Followers

Monday, 10 December 2012

AWAS Dana Khas Biayai Pengkianat Parti !!


UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan berwaspada dengan taktik kotor pembangkang yang kini mewujudkan dana khas bagi membiayai ahli BN yang kecewa untuk melakukan sabotaj serta lompat parti.

Bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau sendiri telah menerima maklumat dalaman berhubung dana khas bagi membiayai ahli UMNO serta BN yang kecewa itu supaya menjadi ‘duri dalam daging’ dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, operasi itu adalah sama seperti rancangan 16 September 2008 yang mana Anwar pernah mencuba ‘membeli’ beberapa ahli Parlimen BN untuk lompat parti dengan pelbagai tawaran namun gagal.

“Saya turut difahamkan pembayaran itu nanti akan dibuat melalui Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggunakan dana yang diterima daripada pihak asing.

Begitulah hebatnya usaha bersungguh-sungguh Pakatan Haprak bagi merampas kerajaan dalam pilihan raya nanti.Malah sekiranya apa yang dinyatakan oleh Anuar Shaari itu benar bererti negara luar juga sebenarnya turut terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan sudah semestinya terdapat rakyat Malaysia sendiri yang menjadi dalangnya.

Kita semua sudah sedia maklum berkenaan isu dana dari luar yang diturunkan kepada mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dengan Pakatan Haprak namun kita harus lebih berhati-hati khususnya mereka-mereka yang hari ini mengaku bersama parti namun dibimbangi setelah berlaku perubahan nanti mereka-mereka ini bakal menjadi duri dalam daging kepada parti.

Maka kerana itu MMI rasakan isu ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih serius dan pihak bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu supaya ianya dapat di kekang.

Sekiranya terdapat mereka-mereka ini yang dikesan serta mempunyai bukti cuba menjadi duri dalam daging kepada perjuangan parti maka MMI tidak akan teragak-agak untuk memaparkan wajah-wajah mereka di halaman utama blog supaya pengkianat seperti ini dapat kita hapuskan demi kelansungan perjuangan parti keramat UMNO dan Barisan Nasional. 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels