang mahu memberikan ruang kepada JALANG.
Kepada rakyat Indonesia ampa jangan dok merusuh mencerca Malaysia kerana rakyat Malaysia juga boleh bangun sebab JALANG dari seberang dok buat haru di Malaysia ni..MUSIBAT !!
MMI.
No comments:
Post a Comment